Monday, October 31, 2011

Masa bersama : Iman dan babah

Assalamualaikum anakku sayang,

Sewaktu mama menyelak gambar-gambar lama, terpandang beberapa gambar antara Iman dan babah. Setiap gambar tu ada ceritanya sendiri. Iman mungkin dah lupa. Jadi apa kata kita ingat semula detik-detik itu?



Waktu tidor. Cara tidur sama.... mimpi sama sekali tak?



Semasa Iman berumur 5-6 bulan. Siapa sebelah Iman tu? Tok Sheikh saudagar minyak dhab kaa?



Sewaktu Imam demam. Doktor suruh bagi ubat... tapi babah bagi ciuman



Masa ni Iman umur 1 tahun, di pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.



Ini gambar di anak sungai di Gunung Berlumut. Babah nak Iman rasa pengalaman mandi sungai








Macam "bangla" bergambo celah pokok bunga. Hehehe.....



Sedondon.... Jelez mama !!


P/S : Iman, ingatlah sentiasa bahawa babah tu sangat sayangkan Iman. Babah ni bukannya jenis yang menyatakan rasa sayang dia melalui perkataan.... Kalau Iman kena marah atau kena rotan dengan babah.... tu pun tanda sayang gak, tau !

Teka-teki hari ini

Assalamualaikum anak mama, Iman !

Hari ni mama nak beri Iman teka-teki. Teka-teki ni mama dengar kat Radio IKIM pagi tadi. Begini....


Soalan : Kenapa penguin badannya di hadapan warna putih tetapi bahagian belakang warna hitam?






Hah ! Jawaplah Iman........




Tak dapat jawap ker? Oklah ni mama beri jawapannya......

*
**
***
****
*****
******
*******





Jawapannya ;

Sebab tangan penguin tu pendek. Masa penguin mandi, dia cuma dapat gosok bahagian depan ajer. Tangan dia tak sampai nak gosok bahagian belakang. Kira, daki dah tebal lah tuuuu......


Hahahaha....... sakit perut mama ketawa !

Pengalaman Haji 2006M/ 1426H (Bhgn 3 : Gambar sekitar Medina

Assalamualaikum Iman.
Ini antara gambar yang sempat dipetik untuk tontonan.



Sebelum jam 3.00 pagi. Pintu masjid belum dibuka.



Menara Masjid di kegelapan malam



Zuhur. Matahari di sebalik menara masjid


Jemaah di hadapan pintu masuk Masjid Nabawi




Jemaah di hadapan pintu As-salam menuju ke Raudhah




Di dalam masjid. Sebelum bumbung berpayung terbuka.



Selepas bumbung berpayung terbuka



Jemaah Indonesia bergerak dalam kumpulan besar menuju ke Masjid.



Tarik...tarik.... (ommelayu cakap "tepi...tepi) air zamzam nak lalu. dan jemaah Afrika dengan pakaian yang menarik. Hehehe....



Tong air zam-zam di dalam masjid untuk minuman jemaah



Sedang tekun membaca Al-quran.....



Anak muda membaca Al-quran.



Melepaskan lelah... siapa kata tak boleh baring dalam masjid?



Pak Tua sedang solat di luar masjid tanpa menghiraukan langkah kaki jemaah...



Panorama kota Medina. Jalan di celah hotel...



Penjual roti canai di Kota Medina. "Orang" sama tapi "dapur" lain....



Dia yang menjaga kebersihan Kota Medina. Terima kasih.



Emas..emas... siapa mahu beli emas? Penjual "emas" di perkarangan Masjid Quba



Wanita Pattani menjual barang kemas di perkarangan hotel



Babah sempat gunting rambut lagi.....



Mama pulak sempat "ziarah" kedai sedara...... hehehe.....



Ahaks ! Starbucks Coffee di depan pintu masuk Masjid Nabawi.... jom ngopi !



Segarnya buah-buahan ni. Kali pertama lihat daun buah orange. Jakun sungguh mama...



Orang tertinggi ditemui. Jemaah dari China



Jemaah dari Maghribi/Morocco. Dia cakap peranchis daaaa....

Saturday, October 29, 2011

Nur Aisha Najiha aka Adik Jiha

Iman dan Adik Jiha



Assalamualaikum Muhammad Iman....

Iman ingat lagi adik Jiha? Alaa.... budak perempuan comel yang muncul di depan rumah kita pada suatu pagi tu? Ni mama nak cerita semula bagaimana pertemuan kita dengan adik Jiha....

Suatu pagi tu sedang mama mencuci lantai porch kita, tiba-tiba mama didatangi oleh sepasang suami isteri dan anak kecil yang berumur dalam 2 tahun lebih. Kaget mama.... yelah kita tak kenal siapa diorang tu, kan?

Ruapa-rupanya diorang datang nak mencari baby sitter untuk anaknya itu sementara diorang mengajar di sekolah yang berhampiran rumah kita. Oooo... pasangan Cikgu dan Ustazah rupanya ! Kesian sungguh mama melihat wajah anak kecil tu.... memandang mama dengan mata sayu...

Entah kenapa, mama terus hubungi babah meminta izin untuk menjaga anak kecil itu. Alhamdullilah babah izinkan. Takut jugak mama, yelah selama ni tak pernah baby- sit anak orang.

Iman ingat tak? Adik Jiha tu bijak bercakap. Semasa mama menjaga Jiha, mama tahu Iman jealous. Tu sebab Iman selalu buat hal Iman sendiri kan? Tapi bila adik Jiha balik, barulah Iman ceria semula.....

Adik Jiha mama jaga dari bulan Ogos 2009 - Feb 2010. Beberapa bulan ajer... Selepas itu mama terpaksa menolak untuk menjaga adik Jiha sebab Iman dah mula bersekolah dan mama akan sibuk uruskan hal Iman.

Baru-baru ni, mama terserempak dengan adik Jiha di rumah orang kenduri kahwin. Wah ! Adik Jiha dah besar, comel dan makin pemalu....Entah dia ingat kita lagi tak?

Thursday, October 27, 2011

Mimpi-mimpi

Ada sesiapa yang pandai menafsirkan mimpi?

Mimpi pertama :
Aku diberi sebungkus benda. Entah macam mana benda tu terlepas dari tangan dan jatuh berderailah isi bungkusan itu. Ku tengok buah berangan dengan kulitnya yang berkilat cantik. Aku pun mengutip buah berangan itu.

Ulasan aku yang tak arif tentang mimpi :
Dulu arwah mak pernah berkata, kalau mimpi benda berkilat.... alamatnya akan putih mata. Maknanya, terlepas sesuatu yang dihajatkan. Aku check dalam Tafsir mimpi, katanya kalau mimpi buah berangan maknanya akan mendapat anak yang baik. Bila ku tanya Sang Kekanda, jawapnya.... "hahaha.... berangan aje lah awak". Cisssss ......


Mimpi kedua :
Aku melurut rambutku. Ingatkan kutu... rupa-rupanya ada lebah melekat kat rambut. Banyak pulak tu. Aku terus melurut rambut untuk buangkan lebah-lebah itu.

Ulasan aku yang tak arif tentang mimpi :
Dulu arwah mak pernah berkata kalau mimpi kutu maknanya akan mendapat rezeki. Tapi "orang" tak mimpi kutu, sebaliknya mimpi lebah. Aku check dalam Tafsir mimpi, katanya kalau mimpi lebah maknanya "usaha anda akan sukses dan berhasil". Bila ku tanya Sang Kekanda, jawapnya.... "Entah...abang tak tahuuuu, tak sempat belajar tafsir mimpi". Cisssss sekali lagi..

P/S : Agak-agak apa maknanya hek? Tak apalah....Jom baca keratan doa dhuha ni :

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah... Jika di bumi, keluarkanlah... Jika sukar, permudahkanlah. Jika haram, sucikanlah...Jika jauh, dekatkanlah....... Amin...

Iman Da Vinci (Part II)

Tahun lepas, Iman mula dimasukkan ke sekolah. Pelajaran Kelas K1 untuk budak umur 4 tahun.

Minggu pertama, Iman cukup teruja tengok Teacher Shela tulis kat white board. Beberapa minggu lepas tu, Iman nak try skill dia tulis kat white board jugak.... Iman ingat white board tu dinding dan dinding tu white board. Sudahnya..... ginilah jadi....


Iman lukis gambar matahari (sunny day)


Iman tulis "friday" dan lukis apa tu?


"Mural" Iman yang pertama. Hahaha....


Mula-mula, mama dan babah nak marah juga Iman conteng dinding tapi bila mengenangkan nanti akan menyekat kreativiti anak, jadi kenalah saboooorrrrr aje..... hahaha....

Pastu mama lekatkan mahjong paper kat dinding. Kenkonon nak buat kanvas untuk Iman conteng. Tapi Iman tetap jugak conteng dinding. Banyak lagi dinding yang berconteng.... tak larat nak tangkap gambo ! Pintu peti sejuk pun kena conteng! Pastu mama belikan white board pulak untuk Iman. Eh ! Dinding jugak yang jadi pilihan dia ! Lantaklah ko, anak !!!! Tak apalah.....nanti bila Iman dah besar... 2,3 tahun lagi barulah babah akan cat semula dinding tu. Insya allah...

Pesanan penaja

Iman Dan Surfina

Iman suka sangat gambar ni walaupun gambar ni tak cantik... tak berapa clear.

Iman dengan seluar sekolah tak berbaju. Disebelahnya ialah Nur Surfina Sahar aka Adik Fifie. Fifie ni kiranya macam BFF Iman lah..... hehehe.... kecik-kecik boleh ler, dah beso.... tak boleh tau !





P/S : Sila abaikan selonggok pakaian kat atas kerusi tu, ya! Baju baru ambik dari tailor tau... bukannya baju kotor !

Cerita selepas hujan

Sekarang ni dah hampir 3 minggu Kluang hujan setiap hari. Kenkadang pagi, kenkadang tengahari, kenkadang petang dan kenkadang malam.

Semalam hujan sekejap-sekejap waktu pagi, tengahari, petang dan membawa ke malam. Sewaktu mama tengah syok-syok layan citer "Soffiya", dalam pukul 7.45 pm (dah solat maghrib, hockay!) tetiba.. blackout ! Cheh ! Agak terlebih guna elektrik time Deepavali semalam ker? Bergelaplah kita.... Dalam gelap-gelap tu, babah request nak makan keledek rebus dan teh "Ahmad" perisa passion fruit pulak. Berbekalkan lilin dan lampu suluh, akhirnya hidangan makan malam berjaya disiapkan. Berzuhud sungguh kita malam tadi yer ? Kihkihkih....Bayangkanlah orang yang susah dan ketiadaan makanan.... Kita ni sungguh bertuah... hidup senang... tapi masih merungut lagi! Masya allah....

Teringat pulak masa kecik-kecik dulu di tahun 70an (tahun 72-73). Masa tu mama duduk ngan Mak Uda kat Renggam. Rumah Mak Uda tu atas bukit depan stesen keretapi Renggam. Yelah, Pokder kan staff KTM. Gitulah suasana.... rumah tak perlu pasang kipas, tidur malam dalam kelambu, kenkadang siap pakai baju sejuk lagi tu, bukak paip waktu pagi airnya sejuk macam air batu, mandi pagi jam 11-12 (pagiiii ker?) Hehehe....

Pagi ni, mama bangun pukul 6 am. Lepas solat, terus ke dapur buat sarapan. Lapar ler, maklumlah semalam makan keledek rebus aje. Mama buat jemput-jemput udang dan air nescafe. Babah pulak bersiap nak pergi kerja cepat hari ni sebab katanya ada meeting di Johor Bahru. Hari ni Iman tak sekolah sebab masih cuti Deepavali lagi. Adalah kawan mama kat rumah....

Dah jam 8 pagi, pemandangan kat luar rumah seperti ini :






Hajjah Salimah aka Cik Mah, jumpa tak pemandangan seperti ini kat Bukit Katil tu? Kihkihkih... kalau nak fefeeling cam berada kat Cameron Highlands ... meh ler sini.... cepat, cepat.... sementara stok kabus masih hader !!!!


P/S : Teringat pulak ceramah Pak Ostad, salah satu tanda-tanda akhir kiamat ialah Ad-dukhan (asap atau kabus tebal). ....???????......

Tuesday, October 25, 2011

Bila hati tak tenang....

Assalamualaikum Iman,

Hari ni hati mama rasa tak tenang dan perasaan gundah gulana. Mari Iman, tolong mama fikirkan dan cari jalan penyelesaian bagi masalah mama ini...

Pertama :
Semalam mama mendapat berita Uncle Clarence sekeluarga accident. Uncle Clarence teruk gak... patah tulang rusuk, kaki, tangan, tulang selangka. Auntie pulak patah tangan, anak dia yg pertama dan kedua tu cuma lebam-lebam dan shocked, anak yang kecil pulak dlm ICU.... patah rusuk dan hatinya pecah. Masya allah....

Walaupun Uncle Clarence ni bukanlah masuk kategori "favourite" tapi bila dengar berita macam ni, mama turut rasa impaknya. Mama tak boleh nak bayangkan kalau benda macam tu terjadi dalam keluarga kita.... tak tercapai akal ! Iman, marilah kita banyakkan membaca zikir doa "Ayat Penggerak" semoga kita dijauhkan dengan perkara-perkara macam ni.




Keberuntungan beramal dengan doa ini :

1) Terhindar Daripada Bahaya
2) Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
3) Terhindar Daripada Sihir
4) Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Kedua :
Babah tak sihat sejak 2,3 hari ni... Bila babah sakit, mama risau.....

Ketiga :
Pagi tadi, mama "angin" betul dengan teacher Iman. Fasal buku Heinemann lah tu... Ada ker patut kita kena ganti "one whole set" sedangkan buku yang hilang hanyalah satu buah aje. Lagi pun buku tu hilang semasa dalam kelas. Patutnya tanggungjawab teacherlah memastikan semua buku cukup. Bukannya mama yang duduk dalam kelas tu, kan???? Kalau dia guna "win-win situation" idak ler mama angin....

Kempat :
Lepas antar Iman gi school, time balik rumah, mama nyaris kena langgar dengan "seekor" kancil yang kurang ajar. Kat round-about, dia di lane kanan, mama di lane kiri. Tiba-tiba dia himpit keter mama dan trus masuk depan mama dan brek sebab dia nak masuk ke simpang kiri. Terkejut gila babas mama dibuatnya ! Mama tekan honk sekuat hati....C**a Bukit betul !!! Grrrrr.....

Kelima :
Tengahari ni mama menyaksikan satu motor nyaris dilanggar oleh "pemandu kurang ajar" di hadapan Kem Mahkota. Kesian askar Pranita tu... Tahulah hari hujan, tak boleh ker bawak keter tu dengan berhemah? Dah tau nak keluar simpang, belajarlah berenti.... ni tidak, buat macam jalan makbapak dia ajer.... Satu lagi C*** Bukit !

Keenam :
Kat sini, hari-hari hujan.... adakah Kluang akan banjir lagi seperti tahun 2006 dulu ?

Ketujuh :
Menanti... menunggu.... mengharap.... hmmm...penatnya !!! Penantian itu satu penyiksaan....


P/S : Jom sambung baca Ayat Penggerak ni lagi ! Sabar aje laa, kan.... hehehe....

Sunday, October 23, 2011

Pertemuan dengan Kak Nora

Assalamualaikum Iman,

Kali ni, mama nak citer pasal Kak Nora. Kak Nora ni sepupu mama sebelah arwah ayah. Anak maklong. Dia dua beradik ajer iaitu dengan abang Ghazalie. Mak pak diorang ni dah lama meninggal dunia.. sejak tahun 70an lagi. Kak Nora sebelum ni bekerja sebagai Jururawat dan Bidan Terlatih. Sekarang dah pencen...

Hubungan kami tak lah rapat dan tak lah mesra.... lebih kurang gitu-gitu ajer....bila tak jumpa, masing-masing buat hal masing-masing tapi bila dah berjumpa, alhamdullilah masih ada kemesraan. Kenapa jadi begitu? Ada "generation gap" antara kami kot...

Bulan lepas sewaktu menghadiri jemputan perkahwinan rumah Mak Itam (ni mak sedara mama sebelah arwah ayah mama), mama rasa terpanggil pulak nak singgah ke rumah Kak Nora yang terletak berhampiran rumah Mak Itam.

Sampai di rumah Kak Nora, mama terlihat Kak Nora mendukung seorang anak kecil. Sajer jer mama menyakat Kak Nora dengan ucapan"beranak kecik ker?". Sebenarnya mama ingatkan tu mesti cucu dia !
Rupanya betul.. itu anak Kak Nora ! Hah ! Terpanjat maakkk.... ialah orang dah menopause beranak kecik !

Kak Nora cerita anak itu diberi oleh sebuah keluarga yg di dalam kesusahan. Katanya dia kesian tengok bayi dan keluarga itu dan dia berhasrat mengambil bayi itu sebagai anak angkatnya.

Mama kagum... yelah, Kak Nora tu dah 62 tahun... masih sanggup lagi membela anak kecik. Bila mama tanya kak Nora tak fikirkan ker kalau terjadi apa-apa pada kak nora, siapa akan menjaga anak tu? Jawap kak Nora, "Allah yang mengatur pertemuan dengan anak ini dan menyiapkan perancangan untuk masa depan anak ini. Siapalah kita untuk menolaknya". Tu dia... jawapan optimis yang cukup menginsafkan mama !

Dan kini.... hati mama berbunga lagi... semangat semakin berkobar-kobar... Terima kasih Kak Nora!

Saturday, October 22, 2011

Iman's new hair style



Susah sungguh nak ajak Iman pergi gunting rambut. Mama dah cuba bawak ke berbagai kedai gunting yang tukang guntingnya lelaki ker perempuan ker melayu ker cina ker india ker.... semua Iman reject !

Masa Iman baby-baby, senang jer nak gunting rambut Iman. Siap ketawa melekek-lekek kena gunting rambut. Apsal bila dah masuk umur 3 tahun, pepadah payah nak gunting rambut? Babah kata, kalau Iman tak nak pergi gunting rambut, nanti babah nak botakkan atau potong style G.I rambut Iman dengan electric shaver yang babah baru beli tu. Arghhhh! Tak rela mama nak tengok anak mama berambut G.I atau botak terus ! Iman ingat lagi tak, mama gunting rambut Iman time Iman tidur? Hahaha.... kelakar betul masa tu....

Sekarang ni rambut Iman panjang lagi. Babah kata Iman macam "Jungle Boy". Puaslah mama pujuk pergi gunting rambut. Akhirnya Iman setuju nak gunting tapi nak Auntie Chomel yang buatkan. Kat kedai Auntie Chomel, Iman cakap nak gunting macam rambut "Haziq" anak Paklong Faozie. Manalah Auntie Chomel tu kenal "Haziq". Auntie Chomel "belasah" ajer laa gunting rambut Iman....

Hasilnya adalah seperti gambar di atas....

Oklah. Lepas ni kita ambik Auntie Chomel ajelah sebagai tukang gunting rambut rasmi Iman...

Iman Da Vinci (Part I)




Assalamualaikum Iman.....

Iman ingat lagi tak ni gambar apa yang Iman lukis? Masa ni swimming class Iman cancelled sebab hari hujan, jadi Teacher Jaye gantikan dengan Art Class. Teacher kata... free and easy... lukis jer apa-apa yang Iman suka. Maka, terhasillah lukisan ini.

Masa Teacher serahkan lukisan ni kat mama, mama sungguh surprised ! Tak sangka Iman dah pandai melukis sebab kat umah Iman tak pernah pun tunjuk minat nak melukis-lukis ni. Iman ingat lagi tak, homework Iman yg perlu kaler-kaler, mama yang tolong buatkan sampai babah marahkan mama ! Hehehe.....

Inilah lukisan yang paling cantik mama pernah tengok dan mama dapat rasakan lukisan ni Iman hasilkan ikhlas dari hati Iman. Mama tahu, Iman sayang mama no. 1. Mama pulak sayang Iman no. infiniti.....

P/S : Teringat dulu Iman selalu nyanyi "ibu...ibu... engkaulah ratu hatiku...." Semoga mama akan selamanya di hati Iman, ya ....

Wednesday, October 19, 2011

Winter Sonata

Winter Sonata mula ditayangkan di TV3 pada 2002 yang lalu dan terus mendapat tempat di hati peminat drama. Antaranya.... ahkak laa tuuuuu.... hehehe....

Sinopsis Winter Sonata

Jung Yu-Jin >>>Cumil mcm ahkak...hehehe .....perasan!!!!
Seorang gadis yang ceria dan mempunyai personaliti yang kuat semasa di alam persekolahan. Dia percaya yang cinta pertamanya adalah istemewa dan dia jatuh cinta pada seorang pemuda misteri Kang Jung-Sang yang meninggal dunia. Sepuluh tahun kemudian, Yu-Jin mempunyai syarikat sendiri dan bertunang dengan Kim Sang-Hyuk. Kemunculan Lee Ming-Yeong membuatkan perasaannya sedih dan emosinya terganggu kerana wajahnya yang mirip mendiang Kang Jung-Sang. Dia keliru kerana tertarik pada Lee Min-Yeong yang juga tertarik kepadanya.

Kang Joon-Sang/Lee Min-Yeong
Dia pergi ke Chun Chong untuk mencari ayah kandungnya. Setelah kecewa apabila mengetahui yang dia adalah anak luar nikah, dia pun menjalinkan hubungan dengan Jung Yu-Jin. Bila dia mengetahui yang ayah Yu-Jin adalah berkemungkinan ayahnya juga, dia berasa kecewa dan ingin meninggalkan Yu-Jin. Dia meninggal dunia dalam kemalangan semasa dalam perjalanan untuk menemui Yu-Jin pada malam tahun baru. Sepuluh tahun kemudian, Min-Yeong, seorang pemuda yang mirip Joon-Sang baru pulang ke Seoul. Walaupun ada perselisihan faham antara Min-Yeong dan Yu-Jin, Min-Yeong mula jatuh hati pada Yu-Jin. Namun dia keliru samada Yu-Jin betul-betul mencintainya atau kerana wajahnya yang mirip Joon-Sang.

Kim Sang-Hyuk
Dia mencintai Yu-Jin semenjak kecil tetapi hampa bila dia dapat tahu yang Yu-Jin mencintai Joon-Sang. Joon-Sang pula dingin terhadapnya dan ini membuatnya lebih marah. Selepas kematian Joon-Sang, layanan baiknya terhadap Yu-Jin membuatkan hati Yu-Jin tersentuh. Sepuluh tahun kemudian, sedang mereka membuat persiapan untuk bertunang, tiba-tiba harapannya musnah bila seorang lelaki mirip Joon-Sang tiba-tiba muncul.

Oh Chae-Lin
Joon-Sang menolak cintanya sewaktu di sekolah tinggi. Dia terjumpa seorang yang menyerupai Joon-Sang apabila pulang dari France. Dia berasa kecewa dan cemburu terhadap hubungan Yu-Jin dan Min-Yeong dan berusaha untuk memisahkan mereka. Namun rancangannya gagal bila pembohongannya terbongkar. Di sebalik usahanya untuk memisahkan mereka, dia sebenarnya telah membuatkan Yu-Jin dan Joon-Sang bersatu.

Feeling giler tengok citer ni.... tengok setiap episod mesti ahkak siap nanges-nanges... kenkonon dah diresapi watak Yu-jin ler kaedahnya. Ingat lagi, waktu tayangan citer ni pukul 7 - 8 malam...time orang nak solat maghrib. Jadi, solat express laa. Jahil sungguh ahkak masa ni jah! Ending citer ni... Yu-Jin bertemu semula Joon Sang/ Lee Min Yeong yg dah buta di rumah idaman diorang. Whaaaaaa..... sobsobsob.....

Baru-baru ni kawan ahkak, Zaliza berkunjung ke Nami-do, Korea Selatan kat tempat lokasi citer ni. Kalaulah ahkak yg pergi, harus ahkak pacak khemah camping kat situ. Menghayati aura Yu-jin dan Joon-Sang ler kenkonon nyer...... hehehe...

Jom berangan !

Assalamualaikum Iman yang mama kasihi.....

Sekejap jer masa berlalu. Diam-tak diam Iman dah 5 tahun. Dah besar...

Bila Iman pergi sekolah, mama tinggal seorang dan rumah kita ni terasa sangat sunyi. Mama bukak tv, bukak radio, layan internet, buat kerja rumah. Eh ! Tak jadi jugakkkk....

Semalam mama tanya Iman nak adik tak? Iman kata nak "baby sister" macam Adik Fifie. Kalau gitu, jom lah kita berangan ! Hehehe....

Kalaulah ditakdirkan kita dapat rezeki seorang baby girl, Iman suka tak kalau mama beri nama "Hana Izzah Fauzi" ? Makna Hana ialah kasih sayang, Izzah ialah kemuliaan/ kekuatan dan Fauzi pula kejayaan. Nanti, kita sama-sama bela baby dengan penuh kasih sayang, kita muliakan dia dengan akhlak dan pekerti yang baik, kuat menghadapi gelombang hidup dan insya allah dia akan berjaya di dunia dan akhirat. Ok tak, Iman?

Alah Iman ni... ada ker nak suruh letak nama "Surfina" ? Tu kan nama adik Fifie? Nanti sama pulak... confuse diorang nanti ! Iman ni.... "potong stim" mama nak terus berangan !

Tuesday, October 18, 2011

Apa salah anak ini ?

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

P/S : Sedihnya rasa hati melihat foto ini. Manusia semakin hilang pertimbangan dan sifat perikemanusiaan. Alangkah baiknya kalau bayi itu diserahkan kepada orang lain untuk dipelihara. Masih ramai lagi orang di luar sana yang sudi menerima bayi seperti ini.