Thursday, April 28, 2011

The Green Green Grass of Home




Reunion rakan-rakan sekolah dari batch 82,83,84,85 dan 87. Di adakan di Dewan Tun Maimunah, SM SETA, JB. Mengikut senarai sepatutunya 121 orang bekas pelajar hadir. Majlis turut dihadiri oleh beberapa orang bekas guru-guru. Malangnya guru favourite aku tak ada pulak. Kalo diorang tu datang, maunya ada drama air mata. Hehehe....

Seronoknya bertemu kengkawan masa sekolah. Bayangkanlah... jumpa setelah terpisah hampir 3 dekad. Chewah ! Lama tuuuu....




Tuesday, April 19, 2011

Sejarah awal Iman



Dilahirkan pada 13 Okt 2006 bersamaan 21 Ramadhan 1427 Hijrah, jam 3.44 petang.

Berat = 2.8kg Panjang = 49.0 cm Kepala = 30.0 cm Berat uri = 0.4 kg

Mulanya, Babah nak namakan "Umar" sempena nama sahabat Rasullullah yg terkenal dengan sifat berani dan keras hati tu. Tapi tak jadi sebab sifat berani tu...ok tapi.. sifat keras hati tu macam tak ok ! Pastu nak letak nama "Abdul Rahman" lah pulak. Ni nama Asmaul Husna bermaksud "hamba yang pemurah". Pun tak jadi gak.....

Sambil baca Al-quran, akhirnya Babah dapat ilham nak menamakan "Muhammad Iman Fauzi" bermaksud "yang terpuji (nama Rasullullah), keyakinan dan kejayaan". Doa mama dan babah semoga anak ini membesar menjadi anak soleh yang sentiasa dirahmati Allah. Amin...


Selamat Jalan dan Selamat Datang

Diam tak diam dah 13 tahun ko berkhidmat untuk kami sekeluarga. Banyak kenangan yang kita lalui bersama, kan? Keadaan ko yang semakin dimamah usia tu menyebabkan babah terpaksa menamatkan perkhidmatan ko. Bukan kami tak sayang ko... tapi ... kami kesian dengan condition ko tu dan kami sendiri. Yelah hampir tiap-tiap bulan babah kena "sedekah kat spital Cik Yan". Apa kessss..... angin ler mama....

Babah yang buat pilihan... mama iyakan aje...

Akhirnya keputusan dibuat.... selamat jalan JFD 9124 dan selamat datang JMT 5391..... Semoga JMT 5391 akan berkhidmat dengan cemerlang untuk kami sekeluarga. Amin....

Iman @ Hospital Kluang



12 Mac 2011 : Mama dan Babah bawak Iman ke Klinik T & T sebab Iman demam dan semalam ada cirit birit sikit. Alhamdullilah lepas tu Iman pun dah sihat seperti selalu. Rumah kembali ceria dengan gelak ketawa Iman. Mama dan Babah pun gembira tengok Iman kembali sihat.

14 Mac 2011 : Badan Iman panas semula. Mama bagi jer ubat yang ada tu. Nampak macam Iman ok sikit.

15 Mac 2011 : Dah petang badan Iman panas semula. Mama buat macam-macam seperti lap dengan tuala basah, lumurkan badan Iman dengan Aloe Vera supaya panas Iman reda. Pukul 9 malam, mama beri Iman ubat dan tidurkan Iman...zzzz.... mama dan babah pun turut tidur sama...zzzzz....

Tiba-tiba, babah terdengar suara mengerang.. Ya Allah rupanya Iman yg mengerang sambil menggigil-gigil. Mama bangun tengok jam..baru pukul 1.55 pagi. Babah terus mandikan Iman supaya kurang panas badan Iman dan mama dgn kelam kabut terus bersiap nak bawak Iman ke hospital.

Di hospital, Dr kata Iman demam sebab "kuman dlm darah". Dan Dr terus suruh masuk ward. Tinggallah Iman dlm ward dari 16-18 Mac 2011. Mama dan Babah bergilir-gilir menjaga Iman. Yelah.. kan Iman sorang anak mama dan babah.

Masuk spital kerjaan ni rupanya seronok gak. Layanan bagus.... doktor, nurse terutama student nurse baik dan mesra. Bayaran ? Cuma RM38.50 aje. Murah kan? Yang penting, anak mama kembali sihat dan gembira. Bila anak mama gembira, mama dan babah pun turut gembira, kan? Betul tak, babah?




Sejuk beku

Dah lama tak update blog ni. Tak tahu apa yg nak dinyatakan. Ni lah padah... orang ada blog... aku pun nak ada gak... orang lain rajin update blog.... tapi aku cuma rajin baca blog orang ajer.... hehehe... Oklah, lepas ni aku nak merajinkan diri update blog aku ni. Insya allah !!