Friday, June 18, 2010

Mee Udang Kuala Sepetang


Sejak menonton kisah "mee banjir udang Kuala Sepetang", aku sering berangan untuk ke sana menikmati mee tersebut. Benarkah sedap seperti yg diwar-warkan? Lalu, pada petang hari isnin (14 Jun), kami pun menuju ke Kuala Sepetang berpandukan GPS. Wah ! Banyaknya tempat makan yang menyajikan mee udang. Nak masuk yang mana satu, ek? Aku tengok mana yg ramai pelanggan, itulah yang akan aku masuk. Akhirnya.. Warung Mak Teh menjadi pilihan.


Aku memilih Mee banjir udang yang berharga RM10. Wah ! Meenya sikit aje... tapi udang saiz "L" adalah dalam 10 ekor. Manisnya rasa udang tu.... ku hirup kuahnya... slurpppp.... hingga tak pedulikan orang sekeliling. Eleh.. diorang pun sama gak... hehehe !


Ipoh


Dari Cameron Highlands, kami menuju ke Ipoh via Simpang Pulai. First time aku tengok Ipoh. Jakunnya aku... hehehe! Mulut ni tak penat memuji keindahan bandar Ipoh. Aku suka kehijauannya! Aku sempat lagi ke Jusco.. beli baju tambahan! Petangnya kami menuju ke Kuala Sepetang menikmati keindahan alam di sana. Malamnya pula, aku menziarahi sahabatku Hajjah Jamilah dan Haji Jaffar yg kukenali sewaktu mengerjakan haji pada 2006. Terima kasih di atas layanan mesra yg kalian berikan. Insya allah ada kelapangan kami akan datang lagi... tunggu!!!

Cameron Highlands


Satu Perjalanan yang tidak dirancang ! Sepatutnya aku berada di Jakarta tetapi kerana kesilapan teknikal kami menukar haluan ke Cameron Highlands. Perjalanan bermula pada jam 10 pagi, Ahad 13 Jun. Singgah sebentar di Lata Iskandar untuk anakku Iman berendam seketika. Perjalanan diteruskan.. singgah ngeteh pula sambil menyaksikan keindahan ladang teh. Sampai di Brinchang.. mak ai terkejut aku... traffic jam !! Cuaca di sini sama jer macam cuaca kat rumah aku di Kluang... tak sejuk pun.. jauh berbeza dengan kedatangan ku 12 tahun dahulu! Kami menginap semalam di Country Lodge. Bolehlah..

Iman lah paling seronok sebab sebelum ni asyik cakap "Rose..rose.. strawberry.. strawberry.." Hah! Tengok puas-puas, makan puas-puas !

Pembuka Kata

Sekian lama aku seronok membaca dan membelek blog orang lain. Kini.. tibalah masanya untuk aku mempunyai blog aku sendiri. Dengan terkial-kial dan berbekalkan semangat dan kesabaran aku akan cuba merealisasikan impianku ini.