Wednesday, February 22, 2012

22 Februari 1992

Teringat kembali pada tarikh ini... 22hb Februari 1992.... Di mana ya aku pada tarikh ini?

Ketika itu aku dan kengkawan HELM berkunjung ke Punggai Beach Resort yang terletak di Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor. Kami menghabiskan cuti hujung minggu bersama-sama. Maklumlah zaman muda... zaman yang serba indah.... Ketika itu beberapa orang di antara kami sedang "dalam hati ada taman dan dalam taman ada bunganya"...... maksudnya apa? Sedang bercinta lah tuuuu..... Adakah aku termasuk salah seorang darinya? Ngehngehngeh... soklan cepumas tuuuu.......

Bangun pagi pada subuh 22hb Februari 1992, aku buka radio dan menunggu untuk mendengar siaran Berita Nasional dan dimuatkan berita Sudirman telah kembali ke rahmatullah pada jam 4 pagi. Sebagai peminat Sudirman, haruslah aku bersedih masa itu......


Al-fatihah untuk allahyarham Sudirman Haji Arshad......

Hari itu dalam kenangan



Terjumpa lagu ni kat fb Rozlin.... dan tiba-tiba aku terkenangkan allahyarhamah Faridah binti Mahat.

Aku kenal Faridah Mahat sejak tahun 1995 iaitu semasa bekerja di HELM. Dia muda dua tahun dariku. Kami berdua selesa bersama... mungkin nama yang hampir sama mendekatkan hubungan kami. Kami sering berkongsi segalanya bersama... dari makanan hingga ke masalah kehidupan.

Disebabkan masalah rumahtangga, dia mengambil keputusan berhenti kerja dari HELM. Kami tidak pernah putus hubungan... dan masih mengambil berat tentang satu sama lain walaupun ketika itu dia dah bekerja di tempat lain.

Awal 1998 aku terima berita Faridah dah selamat melahirkan anak ketiganya iaitu seorang bayi lelaki yang amat diidamkannya. Aku menziarahinya dan dia dia amat gembira dengan kedatanganku ke rumahnya itu. Kebetulan ketika dia dia baru saja habis berpantang. Kami bercerita macam-macam.... dari cerita zaman sekolah, zaman bekerja di HELM, fasal keluarga kami dan kawan-kawan. Kami bercerita seperti tiada kesudahannya......

Dalam pada itu Faridah sibuk pula menyiapkan makanan tengahari. Masih aku ingat.... sambil menyiang sayur kangkung, dia berkata "Kak Daa (panggilan dia untukku) saya nak makan kangkung ni sejak dalam pantang lagi. Ni hah lepas pantang terus beli kangkung. Nanti kalau saya mati, mata saya akan tertutup rapat sebab dah lepas hajat dapat makan sayur kangkung". Aku ingat dia hanya bergurau dan berderailah ketawa kami. Bila waktu nak pulang, dia beriya-iya memohon maaf dariku dan berkali-kali disalamnya tanganku dan memelukku. Aku yang kehairanan berkata "apsal nak salam dan peluk banyak kali ni? Nanti lagi 2 minggu kita jumpa... akak akan datang lagi rumah awak". Dia kata "mungkin ni kali terakhir kita berjumpa......". Aku ni ingatkan dia masih bergurau walaupun masa tu muka dia memang serius.....

Minggu depannya Faridah melaporkan diri bekerja selepas tamat cuti bersalinnya....

Pada hari ketiga dia bekerja, tiba-tiba aku menerima panggilan telefon dari suami Faridah. Katanya Faridah dah "pergi" akibat kemalangan semalam.... pendarahan dalaman...paru-parunya pecah akibat hentakan pada dashboard. Hah? Aku terkesima.... seakan tidak percaya sebab dia yang aku jumpa beberapa hari lalu sangat sihat dan gembira. Aku seakan terlupa bila ajal menjemput, tak kira berapa usia kita, tak kira bagaimana keadaan kesihatan dan emosi kita....

Kemudian, barulah aku faham apa yang dia cakap mengenai sayur kangkung, kemaafannya dan pelukkannya. Patutlah dia kata lepas ni kita dah tak jumpa lagi...... Itulah pertemuan terakhir kami.....

Allahyarhamah Faridah selamat dikebumikan di kampung orangtuanya di Batu Pahat. Dia meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil (Nur Fasihah ketika itu berusia 8 tahun, yg kedua - lupa lak nama sbb nama panjang- berusia 4 tahun dan baby Lukman Hakim yang baru berusia 60+ hari.

Al-fatihah untuk adik/sahabatku allahyarhamah Faridah binti Mahat. Akan kukenang allahyarhamah sebagai seorang insan yang baik, penyabar, penyayang, cantik dan pandai memasak.....

Sunday, February 19, 2012

Buku baru

Tadi jalan-jalan gi Kluang Mall. Masuk Popular.... pusing sana...pusing sini... ternampak buku ni... terembat lah pulak....




Buku "Noorah" tulisan Ummu Hani Abu Hassan. Terbitan Galeri Ilmu. Harga RM20.00.

Kisah benar perjalanan hidup Kathryn Bennet sehingga dikenali sebagai Noorah Kathryn Abdullah. Liku hidupnya bermula dari rumah kemudian menghuni penjara juvana di Yorkshire. Kehidupan di kedua-dua tempat itu "dasyat" dan "teruk". Namun segalanya berubah selepas dia berhhijrah ke Bahrain dan seterusnya ke London untuk bergelar muslimah. Itu saatnya dia sentiasa dapat menghirup sisa manis dalam wadah ujian Allah. Maka dia masih boleh tenang melalui kepahitan hidup berumahtangga. Dia pasrah meredah ribuan kilometer untuk memjejak tiga anak yang dilarikan bekas suami. Dia redha bergelar ibu tunggal kali kedua sekaligus mengambil peranan ayah untuk menyara enam orang anak di kota London. Dia juga sabar diuji penyakit digeruni kerana dia yakin dengan besarnya hikmah di sebalik musibah.

Buku "Secangkir Teh Pengubat Letih" tulisan Hasrizal Abdul Jamil (Abu Saif aka Saiful Islam) terbitan Galeri Ilmu. Harga RM25.00

Secangkir Teh Pengubat Letih adalah catatan kembara Abu Saif di bumi Khalifah Othmaniyyah pada mengenal hati budi kenalan dan teman yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggir jalanan. Semua itu adalah cara Allah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita hingga terbit fajar janjiNya.



Buku "Practice Fun Addition" dan "Practice Fun Subtraction" terbitan Pelangi. Harga RM2.90 setiap sabuah.

Ini untuk Iman. Buku aktiviti mengenai "campur dan tolak" untuk kanak-kanak pra sekolah untuk menjadikan pelajaran dan latihan lebih menarik dan meyeronokkkan.

Bukak jahit !!!!

Semalam aku ada appointment kat spital Pantai Batu Pahat. Pergi lagi spital?? Nak bukak jahitan daa...

Appointment dalam pukul 10 lebih. Masa aku datang... eh ramai pulak orang datang nak jumpa Surgeon tu? Adalah dalam 4 orang sebelum giliranku. Wah ! Murah rezeki Dr Ghazali Salleho hari ni yek....

Masing-masing dengan masalah tersendiri. Sementara menunggu giliran, kami berborak-borak. Oh! Mereka semua adalah masalah dengan bahagian abdomen mereka. Pakcik yang sebelum ku pulak ada masalah tak leh ken**t, berat badan turun dengan drastik, tak selera makan. Dia kena buat ujian darah dan pastu diarahkan masuk ward. Agak dia sakit apa hek? Kepoh betul aku..... hehehe... Aku agak kan.... pakcik tu Ca. prostate. Cisss ! Lancang sungguh jariku ini....

Bila diorang tanya aku jumpa doktor ni apa hal? Aku dengan selamba jawab..... nak bukak jahit ! Ada ker diorang tu ingat aku memain?

Sebenarnya aku takut nak bukak jahit. Aku bayangkan nak bukak jahit pembedahan tu seperti bukak jahit pada baju.... apa nama tu.... tetas baju ! Aku membayangkan mesti bada bunyik ....tus-tus-tus.... seram weh !!

Luka pembedahan ada di dua tempat. Yang di peha hadapan tu adalah dalam 5 jahitan dan bahagian peha belakang ada 12 jahitan. Sori lah, tak leh tunjuk gambo..... haram... aurat tu... hehehe...

Ku tanya Doktor apsal tak guna "benang" yg boleh cantum ngan kulit? Dia kata "benang"segitu boleh nyebabkan jangkitan kuman. Oh yer ker? Apa sajalah tuan doktor......

Ngilu ooo masa Doktor tu putuskan benang. Pedih pun ada gak. Sabar jelah.....

Thursday, February 16, 2012

6 tahun : 15 Feb 2012

Semalam, 15 Februari 2006 genap 6 tahun ikut perkiraan tahun masihi pemergian mak.

Masih aku ingat lagi.... pada hari itu...aku berjanji dengan mak untuk datang pada pukul 3 pagi untuk menghantar Uda bergilir manjaga mak di hospital di samping membawa Yanty pulang ke rumah. Yanty kata, mak asik tanya dah pukul berapa sekarang dan asik mengeluh lambatnya dia nak datang..... seolah-olah mak tak sabar menanti kedatangan seseorang..... Yanty ingatkan mak tak sabar menanti kedatanganku....

Jam 3.20 pagi, aku sampai di hospital. Yanty menceritakan mak asik menanyakan waktu... Kami menganggap biasa ajer.... Kami yang tidak ada pengalaman menghadapi saat terakhir insan dan tidak terfikir langsung ini tanda-tanda akhir mak atau pun kami semua dalam "keadaan penafian"... kami mengharapkan mak akan bersama kami untuk beberapa ketika lagi.....

Uda bersetuju menjaga mak waktu dinihari itu dan aku berjanji akan datang lagi ke hospital selepas solat subuh nanti. Yanty pun ku ajak pulang ke rumah.... Sebelum ni aku seorang lah yang menjaga mak sebelum kedatangan Yanty dan Uda hari itu....

Entah macam mana kami semua tertidur dan terjaga pada jam 7 pagi... mungkin aku terlalu letih semalam.... Lantas segera aku bersolat subuh dan bersiap untuk ke hospital.

Jarak dari hospital ke rumah ku adalah dalam 2-3 km dan ambil masa tak sampai 5 minit. Entah kenapa pagi itu aku rasakan macam jauh sangat perjalanan ke hospital.....

Setibanya aku di kawasan tempat letak kereta, Uda menelefon menyuruh aku segera datang tengokkan keadaan mak.... Aku bergegas berlari ke wad mak ditempatkan.....

Sewaktu ku sampai mak baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya. Doktor mengesahkan kematian mak... Aku pun tak tahu dari mana aku dapat kekuatan.... aku berlagak tenang, ku lurutkan kelopak mata mak, ku qiamkan tangannya dan ku tutup wajahnya. Lalu aku duduk di sebelah mak membaca alfatihah dan surah yassin sementara menantikan urusan selanjutnya.

Tak lama selepas itu, muncullah wajah-wajah yang aku kenal tiba. Antaranya Pak Ji Sharif, Che Lan, beberapa jiran dan saudara mara. Pak Ji Sharif dan Che Lan lah yang menguruskan hal berkaitan dengan pengkebumian. Aku tak tahu nak berbuat apa..... kami serahkan aje kepada mereka.....

Jenazah dibawa ke rumah mayat untuk urusan mandi dan mengkafan. Di sana kulihat Ustazah Shikin sedang menunggu. Lantas aku menawarkan diri untuk menolongnya memandikan jenazah mak. Yelah sebelum ni memang tugas aku di rumah untuk memandikan mak. Melihatkan aku berdua dengan Ustazah, Uda dan makcik Adah menawarkan untuk membantu. Selesai mengkafan, jenazah mak disolatkan di ruang solat oleh beberapa orang yang hadir. Alhamdullilah aku sentiasa bersama mak ketika ini dan sentiasa membacakan kalimah ayat-ayat suci untuk mak.....

Selepas itu jenazah mak dibawa ke rumah untuk memberi penghormatan terakhir oleh saudara mara dan sahabat handai. Di rumah juga solat jenazah dilakukan lagi. Alhamdullilah saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga mengadakan bacaan yassin dan tahlil. Kata mereka, wajah mak seperti wajah orang yang sedang tidur....

Sebelum azan Zohor, jenazah mak dibawa ke Masjid Jamek Bandar Kluang yang terletak berhampiran rumahku untuk disolatkan sekali lagi selepas solat zuhur. Selepas itu barulah jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Alhamdullilah aku dapat menjalankan tanggungjawab ku yang terakhir sebagai anak dengan memandikan, mengkafankan, bersolat jenazah dan mengiringi ke tanah perkuburan.

Ya allah ya tuhanku... ampunkanlah dosa dan kesalahannya, rahmatilah dan berilah kasih sayangmu kepadanya, jadikanlah alam barzakh ini sebagai taman syurga buatnya, letakkanlah dia di sisi orang-orang beriman, permudahkanlah segala urusannya hingga ke syurga dan temukanlah kami kelak di sana.... Aameen.... Sehingga hari ini, tidak pernah berlalu satu hari pun tanpa ku hadiahkan al-fatihah untuk mak.....


P/S : Maakkkkk... orang rindu kat mak !!!! Al-fatihah......

Tuesday, February 14, 2012

Jenis kengkawan...

Ketika aku ditimpa musibah baru aku kenal siapa dan apakah golongan kawan-kawanku :

1) Kawan golongan pertama ini akan menasihatkan aku supaya bersabar. Katanya-katanya penyejuk jiwa.

2) Kawan golongan kedua pulak akan mempersoalkan tindakan ku. "Apsal ko buat gitu"....apsal itu dan apsal ini... dan macam-macam apsal......

3) Kawan golongan ketiga ni pulak..... di depan aku diorang buat-buat tak tahu... seolah-olah tiada apa yang berlaku.... menanya pun tidak..... rupa-rupanya kat belakang aku ...... macam-macam diorang citer dan paling parah diorang boleh cakap "padan muka" ...... hmmmmm......
Sori beb, aku tak mintak makan dari korunk.... dan semoga korunk dirahmati Allah hendaknya.....


P/S : Agak-agak anda dari golongan mana satu? Hehehe...... PEACE !!!

Nak bukak bonet, Encik ??

Hari ni aku ikut Kanda pergi ke Senai. Jarak Kluang-Senai kira-kira 70km ikut PLUS dan ambil masa lebih kurang 30 min.

Dalam perjalanan pulang ke Kluang, iaitu berhampiran exit Machap ada operasi had laju oleh PDRM. Kereta kami kena tahan... katanya pandu melebihi had laju ! Kanda pun bersoal jawablah dengan anggota tu sebab Kanda tak puas hati. Bila ditanya berapa kami punya speed? Terkial-kial "Anggota" tu nak jawab....

Akhirnya, saman dikeluarkan sebab Kanda didapati bersalah sebab memandu melebihi had laju iaitu 128km/jam di laluan 110km/jam.

Kanda kata dia terima dan redho dengan kesalahan yang dia lakukan.... kena saman, bayarlah...


Yang menimbulkan kemusykilan ialah :
1) Banyak keter-keter mahal (terutama yg plet Singapore) berhenti kejap ajer????

2) Apsal pulak pemandu tu keluar dari keter sambil sengih-sengih? Diorang tu BFF ngan "Anggota" tu ker??????

3) Apsal pulak diorang tu kena bukak bonet keter?????


Herannya.... tak ada pulak "Anggota" tu suruh Kandaku keluar dari keter sengih-sengih sambil bukak bonet keter. Agak...."Anggota" tu "segan" kot nak suruh Kanda keluar berpanas bukak bonet?

Aku yang lurus ni fikir.... ooo anggota tu suruh bukak bonet sebab nak periksa bonet.... iyalah manalah tahu kot-kot pemandu tu lari cukai bawak rokok kretek ataupun paling teruk mungkin bawak mayat......

Bila ku tanya Kanda kenapa tak bukak bonet? Jawab Kanda ..... HAHAHA... AWAK NI TERLALU LURUS LAAAAAA...... awak tak nampak ke diorang tu menghulur tangan di sebalik bonet?

Oooo..... mungkin diorang tu BFF atau kengkawan pesbuk yang dah lama tak jumpa kottttt...... hahahaha.....

Agaknya macam mana kalau tadi aku amik video dan pastu upload kat Youtube? Wah.... glamer aku! Jadi bintang youtube gituuuuu...... hehehe.....


Moralnya : LU PIKIR LAA SENDIRIKKK.......

Monday, February 13, 2012

Iman & Valentine's Day

Tadi aku ambik Iman balik sekolah. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, kami terus berbual-bual. Macam biasalah aku tanya hari ni belajar apa, makan apa dan apa saja yang dia buat dalam kelas hari ini.

Tiba-tiba keluar perbualan ini :

Iman : Mama, I want to celebrate Valentine's Day.

Aku : Hah (dengan mulut melopong!!!) ???? (Aku try to react cool) Ok. Ok. You tell mama why we should celebrate valentine's day?

Iman : It's about "LOVE".

Aku : Hah ????? ....masih melopong.......

Iman : Mama, let's buy chocolate.

Aku : What for?

Iman : As a gift.

AKu : To whom ?

Iman : To Iman laa.... when you love someone, you must give a heart shape chocolate...

Aku : ???????? (terus melopong-lopong lagi.....)


Terus aku bawak dia pergi Giant kejap cari cekelat yang dia nak sangat tu. Akhirnya dia pilih yang macam ni. Puas ler aku kata cekelat tu tak bentuk heart pun cuma bekas dia ajer. Tapi Iman tetap nak yang ni jugak......



Laa... rupanya anak aku dah besar. Dah ada hati nak berkasih sayang. Pastu, puas ler aku terangkan kat dia kita orang Islam tak celebrate valentine's day nih. Abis tu nak buat camaner, kat tv tu asik-asik tunjuk promo Valentine's day ni.


P/S : Alahai Iman...... tak payah tunggu hari valentine.... tiap-tiap hari pun mama sayang Iman.....

Sunday, February 12, 2012

Kata-kata hikmah

Kata-kata hikmah hari ini saya cilok dari fb Dr Muhaya.


"Untuk tenangkan hati ingat mati dan bertaubat. InsyaAllah segala peristiwa lama dan perkara menyakitkan hati akan hilang. Bila kita fokus pada cara mendapat husnul khatimah dan redha Allah perkara lama akan hilang. Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana kita rasa diri kita besar dan kenapa orang harus buat sesuatu kepada kita. Cuba renung kesilapan kita pada orang dan perbaiki diri bukan ingat kesilapan orang pada kita. Kita hanya akan dapat apa kita telah buat. Jika orang sakitkan hati kita erti kita pernah sakitkan hati orang lain. Muhasabah diri selalu. Cuba audit apa emosi kita bila bangun tidur. Ia akan menentukan seluruh hari kita."




P/S : Nak "like" banyak kali ler tapi nak tekan kat ner hek ????

Saturday, February 11, 2012

Maakkk... sakitnya ! Part II

Ni sambungan citer Maakkk....sakitnya !


Makin hari semakin sakit. Terasa bisul tu semakin membesar. Ubat yang diberi oleh Doktor di Pusat Kesihatan kat kampung telah ku makan. Mak mentua pulak memberi petua orang kampung kalau kena bisul sapukanlah kapur dan letak daun keledek pada bisul tu. Aku pulak sibuk bertenet cari citer pasal bisul ni. Semua dah ku amalkan tapi bisul ni semakin membesar. Maakkk.... sakit.....

Dalam keadaan bisul yang membengkak dan berjalan terdengkot-dengkot, aku tetap gagahkan juga pergi ke Prince Court Medical Centre,KL untuk appointment nak buat rawatan LASIK dengan Prof Dr Muhaya. Nanti aku citer di lain entry fasal LASIK ni, k ?

Ahad, 29 Jan 2012. Kami balik ke rumah di Kluang. Bisul tu semakin membengkak. Maaakk... sakit !
Di rumah, Kanda cuba nak pecahkan bisul tu dengan kaedah vacuum. Alamak ! Kanda nak jadi dukun pulak daaa..... Rupanya, bisul tu tak pecah sebaliknya semakin membengkak. Maaakkk... sakitnya ! Aku dah bantai melalak......

Esoknya, bisul menjadi semakin besar dan membengkak... Kanda dah mula susah hati. Apa lagi... keputusan nak antar aku ke spital pulak diambilnya. Aku seboleh-bolehnya tak naklah gi spital sebab tak nak jumpa Surgeon lelaki...kalau boleh nak cari Surgeon pompuan.... tapi kat spital mana ada Surgeon pompuan? Semuanya lelaki.... hmmmm..... Maaakkk... sakitnya !

Selasa, Kanda antar aku ke Pantai Hospital Batu Pahat. Tak tertanggung rasa sakit! Surgeon lelaki pun boleh aje laa.... Kanda kata "dah darurat"......

Rupanya bisul tu dah menjadi radang. Nak tau berapa besar? 10 inci kauuuu..... Patutlah sakit sangat! Apa lagi, hari tu jugak aku kena tolak masuk ward. Petang tu terus buat operation. Hasil operation tu, adalah "lubang" selebar 5cm dan sedalam 2.5cm. Tuan Doktor tu kata dia buangkan sekali "daging" yg dah mati. Maaakkk... patutlah sakit !

Selepas itu tiap-tiap hari kena buat dressing. Masa nak buat dressing, aku diinjek ubat tidur. Dah bagi ubat tidur pun aku masih menjerit dan menangis sakit tiap kali buat dressing. Pernahlah cuba tak nak enjek ubat tidur.... aku menangis kesakitan sampai mengigil-gigil. Maaakkk... sakitnya !

Selepas 8 hari dari operation pertama tu, Doktor kata luka tu dah kering dan dah "cantik". Sekali lagi aku ditolak masuk ke O/T. Kali ni nak jahit "lubang" bisul tu....

Hari ke 9.... bila Doktor dah puas hati dengan keadaan ku, barulah aku dapat discharged. Seronoknya nak balik rumah.....hehehe....

Time nak discharged, aku dapat bill..... mak oiiiii..... nak pengsan aku jap.... nak tahu berapa? RM 14,761.70 !!!! Insurance bayar RM 12,500.00 aje dan aku kenalah tambah lagi RM2,261.70. Inilah harga yang aku perlu bayar untuk anugerah 2 bijik bisul......

Doktor aku cakap, kalau rasa ada "benda" kat tubuh kita.... kalau ditekan "benda" tu sakit... oklah tu..... tapi kalau tekan tak rasa sakit... tu tak ok... mungkin kanser ! Haaah????

Berita baik.... aku tak ada kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung. Alhamdullilah....

Pada hari pertama masuk spital, berat aku 55.6 kg. Sebelum keluar, aku timbang berat.... dah tinggal 52.6kg !!! Apsal pulak boleh turun hek? Padahal aku makan satu hari 4X. Makanan yang dihidangkan semuanya sedap-sedap belaka. Aku cuma tak makan 2 hari aje... iaitu pada hari nak operation dan jahit aje. Apa-apa pun, alhamdullilah..... aku masih bernafas..... Sian ko, anak aku kecik lagi.......

Friday, February 10, 2012

Kata-kata hikmah

Ni cilok dari fb bakal doktor Fatin Atikah.


1) "KESEDIHAN tidak selamanya menutup sinar KECERIAAN di hati dan KEBAHAGIAAN juga tidak selamanya BERTAKHTA di sanubari. Usirlah keresahan, kekecewaan dan kehampaan yang memilukan dari terus mencengkam dan membelenggu hati. Hadirkanlah rasa KEHAMBAAN kepada Allah dengan KEIMANAN yang sebenar agar segala kekusutan yang menyedihkan itu tersirna dari hati insani".

2) Sesungguhnya janganlah sampai kecintaan dan kesukaan dirimu terhadap sesuatu mahupun seseorang itu membuatkan dirimu alpa dan leka dalam kecintaan.. Malah, janganlah juga sampai kebencian dirimu terhadap sesuatu atau seseorang itu membuatkan dirimu menjadi hancur dan binasa tenggelam dalam kebencian..

Jangan sampai kecintaan atau kebencian dirimu terhadap sesuatu atau seseorang itu membuatkan hatimu terhijab dan kabur dalam membuat tindakan dan keputusan..

Ketahuilah jangan biarkan sesuatu itu berlaku kerana terlalu mengikut perasaan emosi kita sebagai manusia yang lemah.. Jangan biarkan emosi kita membinasakan hati dan diri kita sendiri..

"......Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[Al-Baqarah ayat 216


**********************************************************************************************

Ni plak cilok dari tokeh enbeg... si Kerengga Kurus :


"In life, you'll realize that there is a purpose for everybody you meet. Some are there to test you... Some will use you. ..Some will teach you. And some will bring out the best in you...."

Thursday, February 9, 2012

Tenggelam.... timbul balikkk......

Assalamualaikum.....

Wah ! Dah lama tak bersiaran..... jakun giler saya..... hehehe.....

Dah berapa lama saya tak bersiaran hek? Rasa macam dah 3 minggu.... mana saya pergi? Masih ada lagi..... masih bernafas... masih menikmati keindahan alam... masih mensyukuri nikmat-nikmat yang dikurniakan....

Serius ni! Saya gi mana? Panjang ceritanya.... nak cerita kat blog ni kena ambik beberapa hari. Yelah... bermula dari "pengembaraan" saya dari Terengganu ke Selangor/ Kuala Lumpur dan balik ke Kluang semula. Dari hospital Prince Court Medical Centre, KL ke Pusat Kesihatan Tg Sepat, Selangor hingga ke Pantai Hospital Batu Pahat.

Terlalu banyak "ups and downs" ...macam rollercoaster...yang saya lalui dalam 3 minggu ini. Nantilah.... minggu depan bila saya dah free, saya tulislah sikit demi sedikit. Walaupun tak semua orang ambil tahu mengenai saya tapi saya percaya masih ramai lagi yang mengambil berat tentang saya.....

Nanti eh..... tunggu tau....