Thursday, December 29, 2011

Pengantin 1.1.12

Ni kisah benar.... bukan tujuan untuk mengumpat tetapi mengambil iktibar, contoh dan tauladan. Maaflah, nama sebenar "watak" dirahsiakan....

Sebelum ini "H" pernah bertunang dengan sorang jejaka dan merancang majlis pernikahan. Segala persiapan untuk pernikahan telah sempurna disediakan. Malangnya, pada hari pernikahan pengantin lelaki tidak menghadirkan diri. Apa masalahnya, tidak pulak saya ambil tahu !(Konon.....tak nak dikatakan kepochi.... hehehe...). Majlis pernikahan bertukar menjadi kenduri tahlil dan arwah, juga beberapa doa dibacakan sebagai pengubat hati "H".

Kesian melihatkan bekas bakal pengantin yang menangis tersesak-esak di tepi pelamin dan dulang hantarannya. Sabarlah dik... seperti kata Ustazah "S" biar tak jadi hari ni daripada dah jadi tapi tak jadi. Kami juga mendoakan semoga "H" akan bertemu jodoh dengan orang yang lebih baik dari si dia yang memungkiri janji tu....


Beberapa minggu yang lalu saya menerima kad undangan dari keluarga "H'. Alhamdullilah, berkat kesabarannya menghadapai dugaan yang memeritkan itu, kini dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka lain iaitu "R" pada 1hb Januari 2012 nanti.


Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada "H" dan "R" suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Aamiin ya Yabbal Alamin.....



P/S : Ya Allah... mudahkan dan ringankanlah jodoh kedua-dua anakku, Muhammad Iman dan Ayesha dengan pasangan masing-masing. Aamiin...

Tuesday, December 27, 2011

Duit... duit....






Duit boleh beli BANTAL dan TILAM, tetapi tidak boleh beli TIDUR
Duit boleh beli UBAT, tetapi tidak boleh beli KESIHATAN
Duit boleh beli BUKU, tetapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN
Duit boleh beli INTAN PERMATA, tetapi tidak boleh beli KECANTIKAN

Duit boleh beli MAKANAN, tetapi tidak boleh beli SELERA
Duit boleh beli RUMAH, tetapi tidak boleh beli KELUARGA
Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tetapi tidak boleh beli PELAJARAN
Duit boleh beli HIBURAN, tetapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN

Duit boleh beli PERNIAGAAN, tetapi tidak boleh beli KEBERKATAN
Duit boleh beli CINTA, tetapi tidak boleh beli KESETIAAN
Duit boleh beli ORGAN BADAN, tetapi tidak boleh beli NYAWA
Duit boleh beli PANGKAT dan KEDUDUKAN, tetapi tidak boleh beli IMAN

Duit boleh beli hampir segala-galanya didalam dunia KECUALI MATI



P/S : Pesanan penaja : Jangan jadi hamba duit, ok? Agak-agak lerrrr......

Thursday, December 22, 2011

Mata saya...

Seingat saya, saya mula "tak nampak" sejak dalam darjah 3.

Darjah 4, mata saya masih "tak nampak" lagi...

Dah Darjah 5 pun, lagi teruk "tak nampak"nya..... Dalam kelas, Cikgu letak saya di meja paling hadapan sebab saya selalu salah salin apa yang cikgu tulis di papan hitam (tahun 78... mana ada white board lagi? Hehehe.....) Kat rumah,mak tak pernah tahu dan tanya masalah saya.... saya pulak "takut" nak cakap..... yelah, mak-mak zaman dulu tak sama dengan mak-mak zaman sekarang! Sehinggalah satu hari tu saya "ditangkap" mak kerana membaca buku terlalu rapat dengan mata....

2,3 hari lepas tu saya dibawa ke kedai cermin mata.... check mata dan terus buat cermin mata....saya masih ingat lagi... keputusan "check mata"... saya rabun dekat dan kena buat cermin mata dengan power 300 di mata kiri dan 250 di mata kanan.

Sejak dari itu, cermin mata tak pernah lekang dalam kehidupan saya. Tahun bertambah, rabun saya pun bertambah gak..... tambah free dapat astigmatism lagiii....

Segala aktiviti terbatas.... tapi nak buat macam mana? Sabar ajelah....

Tahun ni tahun yang ke 33 saya pakai cermin mata. Sekarang ni mata saya semakin teruk... pandangan jauh memang dah confirm kelam .... pandangan dekat pulak dah mula kelam-kelam.... kira dah dapat full package (short sighted + long sighted + astigmatism). Nikmat Allah dah mula berkurangan sikit demi sedikit..... astaghfirullah al'azim......


Tiba-tiba saya dapat offer dari Kanda..... nak try buat "Lasik" tak? Hah???? Saya? Malu-malu kucing pulak..... hahaha....

Saturday, December 17, 2011

Pengalaman Haji 2006M/1626H (Bhgn 10 Mina- Jamrah)

Lagi gambar -gambar di sekitar Mina dan Jamrah.










































































Kebakaran yang berlaku di kawasan Jamrah




/a

Friday, December 16, 2011

Pengalaman haji 2006M/1426H (Bhgn 12 : Hudaibiah)

Al-Hudaibiyah ini berada di luar batas tanah suci, iaitu jalan antara Makkah dan Jeddah dan sekarang lokasi ini dipanggil Syumaisi, dinisbahkan kepada Bi’r Syumaisi.

Mula-mula kami dibawa ke ladang unta untuk melihat kehidupan unta. Di sana kami juga berpeluang menikmati susu unta. Rasanya? Sedap... seperti susu kuda, tidak berbau hamis. Tapi awas....jangan ambil berlebihan bagi yang tak biasa minum kerana dikhuatiri menyebabkan cirit !

Baca disini: http://tajdid-dakwah.blogspot.com/2010/05/hikmah-dan-kelebihan-unta.html











Si penjual susu unta


Bulu mata unta


Ibu dan anak.....




















Kantung susu @ c*li


Proses memerah susu menggunakan tangan


Kantung susu dipakai semula











Selesai melawat ladang unta, kami menuju pula ke Masjid Hudaibiah untuk bersolat sunat dan berniat melakukan umrah. Masjid ini jaraknya dari Masjidil Haram sekitar 24km. Di sebelah kanan kiblat masjid ini, terdapat bekas bangunan masjid lama yang dibangun dengan batu hitam bersimen.


Masjid baru Al-Hudaibiah


Tapak ini dikatakan bekas masjid lama yang menjadi lokasi bai’atur ridhwan. Wallahu a’lam.


Membaca doa


Kanda di runtuhan masjid lama


Bersiap sedia meninggalkan masjid untuk kembali ke Al-Haram