Saturday, December 29, 2012

Aqiqah Maryam

Kami telah melantik Al-Ameen Serve Holding Sdn Bhd untuk melaksanakan ibadah aqiqah untuk Maryam. Kami memilih haiwan lembu untuk dijadikan aqiqah Maryam.....bukannya seekor tetapi 1 bahagian sahaja yg dikongsi bersama 6 bahagian orang lain.

Dan, Alhamdulillah..... aqiqah untuk Maryam telah selamat dilaksanakan pada 22hb Oktober 2012, bersamaan 6 Zulhijjah 1433H di Masjid Al-Mubarak, Pothi In, Kaung Kang, Ponhea Krek, Kg Cham, Kemboja. Daging-daging yang telah dimasak itu dihidangkan untuk sebuah majlis perkahwinan penduduk kampung tersebut.

Sijil perlaksanaan aqiqah


Doa mama dan babah :

"Ya Allah, kami bersyukur kepada Mu yang telah mengurniakan seorang anak perempuan kepada kami.Ya Allah, Engkau kurniakan lah kepada kami hidayah, petunjuk dan taufik Mu agar kami dapat menjalankan amanah yang Engkau berikan kepada kami ini dengan keimanan dan takwa kepada Mu. Ya Allah, kurniakan lah kepada kami berdua kekuatan dan keyakinan untuk mendidik dan membesarkan Maryam sebagai hamba yg taat dan patuh kepada perintah2 Mu. Ya Allah, Engkau bimbing lah kami berdua diatas jalan yang Engkau redhai."  Aameen.......




Tuesday, December 25, 2012

9,13, dan 15 Oktober

Ulangtahun babah pada 9 Oktober dan Iman pada 13 Oktober kami raikan dengan sebijik kek aiskrim... makan anak-beranak di rumah.

Untuk Iman, kami belikan sebuah basikal sebagai hadiah. Babah tak nak apa-apa... jadi mama dan Iman "hadiahkan" Al-fatihah untuk roh dan jasad Babah.


Basikal untuk Iman


15hb Oktober pula ialah ulangtahun perkahwinan Babah dan Mama yang ke 19 tahun. Tiada ucapan lain selain rasa bersyukur ke hadrat ilahi atas segala nikmat yang dikurniakan selama ini.

Babah cadangkan kita raikan dengan berlepak-lepak. Tanya Iman, nak gi mana? Jawap Iman...."Melaka". Alamak!!!! Melaka lagikkk? Dan, hujung minggu tu berduyun-duyun lah kami menongkah ke Melaka.

Di Melaka, seperti biasa.... check-in di Mahkota Hotel. Tak ada hotel lain ker? Apa nak buat... dah Iman suka sangat dengan swimming pool di sini (maklum lah kat rumah mandi berendam dalam besen aje...)

.
Kali ni kami  pergi ke:
Wildlife Theatre Melaka

Acara pertama : Tarian hutan dari penari Iban

Burung-burung mai daaa....

Pertunjukkan ular. Ni aku tak leh tahan... scary ooo...

Ni "tetamu jemputan" kami....

Maryam "keboringan" layan perasaan.... hehehe...


Esoknya pula, antara aktiviti kami :

Nyoping-nyoping sikit....



Berjalan-jalan di sekitar Banda Hilir melayankan Iman. Maryam kecil lagi, dia tak tahu apa-apa... hehehe..... Kami melawat tempat bersejarah seperti di A Famosa, Bukit St Paul dan muzium-muzium yang terdapat di sana. Katanya ada lebih daripada 20 buah muzium di sekitar Melaka. Kami hanya sempat ke  Muzium Kenderaan, Muzium Keselamatan Jalanraya Petronas, Muzium Setem dan Muzium Kemerdekaan sahaja.

Di pintu belakang A Famosa.

Sukalah hati Iman dapat bermesra dengan benda alah peberet dia... TRAIN !

Iman memandu keretapi di Muzium Kenderaan

Iman di Muzium Keselamatan Jalanraya Petronas


Seronok jugak "jalan-jalan" kali ni. Nanti lain kali kita boleh datang... sambung melawat muzium yang lain,ya !





 



Children's Day at TSW

Pada 23hb Oktober 2012, sekolah tadika Iman meraikan Children's Day aka Hari Kanak Kanak dan Majlis harijadi kanak-kanak yg dilahirkan pada bulan Oktober. Iman antara kanak-kanak yang menyambut harijadi.

October "babies"

Ini kek yg Iman pilih sendiri. Beli dari auntie Qiss.


Iman doa apa tu?


Muka kengkawan yang excited giler....


Giliran teachers pulak buat persembahan. Kali ni teachers joget-joget ikut lagu Oppa KL Style. Aiyoh! Sakit lutut maa....


Muka budak demam.... kesian !

 Amoi-amoi.... manyak kiut oooo......



Pastu, Tr. Shuba terangkan kepada budak-budak tentang peristiwa dunia seperti peperangan dan kesannya, kebuluran dan nasib kanak-kanak lain di dunia. Beruntung kita kan Iman.... dapat hidup dengan aman dan damai.








7 bulan


Maryam dah  berusia 7 bulan. Sekejap ajer masa berlalu..... Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat dan gembira. 


l




Sekarang ni dia dah  merangkak, duduk dan berdiri tegak (dengan sokongan). Dia paling suka merangkak masuk bawah meja atau kerusi. Adik juga mula memanggil babah.... babah.... mama...mama...... Abang Iman pulak dipanggilnya "weh.... weh......" 





Sunday, December 16, 2012

Graduasi Iman


Setelah 3 tahun bersekolah di TSW, akhirnya Iman akan tamat tempoh persekolahan pra-sekolahnya. Maka sibuklah cikgu-cikgu membuat persiapan untuk majlis graduasi/konvokesyen yang akan diadakan pada 9hb November 2012.




Kali pertama lihat gambar ni, mama menangis..... rasa gembira, terharu, sedih dan bangga.

Mama terharu dan sedih sebab...... kengkawan mama yang lain dah menyaksikan majlis graduasi Universiti/ kolej anak diorang tapi mama saksikan majlis graduasi anak mama tamat sekolah TADIKA.  Jadi cerita lawak sedih pulak, kan?

Mama gembira dan bangga sebab.... anak mama,  Muhammad Iman dah besar, cerdik, handsome (ni kes puji anak sendiri. Jangan jeles.... hahaha.....)






P/S : Doakan mama sempat  menyaksikan konvokesyen Universiti Muhammad Iman dan adik Maryam kelak, ya...








4 bulan 27 hari


Foto berikut sepatutnya diupload lama dahulu tapi disebabkan beberapa hal, semuanya tertangguh.


 Foto in adalah ketika Maryam berusia 4 bulan 27 hari. Dia dah meniarap dan bergerak ke belakang. 



Ketika sedang tidur.....

Ketika jaga.... dia meniarap....

.............dan ketawa..........






Doblas...doblas...doblas...

12.12.12 datang sekali aje dalam 100 tahun... tu semua orang dah tahu, kan?

Aku ni bukanlah orang yang taksub pada tarikh-tarikh tertentu. Tapi aku nak cerita gak peristiwa yang berkaitan dengan diriku pada tarikh ini.

1) Anakanda Maryam  telah "berjaya" duduk buat pertama kalinya iaitu tatkala usianya 6 bulan 19 hari. Sebelum ni, berhari-hari dia mencuba.... tapi tak berjaya. Ni gambarnya :





 Adik berjaya !!!! (Mama pun bertepuk tangan gembira )



2) Pernikahan sepupuku, Che Yah dengan kekasih hatinya. "Nikah gantung" ajer dulu. Majlis persandingannya bila ek? Tunggu jelah kad jemputan........ hehehe....... Selamat pengantin baru !!!








Tuesday, October 2, 2012

Suatu hari di : TSW - Open Day + Family Day









Tadika & Taska Seri Wawasan Open Day + Family Day : 30 Sept 2013

Itinerary :

1) Students Thematic Art Works Exhibition
2) After School Water Games
3) K3 Poem Recital Performances in 3 Languages
4) K2 Gorgeous Dancing Costumes Show
5) Family Fun Games
6) Taska Family Look Alike Contest
7) Birds Corner

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Kami sampai di TSW lebih kurang jam 10 pagi. Terus ke bilik darjah Iman untuk melihat pameran  hasil "kerastangan" Iman. dan kengkawannya.... Kerastangan bertemakan "burung"..... setiap pelajar buatlah "apa-apa" asalkan ada bentuk macam burung. Tak kisah burung apa pun.... janji ada satu kepala, dua sayap dan 2 kaki....... hehehe.....


Theme : All About Birds/ Kisah Burung-burung



 Di dalam bilik darjah Iman iaitu kelas K3 Pear :

Iman 

Ada satu family tu tumpang posing...

Hasil sumbangan kerastangan Mama Iman untuk kelas K3 Pear

Hasil kerastangan Iman : Keluarga burung dan sarangnya

Burung apa ni Iman... satu merah, satu biru?

Burung hantu??? Uk--uk--uk--




Pelajar K3 berpantun, bersajak dalam 3 bahasa (Melayu/ English/Mandarin)

Pertunjukkan fesyen dari pelajar K2


Kat luar ada apa aktiviti?

Ada "bird show" laa

Iman aka Woody 







Mana Maryam? Tak nampak pun ....... macam biasa lah.....



Mama... Adik ngantuk laa.....

Zzzzzz.... Nanti nak balik, kejut Adik, ok?



Ini tahun terakhir Iman di TSW. Tahun depan Iman akan memasuki sekolah Tahun 1. Insya allah lagi 3 tahun, kami akan ke TSW lagi untuk menghantar Maryam pulak. Harap-harap masa tu, school fees masih "berpatutan" lagi......  yelah, kalau dah sampai RM500++ sebulan, kena fikir dopoloh tigaploh kali ler gamaknya....


Kami tak sempat nak berlama di TSW sebab kami perlu ke Selangor..... nak pergi makan kenduri kahwin sepupu Babah. Hehehe.....










Sunday, September 30, 2012

Bila si Manja ketawa...

Semakin hari semakin banyak perkembangan Maryam. Dulu hanya pandai senyum ajer, sekarang dah pandai keluarkan bunyi bila ketawa...... keh keh keh..... 

Dia paling suka diajak bertepuk tangan sambil menyanyi lagi pok amai-amai...... keh keh keh....

Lagi satu, dia dah mula "babbling". Dia akan seronok kalau diajak berbual dan aku pun sama seronok melayan... tu yang kerja rumah asik "pending" aje.....


"Happy go lucky" baby.... keh keh keh.....



Melihat dia senyum dan ketawa.... luruhlah segala penat lelahku menguruskan rumahtangga. Abang Iman  balik sekolah, terus cari Maryam. Babah pun gitu gak... balik kerja.... ngadap Maryam dulu..... Begitu jugak ngan Kak Zie, Abang Sahar, Fifie dan Amira..... tiap-tiap hari cari Maryam.......  Maryam ! Maryam ! Maryam !

Mim Ro Ya Mim !!!






Tuesday, September 25, 2012

Manjaku berkhitan


Berkhitan Bagi Bayi Perempuan (Majalah Pa & Ma, Jan 2011)

Tahukah anda : Waktu yang sesuai untuk bayi perempuan dikhitan adalah semasa ibunya masih lagi dalam tempoh berpantang. Ianya dilakukan oleh bidan-bidan di kampung namun kini perkhidmatan berkhitan terdapat di klinik-klinik. Hukum berkhitan pula adalah tidak wajib tetapi digalakkan dilakukan dengan memotong sedikit sahaja sepertt yg disebut dlm hadith:

"Potonglah sedikit dan jangan kau potong yang berlebihan, kerana hal itu akan mencerahkan wajah dan menyenangkan suami."(Yusuf Alqaradhawi, fatwa muasirah)




Saya dah buat appoinment dengan GP kami untuk mengkhitankan Maryam sejak Maryam "dalam hari" lagi tetapi GP mencadangkan khitan yang paling sesuai ialah  dalam usia 3-6 bulan. Maka, genap usia Maryam 4 bulan saya menghantar Maryam untuk dikhitankan. 

Proses berkhitan mengambil masa sekejap... tak sampai 5 minit! Dr Nora mulakan dengan membaca doa, mencuci, memotong sedikit kulit hingga mengeluarkan setitis dua darah, sapu ubat dan selesai ! Alhamdulillah..... Maryam sedikit pun tidak menangis atau menjerit malahan sempat senyum-senyum kat kami (saya, Doktor dan pembantunya), cuma matanya saja yang agak terbeliak menahan sakit (barangkali) .... kuat sungguh semangat si manja saya ni, kan? Sori arr..... gambo tak ada....

Harga perkhidmatan berkhitan ialah RM25 manakala perkhidmatan menindik telinga bayi ialah RM25 juga. Kalau ambil kedua-dua perkhidmatan, bayaran ialah sebanyak RM40. Saya rasa Maryam masih kecil dan belum sesuai bertindik. Bimbang nanti tersangkut anting-anting pada baju dan tak pasal-pasal rabik telinga dia! Nantilah tunggu dia dah "anak dara" dulu....


Ni gambar Maryam pada usia 4 bulan. Sekarang sedang meniarap, mengangkat kepala, angkat kaki, belajar pusing-pusing dan naikkan punggung. Adik ni macam tak sabar nak membesar ajelah..... sabar-sabarlah Dik.....