Saturday, March 31, 2012

Hari Sabtu yang indah.....

Yeah ! Hari Sabtu ni babah tak pergi kerja macam minggu-minggu sebelum ni.

Ni antara aksi babah dan Iman mengisi hari sabtu yang indah ini :


Betapa gigihnya mereka...... hehehe....



Babah naiklah.... Iman tolakkan



Main sama-sama. Guys, jgn gaduh tauuuu !!!


Mama ! Susu satuuuuu.... peace !



P/S : Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan (Surah ar-rahman)

Kisah si "anak tiri"

Wah! Tajuk tak menahan...... kihkihkih.....

Ni bukan ler kisah si anak yang berkepala hitam dan berkaki dua...... sebaliknya cerita si "Sepasu Pokok Lili". Tersebutlah alkisah...... sepasu pokok "Lili Amazon" ini adalah pemberian Uda Anis kepadaku kira-kira 18 tahun yang lalu. Eh! Dah lama tuuu.... kalau ikut umur anak, mesti dah lepas SPM, kan?

Dulu pasu bunga ni letaknya di hadapan rumah. Bunganya berbau wangi, daun hijau merimbun. Ku siram setiap hari, dibaja selang minggu. Begitulah sayangnya pada si lili ni. Tapi bila dah lama sangat tengok, rasa jemu pulak.... lalu ku alihkan di tepi sudut rumah yang jauh dari pandangan. Siram dan baja pun kadang-kadang. Aku selalu terlupakan si lili ni. Kejam sungguh aku , kan?

Bila daunnya mula mengering, didatangi serangga benah dan tidak berbunga lagi, barulah aku siram dan baja semula sambil berharap..... nak hidup, hidup ler.... kalau nak mati pun tak apa...... ish !!

Dah nak kubacakan "talkin", rupanya si lili masih hidup lagi..... Daunnya mula menghijau dan mengeluarkan bunga putih yang menceriakan hatiku semula. Ya, lili ku masih mengeluarkan bau wangi seperti 18 tahun lalu......

Inilah rupa lili ku hari ini......


Lili dah pasu berusia 18 tahun


Bunga Lili Amazon ku


Sedikit info mengenai lili ku ini :

Eucharis grandiflora is a beautiful shade loving plant from South America. The shiny dark green foliage is very attractive. Occasionally during the year white flowers will emerge. Mature clumps can flower at different times of the year, but more often it will flower in the spring. It likes shade and sheltered areas and makes an excellent potted plant. It can be planted in the garden in frost free places. They are quite easy to grow. Just keep the soil slightly moist all the time and try to avoid temperatures below mid 40's. The bulbs will go dormant if the temperatures goes near
freezing. Try to keep the pot elevated from the ground. Sometime fungus in the soil can attack Amazon Lilies.


FAMILY : Amaryllidaceae
ORIGIN : Ecuador
SIZE : small potted plant
LIGHT REQUIREMENTS : bright/deep shade
WATER REQUIREMENTS : average
MIN. TEMP. : mid 40's
FLOWER : white



P/S : Pokok lili yang ku nanti bunganya masih tidak berbunga lagi. Yang tidak ku hiraukan pula yang berbunga. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

Thursday, March 29, 2012

Aku atau saya?

Iman dah pandai skodeng kat blog aku...... hehehe.....


Iman : "Apsal tulis "aku"? It's very rude lah, mama ! Kena cakap "saya""

Aku : Mama tak apa.... mama dah besar... boleh cakap "aku". Budak kecik jer tak boleh!


Akhirnya, Iman baca setiap entry tapi bila yang ada part tulis "aku", dia akan baca sebagai "saya". Pandai-pandai dia ajer, kan? Gasak ler nakkkkkk...... hehehe.....


P/S : Saayaaaang anak mama.....




Mengidam nasi mandi

Seminggu dua ni baik aku atau Kanda asyik menyebut nak makan "nasi mandi".

Kat Kluang ni manalah ada restoran jual nasi mandi? Nasi beriyani banyaklah bersepah-sepah...... Paling dekat.... kenalah pergi Batu Pahat. Satu hal pulak nak gi BP tu. Makan kenyang-kenyang..... dalam perjalanan balik ke Kluang dah lapor semula..... buat penat jer pergi !

Teringat pulak masa makan kat Restoran Saba, Cyberjaya hari tu......... alahai..... meleleh air liur akuuu.........


Nasi mandi kambing


Jadi, yang terbaik ialah ...... masak sendirik ler....

La ni dah dapat resepi dari Kak Gugel. Berbagai versi.... Hah ! Amik kooo !!! Jangan tak buat sudahhhh..... muahahaha....



P/S : Eh ! Ada orang mengidam ker?

Wednesday, March 28, 2012

Khilaf

Jom layan lagu sedap ni.... ...



Seringkali hatiku resah
Tanpa kuingat namaMu ya Allah
Seringkali hatiku gundah
Melupakan diriMu ya Allah

Hati kecil tak mungkin berbohong
Dalam hening aku berkata

Reff:
Aku lemah lemah lemah dan tiada berdaya
Aku khilaf khilaf khilaf karena ku manusia
Tapi yang kuinginkan selalu didekatMu
PadaMu ya Allah

Aku lemah lemah lemah dan tiada berdaya
Aku khilaf khilaf khilaf karena ku manusia
Tapi yang kuinginkan selalu didekatMu
PadaMu ya Allah

Seringkali hatiku resah
Melupakan diriMu ya Allah

Hati kecil tak mungkin berbohong
Dalam hening aku berkata

Kasut Baru Ibu dan Anak

Dah lamaaa tak beli kasut baruuuuu...... iyer laaaa tuuuuuu ;p


Hari tu semasa pergi AEON Bandaraya Melaka, dengan sengaja aku jalan-jalan cari pasal dan tersambar kasut ni....hehehe..... Carlie Mary Jane Espresso (size 6)


Kalau tak letak jitbits, nampak sangat "kosong" kan? Atas nasihat "personal shopperku" ...... hehehe..... alah, Cik Mah Bukit Katil tuuuuu..... hehehe.... aku pun setuju ler nak letak jitbits. Katanya.....fefeeling muda dan happy lah! Hasilnya..... macam gini ler.....


Comel tak?


Kata Store Manager tu, ni jitbits yang terbaru. Harganya RM8.90 sebijik. Sebab aku suka bunga, maka bungalah yang aku pilih. Motip letak jitbits sebelah kaler pink dan sebelah kaler turquoise? Sajer jer.... suka hati mak ler...... kan? Hehehe.........


Esoknnya kami nak pergi ke Melaka Wonderland..... Iman pulak tak bawak selipar. Takkan nak pakai kasut.....basah nanti . Jadi, on the way nak gi Wonderland tu, kami singgah ler kat Mini Market apek yang kat tepi jalan tu . Akhirnya selipar ini yang menjadi pojaan hati Iman. Terus bayor....... 5 hengget sajork ! Jimaatttt duit aku........ hahaha.....



Iman pakai pagi, petang, siang, malam. Berbaloi!!!!




P/S : Betol kata Cik Mah..... orang rasa happy jer tengok jitbits kat kasut orang tuuu....

Pokok Bunga Purple

Kali pertama terpandang pokok bunga purple ni, hatiku terus tertawan. Macam jatuh cinta pandang pertama gituuuu.....


Bunga purple di pagar rumah Rina


Bunga ni ditanam di rumah Rina. Katanya ambik dari rumah jiran maknya di Kota Tinggi. Semasa mula ditanam, aku tak perasan pulak kehadiran pokok ni. Tapi bila dah membesar dan berbunga....... mak eh ! Tertawan hati makkkkkk...... Pokok ni jenis bunga tak bermusim. Sentiasa ajer berbunga. Bunganya akan berkembang bermula waktu subuh. Nak solat subuh, barangkali ? Iya... pokok pun berzikir, kan? Dan bunga ni akan terus berkembang sehingga jam 6 petang. Begitulah rutin pokok ni setiap hari. Yang paling best, pokok ni akan sentiasa lebat berbunga setiap hari.


Close up bunga purple


Tak sabar tunggu dia besar...


Ni pulak gambar pokok bunga purple yang ku tanam di tepi pagar rumah aku pulak. Tiap-tiap hari ku siram dan bercakap dengan pokok ni. Cepatlah besar.... cepatlah berbunga wahai sayangku .... hiburkanlah hati mama ya..... Daun-daun kering tu ialah dari daun anggur yang hidup di atas junjung pokok bunga purple ni. Daun kering ni boleh berfungsi sebagai baja kompos, jadi tak perlulah letak baja tahi ayam seperti selalunya.....


P/S : Bilalah pokok lili ku nak berbunga???



Tuesday, March 27, 2012

Bila Tukang Kebun kembali bertugas.....

Aku ni banyak jawatan....bukannya tamak haloba tapi "kurniaan". Takkan nak tolak rezeki, kan? Dari CEO, COO, CFO, suri, ratu, isteri, ibu, bibik, supir, nurse, teacher, ustazah ngaji IQRA dan tukang kebun.... semua aku pulun !!!

Jawatan lain semua maintain..... cuma jawatan tukang kebun ajer yang bermusim..... hehehe..... ikut mood.... Nak ikutkan, "tukang kebun" ni rehat dah agak lama jugak.... iyalah sejak Nov 2011. Masa tu, pandai-pandai lah pokok-pokok tu bawak diri sendiri sebab aku sibuk tang benda lain....

Sekarang, mood sudah mariiiiii....... yeah !

Ni lah yang aku tengah kemaruk ....... bunga kemboja....

Kemboja merah. Baru ada 1 pasu aje.... (Gambar ehsan Cik Gugel)

Ni peberet aku... kemboja kaler pink. Dah ada 4 pasu. (Gambar ehsan Cik Gugel)


Kesemua pokok kemboja ku ditanam dalam pasu besar dan ku letakkan di hadapan pagar rumah. Aku suka kemboja sebab baunya wangi dan warnanya yang cantik. Paling best, bunga yang dipetik diletakkan di ruang tamu. Wangi !!!!! Hahaha... aku fefeeling macam Eric Chong pulak dah !

Ada orang kata, tanam bunga kemboja ni macam kat kubur ajer. Aku tak kira !!! Aku suka... aku suka......

Insya allah nanti nak tambah lagi koleksi kemboja. Tapi nak letak tang mana, hek? Kalau kemboja bongsai tu, mintak mahap ajer laaa...... makcik tak minat !!!

Insya allah nanti aku nak letak bunga purple yang baru aku tanam. Tak tahu apa kebenda nama bunga tu.....


P/S : Alhamdulillah.... jambu air madu dan pelam harum manis (chokanan) dah berbuah sulung..... manissssss....

Wednesday, March 21, 2012

Selamat Harijadi Fifie !

Hari ini ulangtahun adik Fifie yang ke4. Betapa cepatnya masa berlalu.....

Adik Fifie, mama doakan semoga Fifie membesar dengan sihat, cergas dan cerdik. Menjadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat. Dipermudah dan ringankan jodoh dan mendapat zuriat yang soleh/solehah. Juga dipelihara daripada zina dan fitnah dunia. Aameen......


Fifie dan ice cream cake nyer



Hadiah dari Iman, mama dan babah untuk adik Fifie



Tuesday, March 20, 2012

Cuti sekolah Mac 2012

Nak gi USS .... kensel ! Nak gi Genting Highlands.... kensel gak ! Nak gi Lotus Desaru... pun kensel gak ! Cuti-cuti sekolah ni takkan duduk rumah ajer? Kesian Iman.... Nak buat macam mana, babah sibuk dengan kerja.....

Lalu, mama ajak Iman pergi sini ajer ;


Kami pergi dua beranak ajer..... naik bas dari Kluang. Di Melaka kami duduk rumah Makcik Mah selama 3 hari 2 malam. Puas ler Makcik dan Kak Nor melayan kami ke sana sini. Hehehe..... tima kasih makcik dan kak nor......

Tempat wajib pergi mesti ler .... AEON JUSCO . Macam biasa..... shopping sikit....beli baju untuk Iman, bawak Iman main kat indoor playground tu dan makan-makan......

Esoknya, janji nak bawak Iman ke sini ;


Kerana terlalu excited sangat nak gi Wondeland ni, malam tu Iman tak leh tidur..... mulut dia asik bercakap nak pergi Wonderland aje. Esok paginya, dia bangun awal.... asik tengok jam... tanya pukul berapa kita nak pergi? Excited sungguh-sungguh tu.......

Kami pergi berlima iaitu Iman, mama, Makcik, Kak Nor dan Fakri. Harga tiket - RM30 untuk dewasa, RM25 untuk kanak-kanak dan RM15 untuk warga emas.

Alahai.... camera tertinggal kat umah. Enpon pulak simpan dalam locker. Tu sebab ler tak ada gambo kitaorang kat sana.......

Tapi ..... sungguh puashati tengok Iman gembira main gelungsur air dan berkubang kat situ. Bila dah balik rumah, tengok muka Iman...... mak eh ! Berkilat ....... hahaha...... Tu pun dah sapu sun block...... kalau tak, harus rentunggggg.......

Esoknya, babah datang jemput kami dua beranak bawak balik Kluang.

Tanya pada Iman, "nak pergi lagi Wonderland tak?" Jawab Iman..... "naaaakkkk"..... ok, nanti kita pergi lagi.......hmmmmm......




Iman dan Roller Coaster


Cuti sekolah bermula dari 10 hingga 18 Mac 2012. Seminggu ajer...

Sebelum ni bagai nak rak saya plan. Nak gi sana... nak gi sini... nak buat tu... nak buat ni... rasa macam tak cukup ajer cuti nan seminggu tu...

Tanya Iman nak gi mana? Dia nak gi naik roller coaster kat Genting Highlands yg macam ni :

Kalau tak pun, nak naik yang macam ni kat Universal Studios Singapore :


TAPI......

Alahhhhh.... Iman kecik lagi laa. Tak cukup tinggi untuk naik roller coaster ni semua.

Nampaknya, kena tunggu lagi 3,4 tahun kot .......

Tak apalah.... lain kali kalau funfair datang kat Kluang, nanti mama bawak Iman naik roller coaster tu aje laa....

Sifat Pemaaf Penyelamat Di Mahsyar

Suatu hari Anas bin Malik r.a. serta ramai para sahabat yang lain duduk di sisi Rasulullah saw, tiba2 mereka melihat Rasulullah tersenyum.. Anas merasa hairan apabila Rasulullah saw tiba2 tersenyum gembira sehingga kelihatan gigi, lalu Anas bertanya, "Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum gembira?"

"Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada 2 orang di kalangan umatku di akhirat, keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana minta diselesaikan kes yang melibatkan antara keduanya." Seorang daripadanya merayu kepada Allah swt ,"Wahai Tuhan, tolong balaslah terhadap orang ini, sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku semasa di dunia dahulu, dengan berbagai2 perbuatan zalim".

Lalu Allah SWT memerintahkan orang yang zalim itu membayar gantirugi, sebagai jalan penyelesaian untuk kes mereka berdua, tetapi orang yang zalim itu tidak dapat berbuat demikian, kerana tiada suatupun yang boleh untuk membayar kepada orang yang menuntut itu.

Orang yang berbuat zalim itu berkata, "Dengan apakah aku hendak membayarnya, sedangkan tiada suatupun kebaikan yang tinggal padaku, kesemuanya telah habis ditunntut oleh orang lain". Ketika itu orang yang kena zalim itu meminta agar orang yang zalim itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya.

Pada ketika itu Rasullah menitiskan air mata, Nabi menangis mengingati peristiwa Mahkamah Allah ang mendengar kes pengaduan kedua2 umatnya yang sangat menyayat hati. Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tuntutan tersebut, tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya.

Jelas Nabi kepada Anas, lalu Rasulullah pun bersabda: "Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dahsyat, sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya". Ketika seorang dari dua orang yang berbalah di Mahsyar menuntut agar dosa mereka dipikul oleh orang yang menzaliminya, maka ketika itu Allah swt memperlihatkan sebuah mahligai tersergam di dalam jannah.

"Tidakkah kamu melihat mahligai itu?" Ujar Tuhan kepada manusia yang sedang menuntut keadilan dari Tuhan terhadap taulannya. "Ya, saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak, untuk siapakah itu wahai Tuhan?

Mungkinkah untuk nabi2 atau syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?" Ujar orang itu .

"Mahligai itu untuk siapa sahaja asalkan mereka sanggup membayar harganya" Jelas Tuhan

"Jika demikian adalah mustahil saya dapat memiliknya, kerana saya tidak punya apa di sini untuk membayar harga mahligai emas" ujar manusia itu .

"Justeru kamu masih berpeluang memilikinya, kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar harga mahligai itu".

"Bagaimana caranya?" tanya orang itu kepada Tuhan penuh kehairanan.

"Iaitu sekiranya kamu sedia memaafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya agar dia memikul dosamu" Tuhan menjelaskannya.

Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata, "Wahai Tuhanku, kalau begitu aku segera memaafkan dia, terhadap apa-apa jua kezaliman yang telah dilakukan kepada saya " Ujar manusia itu dengan perasaan gembira yg tak terhingga.

Lalu Allah SWT memerintah malaikat agar membawa orang itu ke dalam mahligai yang terbina di sebuah jannah dari perak, kemudian Tuhan mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu.

Demikian Rasulullah SAW menceritakan kepada Anas bin Malik r.a. suatu peristiwa di akhirat bagaimana dua orang cuba menyelamatkan diri di hari yang tiada pertolongan kecuali pertolongan Allah.

Satu kemaafan yang dapat menyelamatkan dirinya dan juga rakannya dari sengsara mahsyar.

Justeru itu alangkah baiknya jika manusia memahami betapa perlunya seseorang itu mempunyai sifat toleransi dan pemaaf terhadap sesama manusia kerana sifat pemaaf itu akan mendatangkan kebajikan kepada dirinya dan juga orang yang diberi kemaafan. Memaafkan orang lain dari kesalahan yang dlakukan terhadap dirinya, bererti menolong saudaranya dari beban dosa, sifat itu menjadi saluran rahmat Allah terhadap dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya Allah Taala tidak menyayangi kecuali kepada hambaNya yang penyayang, tidak mengampun kecuali terhadap hambaNya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali terhadap HambaNya yang sanggup memaafkan kesalahan saudaranya"


[Petikan Bab 43 - Buku Insan, Ingatlah! - tulisan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Wednesday, March 7, 2012

Sekotak Hadiah




Seorang kanak-kanak perempuan bertanya kepada ayahnya :

"Ayah, apakah barang yang paling ayah sayang?"

"Kenapa Siti?"

"Ayah jawablah dulu."

"ni hah... kotak yang ayah simpan koleksi duit syiling pelbagai negara," kata si ayah sambil menunjukkan kotak kayu sederhana kecil. Di dalamnya dipenuhi pelbagai jenis duit syiling. Si anak mengangguk-angguk.

Beberapa hari kemudian, si ayah mendapati duit syilingnya beralih tempat tersimpan di dalam sebuah plastik lutsinar. Kotak yang disayanginya pula telah tiada.

"Siti, mana kotak ayah? Siti ambil, ya?" tanya si ayah.... agak marah.

"Siti pinjam kejap ya, ayah," jawab Siti.

Keesokkannya, Siti menghadiahkan ayahnya sebuah kotak yang dibalut kemas beserta dengan reben sempena Hari Bapa. Ternyata kotak tersebut ialah kotak si ayah.

"Wah, cantiknya. Apa isinya Siti?" tanya ayahnya.

"Tidak ada apa-apa, kosong, " jawab Siti.

"Siti, kalau kita beri hadiah kepada orang lain, mesti ada sesuatu dalam kotak ini, " tegur si ayah yang kebingungan melihat cuma kotak kosong.

"Ayah, saya sudah isi dengan banyak ciuman sayang untuk ayah pada kotak ini. Itulah hadiah untuk ayah, " kata Siti sambil memeluk ayahnya.

Pengajaran : Kasih sayang dan cinta tidak dapat dilihat, namun dapat dirasai oleh mata hati. Kasih sayang selalunya tidak wujud dalam bentuk fizikal, namun ia sering wujud dalam bentuk abstrak.


Petikan dari Majalah Solusi isu no 41

Nampak uban... tanyalah iman !

Gambar ihsan dari Pokcik Gugel.


Sedikit perkongsian mengenai hadis yg berkaitan uban untuk renungan kita bersama:

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, "Janganlah kalian mencabut uban kerana sesungguhnya ia akan menjadi cahaya di Hari Kiamat. Barangsiapa beruban satu uban, nescaya Allah mencatat untuknya satu kebajikan kerana uban itu, menghapus satu dosa kerananya dan mengangkatnya satu darjat kerana uban tersebut." [2096] Sahih. At-Targhib, Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban

Tambahan dari sebuah artikal yg menarik minat saya untuk dikongsikan bersama iaitu mengenai 'HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT DAN UBAN'

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina', Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma' az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-

  1. Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
  2. Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
  3. Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudarat terhadap janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
  4. Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

    HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

    Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

    1. Makruh
    Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi. Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

    Dalil mereka :
    a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
    b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

    c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)

    d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.


    2. Haram
    Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.


    3. Harus tanpa Makruh
    Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

    Dalil mereka :
    a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
    b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

    Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.


    Kesimpulan Hukum
    Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

    a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

    b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.

Sumber: http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/189-hukum-mewarnakan-rambut-a-uban.html


P/S : Semoga pengisian kali ini bermanfaat buat kita semua, insyaALLAH..wallahu'alam...



Tuesday, March 6, 2012

Bersauna kita... yokkkk !

Alhamdullilah..... hari ni saya nak cerita fasal "kemaruk" bersauna...... hehehe......

Segalanya bermula minggu lepas bila saya menyedari saya ni ada 10 dari 13 tanda-tanda "murung" (sila rujuk entry sebelum ini bertajuk Kemurungan). Masya allah..... Ni tak boleh jadi... Lalu saya mula menyusun langkah-langkah proaktif ( chewah!!) untuk "bangun" kembali. Antara langkah permulaan saya ialah :

Bersauna untuk kesihatan (yea lah tuuu...... kihkihkih....)


Inilah "sauna box" yang saya gunakan. Sila abaikan model dlm gambar di atas. (Saya tak reti lah nak buang gambar model tu!)

.

Di dalam "periuk" tu saya letakkan beberapa daun herba dan bunga seperti :

  • Daun pandan - mewangikan badan dan menghitamkan rambut
  • Daun selasih - menghilangkan demam, sakit kepala, melancarkan perjalanan darah
  • Daun dukung anak - mengawal gula dan menghalang sakit di hempedu
  • Daun mengkudu - membuang toksin, menstabilkan pengaliran darah untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi/rendah dan mengekalkan tahap gula dalam badan
  • Daun kari - untuk menhitamkan rambutpenyakit tekanan darah tinggi/ rendah
  • Daun duri 7 bilah - untuk mebuang toksik dan
  • Daun semalu - untuk mengubati insomnia atau kesukaran tidur
  • Daun serai wangi - untuk memanaskan badan dan membantu melancarkan pengaliran darah dan mewangikan badan
  • Daun limau purut - mewangikan badan
  • Daun lidah buaya - untuk melicinkan kulit dan menghilangkan bau badan
  • Bunga mawar - melancarkan haid dan penyakit "orang perempuan"
  • Bunga kertas - melancarkan haid dan penyakit "orang perempuan"
  • Halia- untuk membuang angin dan merawat uban
  • Limau purut dan limau nipis - merawat gout, dan asidik di dalam limau dapat menolong membakar lemak dan mencairkan kolesterol
  • Kulit kayu manis - untuk mencuci darah dan merawat jerawat

Alhamdullilah, barang-barang di atas semuanya ada di sekitar rumah saya. Tak payah susah -susah nak cari.

Ada banyak lagi daun herba dan bunga yang boleh ditambah seperti daun beluntas, nenas kerang, lilipan, sirih, bambu, bebuas, semalu, lidah buaya, gada rusa, misai kucing, inai, origano, bunga melur, bunga raya, bunga orkid, bunga corong, bunga balung ayam, bunga marigold (segan eh nak sebut nama melayu dia tu....) , kulit buah orange, buah epal, cili segar, buah terung pipit, biji keembong, buah keras dan ubi lempoyang dan jerangau.

Buat permulaan tempoh bersauna adalah 15 min. Selepas beberapa kali bolehlah dinaikkan ke 20 min dan kemudian boleh dinaikkan lagi hingga ke 30 min. Jangan lelama sangat.... nanti letih dan lesu badan akibat kehilangan banyak air !

Lepas jer bersauna, minumlah banyak air untuk mengantikan air yang hilang semasa bermandi peluh tadi. Kalau rajin, timbanglah berat badan sebelum dan selepas sauna dan tengoklah hasilnya.

ANTARA KEBAIKAN DAN KELEBIHAN BERSAUNA :

  1. Membakar Lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur.
  2. Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin, baik untuk bertangkas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan, menambah susu badan dan mencairkan lemak.
  3. Menyingkirkan toksik badan melalui peluh : toksik seperti aluminum, cadmium, lead & mercuri .
  4. Mengurangkan risiko darah tinggi, kencing manis & dll-meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan sistem imunisasi badan.
  5. Menyegarkan tubuh badan anda selepas penat bekerja.mengurangkan kesakitan anggota badan,sakit urat, sendi dan sengal2 tulang.
  6. Mengurangkan sinus/resdung dan jerawat : menggantikan sel-sel yg telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit, kulit menjadi lebih menawan, segar, halus dan licin.
  7. Menggantikan aktiviti berjogging dan bersenam.

Dalam minggu ni saya sudah buat sebanyak 3 kali. Insya allah selepas ini akan menjadi rutin mingguan. Sedapnya rasa badan bila berpeluh-peluh seperti mandi ! Mood pun ok ajer.... kembali ceria..... hehehe.....

Alhamdullilah aktiviti bersauna ni dapat dikongsi bersama Kanda dan kawan-kawan baik saya seperti Kak Zie dan suami , Rina dan suami serta Zah dan suami. Kanda kata di samping dapat mengeratkan hubungan dapat juga kita berbuat kebajikan.









Monday, March 5, 2012

Suatu Masa


Bagaimanakan ku mula dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan


Berpucuk-pucuk surat terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh dari pandangan

Lalu aku kesal ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Andai engkau tahu gelora hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan rasa rindu yang membara kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasa kan
Apa yang aku rasa atau kau tak endah

Tapi ku percaya semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan dipersiakan
Dan di suatu masa di hari yang indah
Ku hulur tanganku lalu kau terima

Saturday, March 3, 2012

KEMURUNGAN–KENALI KEMURUNGAN DAN TIPS MENGATASI

Wanita Hari Ini TV3 on Friday, September 30, 2011 at 10:05am ·

KEMURUNGAN –KENALI KEMURUNGAN DAN TIPS MENGATASI

Pengenalan

Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada mereka yang terlibat

Punca Kemurungan

- Mengalami peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit Antaranya

  • kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak (meninggal dunia atau berpisah) dan pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut. Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai
  • kehilangan maruah diri tanpa kerelaan hati (mangsa perkosaan / sumbang mahram)

- Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri/suami/ahli keluarga)

- Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh : kegagalan dalam kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)

- Bagi sebilangan wanita, kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan, individu ini lebih terdedah kepada kemurungan.

Tanda-tanda Kemurungan

  • Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan
  • Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau berlebihan tidur
  • Cepat letih. lesu dan tidak bermaya /bertenaga
  • Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)
  • Amat sensitif , pendiam dan suka mengasingkan diri
  • Perasaan pesimistik Hilang semangat, putus asa/putus harapan
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
  • Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.
  • Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu. Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan.
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
  • Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.
  • Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput)

Tips Untuk Mengatasi

  • Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua simpton tersebut berlaku. Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu.
  • Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan mendekatkan diri kepada Allah, pasrahkan diri dan redha dengan ketentuanNya. Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.
  • Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir
  • Jika terasa ingin menagis, menangislah untuk menghilangkan sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia. Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.
  • Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.
  • Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri
    Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.
    Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.
    Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.
  • BELAJAR SEDIKIT DEMI SEDIKIT UNTUK MENERIMA KEHILANGAN YANG BERLAKU DAN MULAKAN PENGHIDUPAN BARU. YANG PERGI HANYALAH JASAD, TETAPI , CINTA DAN KASIH SAYANGNYA TETAP ADA DIHATI KITA, TEGUHKAN SEMANGAT DENGAN TERSEBUT.
  • JIKA HILANG SESUATU YANG BERHARGA PADA DIRI, BINALAH YANG BARU, KERANA SEMUA ITU TERLETAK PADA DIRI SENDIRI. ORANG YANG PALING PENTING UNTUK BERUSAHA MENGEMBALIKAN KEBAHAGIAN DAN KEHARMONIAN HIDUP KITA ADALAH KITA SENDIRI.


HAJAH KAMALIAH ABU : Ketua Pegawai Psikologi , UiTM ; 28 September 2011