Monday, January 30, 2012

Doa ketika kesedihan




Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku. Aameen....

Saturday, January 28, 2012

Maakkk ! Sakitnya......

Maaakkkk ! Sakitnya...... ni bukan main-main.... ni sungguh-sungguh sakit.....

Balik dari bercuti di Marang, aku sedar ada benda di peha kiriku. Rupa macam jerawat... sehari dua lepas tu.... baru ku tahu... aku kena bisul......

Aduh ! Sakitnya..... berjalan tedengkot-dengkot.... nak duduk pun susah, nak baring pun susah.....

Sebbaek ada mak mentua dan adik ipar yang mengambilalih menjaga keperluan Ayesha. Kalau harap aku sorang? Maunya melalak aku.....

Sakit oooo kena bisul ni....

Kanda bawa ke klinik. Dokter hanya beri painkiller (apa lagi... paracetamol aje ler), ubat hilang bengkak (apa tah nama tu) dan antibiotik. Hah amik ko... kena makan antibiotik 8 bijik sehari....Ku tanya dokter apsal tak pecahkan bisul tu? Dia kata mana boleh...kena tunggu sampai "masak" dulu...... hah! Tak larat nak menanggung sakit ni....

Sakitnya.... bedenyut-denyut....



P/S : Ya allah aku terima dan redha ditimpa sakit ini. Ampunkan segala dosa dan kesalahanku.....

2 malam di Marang

Cuti Tahun Baru Cina tahun ni bermula dari 21-28 Jan 2012. Apa yek nak buat cuti lama-lama ni?

Kami bercadang berjalan ke Terengganu. Kali ni kami bercadang nak ke Marang. Sebelum ni Kuala Terengganu, Tasik Kenyir menjadi pilihan destinasi. Apa ada di Marang tu?

Tugu Udang dan Sotong di Marang

Hari pertama kami menginap di Seri Malaysia, Marang. Oklah HSM ni. Alhamdullilah dapat bilik standard yang agak luas untuk kami empat beranak. Tak mahal RM140 semalam aje. Sarapan pagi seperti nasi lemak, laksa, bubur nasi, roti dan buah-buahan disediakan. Oklah....boleh tahan makanannya....


Makan malam kami di Pantai Kelulut Esplanade. Hah! Kat sinilah saya dapat bertemu dengan makanan kesukaan saya iaitu s.o.t.o.n.g ! Hahaha..... sukanya hati saya... tercapai hajat! Idak ler balik kena jilat tapak tangan..... hahaha.....


Keesokkannya kami bersiar-siar di sekitar Marang. Antara tempat yang kami lawati ialah Masjid Sultanah Nur Zahirah. Sempatlah kami mengerjakan solat dhuha di sini. Selain dari itu, pantai menjadi pilihan. Duduk-duduk ambil angin sambil posing-posing. Nak mandi...pantainya tak sesuai...pantainya bercerun tambah pula dengan ombak yang deras dan kasar. Insya allah di lain kunjungan kami akan ke Pulau Kapas pula. Bila tu? Entahlah..... angan-angan jer dulu.....

Hari kedua kami berpindah tempat penginapan. Kali ni di Kamal Guest House. Harganya RM75 semalam. Bolehlah untuk "orang-orang yang terdesak"... janji ada tempat nak tidur dan mandi.....

Hari ni dapatlah kami berjalan ke Kuala Terengganu. Ke mana lagi kalau tak ke Pasar Payang. Mak oi ramainya orang.... tambah lagi dengan jalan jam....susah nak cari parking. Taubat rasanya ! Tapi saya pergi juga untuk mencari beberapa barang kiriman kengkawan. Mulanya saya tiada niat nak beli baju batik sutera Terengganu. Yelah, nak pakai pergi mana, kan? Takkan nak ke dapur pakai baju batik sutera? Buang tebiat apa? Hahaha.... Tapi, bila dah sampai pasar Kedai Payang tu.... hah kau! ternganga mulut tengok keindahan baju batik sutera. Nyaris tergoda..... sebbaek masih kuat iman. Hahaha....

Esoknnya kami bersiap untuk pulang ke Selangor. Sempatlah beli keropok lekor, keropok kering dan beberapa makanan lain.

Apa yang saya suka dengan trip kali ini :
1) Marang - aman, damai. Orangnya peramah, tak lokek dengan senyuman.
2) Makanan - puas hati dapat makan sotong culup tepung yang sedap.
3) Iman gembira
4) Dapat menunaikan janji dan mengembirakan orang lain

Sebelum pulang, sempatlah kami singgah di Rantau Abang, Kuala Abang dan Dungun. Posing-posing ambil gambo laut dan pantai.....



P/s : Sebelum memulakan perjalanan saya beristikhoroh dan berdoa "Ya Allah, jika perjalanan kami ini membawa kebaikan, maka berkatilah dan mudahkanlah perjalanan kami. Kalau tidak membawa kebaikan, halang dan batalkanlah perjalanan kami ini".

Monday, January 16, 2012

"Tissot Watch PR 50"


Gambar ihsan Cik Gugel. Malas ler nak amik gambo sendiri.....


Ni rupa jam tangan automatik "Tissot Watch PR 50". Ada cerita di sebaliknya.....


Jam ini merupakan jam pusaka. Milik aruah mak saya. Sebagai anak perempuan tunggal, maka segala barang=barang peninggalan mak menjadi milik saya lah. Takkan lah abang dan adik lelaki saya pulak nak pakai barang-barang mak, kan?

Jam ini ialah pemberian Pakngah untuk mak. Pakngah beli sebagai souvenir semasa dia melancong ke Switzerland pada tahun 2001. Mak gunakan jam ini dari 2001 hingga 2006. Sejak 2006, sayalah yang menggunakannya. Maknanya, saya pula akan menggunakan jam ini hingga akhir hayat saya lah....insya allah !

Limau mandarin



Raya Cina dah semakin dekat. Tinggal seminggu ajer. Kat mana-mana dah melambak-lambak jual limau mandarin. Siapa suka makan limau mandarin? ..... Angkat ler tangan.... hehehe....

Saya ada beberapa fasa (bukan Fasha Sandha tau !) kenangan dengan limau mandarin ini.

Fasa 1 : Zaman sekolah - kalau nak makan limau ni, mak akan membelinya. Masa tu murah gilerrr..... beli dua hengget dapat selambak..... puas makan 2-3 hari....

Kenangan fasa 2 : Zaman bekerja. Wah ! Setiap kali nak raya cina haruslah para-para supplier, vendor, contractor dan saper-saper tah datang ke Opis bawak berkotak-kotak limau ni. Puas ler membahagi limau tu di kalangan staff. Tiap-tiap hari saya membawa balik ke rumah tak kurang dari 20 biji limau. Pagi, petang, siang, malam makan limau. Abis tu, tak makan... sayang ...nanti limau tu busuk....

Bila staff dah makin ramai, campur pulak dengan politik opis..... maka jumlah agihan limau semakin ler berkurangan.... pastu ada ler yang bermasam muka .... hmmm....

Ada orang kata, kalau raya cina bulan Jan... limau masam. Kalau raya bulan Februari, limau manis. Sebab apa? Katanya lah.... ada lebih masa untuk limau tu matang sebelum dipetik. Iya ker?

Fasa 3 : Zaman "pencen". Kembali ke fasa 1...... nak makan limau, kenalah beli sendiri....cuma bezanya, sekarang mahal... dua hengget dapat 2 biji jer...


Jangan harap ler Kandaku nak bawak balik limau dari opis nye.......katanya...tu untuk staff dan pekerja dia ajer.... Awak nak? Nanti kita gi beli..... hmmmmm....

Tuesday, January 3, 2012

Plan pendidikan Iman 2012

Assalamualaikum Iman....

Kejap jer masa berlalu...... diam tak diam hari ini hari terakhir cuti sekolah. Esok Iman akan mula bersekolah semula.

Mama cuma membelikan kasut baru untuk Iman pakai ke sekolah. Beg sekolah, botol air, stationaries, baju uniform sekolah dan pakaian senaman tahun lepas masih boleh digunakan. Jadi tak perlu beli ! Buku-buku sekolah pula telah dikira dalam yuran persekolahan tahunan dan bulanan.

Tahun ni Iman dimasukkan dalam kelas K3 Pear. Guru kelas ialah Teacher Jenny. Hahaha.... mama suka sangat Iman dapat masuk kelas Teacher Jenny tu sebab T.Jenny tu strict giler...... tak leh Iman nak ngengade-ngade, kan !

Tahun ni Iman tak yah masuk tuition kelas Buku Cerita, ya. Nanti kita beli buku cerita banyak-banyak, kita baca bersama dengan Adik Ayesha kat rumah ajelah.

Iman nak teruskan dengan Art Class ker? Mama rasa baik Iman teruskan Art Class tu tapi mama ingat nak hantar kat tempat lain. Tak mo dah Mr Lim.... mama nak hantar Iman kat Mr Kong pulak sebab Mr Lim tu asik suruh mewarna dengan krayon ajer tapi Mr Kong ajar cara asas melukis dan mewarna. Insya allah nanti bulan Februari Iman masuk kelas tu, ok?


Kelas IQRA.... ni mama yang akan ajar Iman. Tapi, kita haruslah ada disiplin. Sebelum ni kita belajar mengaji ikut sempat ajer.... tahun ni, tak boleh..... mesti mengaji tiap-tiap hari. Kalau tak buat gitu, bila Iman nak mula baca Al-Quran? Kan hari tu dah janji, mama ajar baca IQRA, babah ajar Iman baca Al-Quran.


Kelas Agama... Mama harap apa yang Teacher Sarah ajar kat sekolah semasa pelajaran Agama, Iman dapat faham dengan baik. Cuma tulisan jawi Iman tu yang perlu diperbaiki sangat-sangat. Kena praktis menulis selalu....


Oklah.... jom tidur. Malam ni kita semua kena tidur awal sebab esok Iman kena bangun awal dalam pukul 6.30. Boleh kan, Iman?

Jom buat LASIK !

Sejak Kanda offer buat LASIK tempohari.... asal ada free ajer haruslah saya mengugel pasal LASIK ni. Saya cari maklumat LASIK di VISTA, OPTIMAX dan Prince Court Medical Centre. Sori arr, saya tak nak cerita pasal LASIK tu sebab maklumat tu boleh digugel di hujung jari ajer.... hehehe.....


Perkara yang saya bandingkan ialah kepakaran doktor, peralatan, harga, logistik dan kemudahan lain. VISTA dan OPTIMAX harganya murah berbanding di Prince Court. Di Johor Bahru pun ada OPTIMAX. Dekat sikit dengan rumah saya.....

Akhirnya saya memilih buat di Prince Court. Tadi dah called staff kat Eye Clinic untuk buat appointment. Insya allah appointment saya dengan Prof Dr Muhaya pada 25hb Jan 2012. Ok jugak dapat tarikh ni sebab masa ni Kanda bercuti kerja dan cuti sekolah selama 9 hari sempena Raya Cina.

Insya allah, prosedur akan dimulakan dengan pemeriksaan mata (comprehensive eye screening) untuk LASIK. Kalau mata saya sesuai untuk buat LASIK dan saya tiada masalah lain seperti cataract, kornea nipis atau masalah kesihatan yang lain, insya allah LASIK akan dibuat pada keesokkan harinya (26hb Jan 2012). Ek eh! Tak sabar lah rasa nak tunggu tarikh tu......hehehe....

Kosnya ialah RM7990... bayar cash selepuk boleh... berhutang ngan bank pun bulih.... hehehe.... credit card 0% interest selama 36 bulan! Ini termasuk kos LASIK, ubat dan pemeriksaan mata. Sebelum ni harganya di antara 10K- 12K.

Katanya... peluang berjaya LASIK ialah 99% dan gagal 1%. Harap-harap saya ni termasuklah dalam golongan 99% tu dan doakan semoga saya selamat, ya !

Pucuk tangki

Hari ni saya nak cerita pasal Pucuk Tangki pulak. Pucuk tangki? Amende tu? Hahaha....

Semalam saya pergi ke Pasar Tani, singgah kat gerai Pak Haji ni... ternampak pulak satu jenis daun yang tak pernah saya lihat. Rupa ala-ala pucuk daun turi tapi halus-halus macam daun pokok semalu... tapi tak ada duri pulak. Sayur apa agaknya ni?

Tanya Mak Haji tu, katanya pucuk daun tangki. Hah? Tangki? Setahu saya, tangki tu tempat simpan air ajer.... tak tahu pulak ada pokoknya. Ni hah rupa pucuk daun tangki tu :


Sumber : Gugel



Saya dengan tak segan silu terus tanya macam mana cara menyiang dan resepi nak masak pucuk tangki ni. Mak Haji tu ajarlah cara menyiang dan cadang masak lemak cili api atau digoreng tumis pedas-pedas. Eh ! saya nak cubalah Mak Ji. Lalu saya pun belilah 50 sen aje... seto'et ajer... tak apa nak cuba.....

Balik rumah saya pun masaklah lemak cili api pucuk daun tangki. Hmmm... bau macam petai tapi tak pulak rasa petai....


Sumber : Gugel lerrr.... sori ar... lauk dah abis baru ingat nak amik gambo...hehehe...


P/S : Sedap gak layan sayur kampung ni....