Thursday, April 26, 2012

Pasar Pagi Parit Raja

Hari ni aku dan Kak Zie dibawa Rina ke Pasar Pagi Parit Raja. Ini kali pertama kami ke sana. Tempat pun tak tahu...... main redah ajer..... kalau jumpa, jumpalah. Kalau tak jumpa, nanti kita tanya orang, ok?

Jarak dari Kluang ke Parit Raja lebih kurang 35km dan mengambil masa perjalanan kira-kira 40min dengan kelajuan 60-80km/jam. Jalan kampung... faham-faham ajelah......

(Gambar ihsan Wak Gugel)


Di pasar ni.... macam-macam ada..... makanan, pakaian, perhiasan rumah,  tanaman, bintang peliharaan (yang kecik-kecik aje seperti ayam, itik, angsa, arnab....... lembu, kerbau tak ada ea!)  hingga ke broadband pun ada..... Lebih banyak barang dan pilihan dari shopping kat  TESCO...... hahaha....


Saper nak beli anak ayam, itik atau angsa? Meh ler sini....


Ni apa yang aku beli dari pasar ini :

1) Petola berharga RM1.50. Untuk masak sup petola campur fishball, kentang dan carrot.... kesukaan Iman !



2) Multi slicer berharga RM10.00. Dah lama aku cari benda alah ini.... Tujuan beli ialah untuk dapatkan pisau bentuk zig-zag dan pisau-pisau lain untuk buat hiasan makanan.

.

Kami tak beli barang basah sebab kat rumah masih banyak lagi. Lagipun trip ni hanya untuk survery-survey ajer. Isi masa lapang...... Eh ! kami ni dah macam "Desperate Housewives" pulak..... hehehe....

Setelah 2 jam ronda-ronda, kami pun bertolak balik ke rumah  mengejar masa untuk ambil anak-anak dari sekolah.

Insya allah, lain kali datang aku nak beli anak pokok bunga ros untuk diriku dan anak angsa untuk ibu mertuaku.... Boleh gitu? Hehehe.....

Tuesday, April 24, 2012

Zakat Tahun Taksiran 2011


Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan. (Al-Mujadalah, ayat 13)

 Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian (Al-fatir, ayat 29)

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.  (An-nur, ayat 56)





Alhamdulillah.... tahun ini kami berkemampuan lagi untuk menunaikan zakat pendapatan bagi tahun taksiran 2011. Kami membayar di kaunter pungutan zakat, Majlis Agama Islam, Kluang.

Jumlahnya... tak lah banyak... hanya 2.5% daripada pendapatan tahunan. 


Doa akad zakat  : 

أللّهُمَّ اجْعَلْهَا مَغْنَمًا وَلا تَجْعَلْهَا مَغْرَمًا

Ya Allah jadikanlah ia sebagai simpanan yang menguntungkan dan jangan jadikanlah ia pemberian yang merugikan.


Selepas itu kami diberi cenderamata buku nota seperti ini.









Pergi Melaka lagi???

Iya.... abiskan hujung minggu di Melaka...... hehehe.....

Sabtu lepas kami dapat undangan perkahwinan Amir dan Lisa di Dewan Bandaraya Melaka Bersejarah, Ayer Keroh Melaka. Gambar pengantin tak ada laa..... sibuk-sibuk makan dan berbual, lupa pulak nak ambil gambar.


Malas nak terus balik Kluang. Kami pun check-in  kat sini :



Kami ambil 1 room apartment. Cukup selesa untuk kami 3 beranak. Yang bestnya kami dapat harga yg lebih murah 30% dari published rate. Terima kasih pada kawanku si "Sales Manager" tu. Jasamu ku kenang! Hehehe..... Macam gini ler kengkawan...... kengkawan, mana leh lawan, kan? Hahaha....

Pemandangan dari balkoni :
Selat Melaka

Pulau Melaka


Kami tak berjalan ke mana-mana..... sekadar menghabiskan masa di kawasan hotel saja terutama di kolam renang..... melayankan Iman. yang seperti orang tak pernah jumpa air tu...... hehehe.... 











Kebetulan di Melaka ada Karnival Kembara Polis 2012. Kawasan Banda Hilir, jem teruk. Ni sebahagian daripada programnya.... perarakan motor ronda, payung terjun dan paragliding. Sebenarnya banyak lagi tapi disebabkan kami hanya melihat dari hotel aje, banyak yang kami ketinggalan. Tak kuasa ooo nak pergi mengharung jem dan ribuan manusia.

Perarakan Kembara Polis 

Pertunjukkan Payung Terjun PDRM

Pertunjukkan Paragliding PDRM




Ada tidak, selepas sarapan kami pun pergi ke Masjid Selat Melaka di Pulau Melaka yang terletak bertentang dengan balkoni bilik kami untuk mengerjakan solat Dhuha.

Dhuha di Masjid Selat Melaka

Iman, "peace" dan Selat Melaka


Selepas tu, balik semula ke hotel... sambung berkubang lagi hinggalah waktu nak check out.

Mamaa..... tak nak balik !!!!


Jam 12.30 kami check out. Bersedia untuk pulang ke rumahku syurgaku.......

Imanlah orang paling gembira minggu ini........ Kami tumpang gembira melihat Iman gembira...... Terbayang.... kalaulah "dear" ada..... hmmmmm.......



Friday, April 20, 2012

Hampeh betoll!!!!!

Wah! Berbunga-bunga hatiku dapat surat dari HASIL. Tak sabar nak tau berapa banyak ada lebihan kredit untuk Tahun Taksiran 2011. Manalah tahu kot-kot macam tahun 2010 ada lebihan kredit RM1000++.

Ni hah isi surat tu :


Hampehhhh betol jawapannya.......

Tak apalah... sekurang-kurangnya kami dah jadi warganegara budiman dan berhemah (hahaha... puji diri sendirik nampaknya !) kerana tak pernah miss membayar cukai pendapatan setiap tahun.






Lepak di La Stella Water Theme Park


Bangun tidur pada pagi Ahad lalu, kami memikirkan apa aktiviti nak buat. Tanya Iman, kita nak buat apa hek? Jawapan standard dia... jom pergi swimming !! Tapi nak gi kat mana?

Teringat plak dah lebih 10 tahun aku tak datang tempat ni..... La Stella Water Theme Park!!!Banyak kenangan.... Dulu semasa masih bekerja di HELM, di dalam swimming pool dan jacuzzi pool tu lah tempat "aku n the gang" melepak dan berkubang setiap petang Rabu selepas waktu kerja. Kononnya melepaskan penat lelah seharian bekerja (chewah ! yelah tuuu...) Hehehe..... Arghh!!! Tetiba teringin plak nak menjejak kisah lama. Masih sama lagi kah tempat ni?


LA Stella Water Theme Park ni terletak di Starhill Golf Resort kat Kempas, Johor Bahru. Kalau daripada Kluang adalah 1 jam perjalanan.

Tiket masuk pada hari hujung minggu ialah RM15 dewasa dan RM10 kanak-kanak. Tiket macam murah, kan? Yelah, nak padankan dengan fasiliti yang ada kat situ yang aku rasa macam "nan hadoh" aje... Terasa tak bestnya nak bandingkan ngan 10 tahun dulu. Jacuzzi pool pun dah tak ada.... dah kena kambus ngan lantai tiles! Poolside bar pun dah tak ada.... tapi diganti ngan kafe biasa yang harganya tak biasa-biasa pun !

Ni antara gambar yg sempat diambil.
Iman dan saper tu?

Iman dan Babah. Babah kira pasir ker?




Air Terjun yg tertinggi di Kempas, Johor Bahru


Pool budak-budak. Mak pak kalo tak malu, boleh join gak.....




Kami di sana hanya selama 3 jam aje...... melayan si Iman. Yang penting, kami seronok melihat Iman gembira. Tanya dia, nak datang lagi tak? Mestilah naaakkk..... Yelah, apalah yang dia tahu selain dari bergembira? Iman gembira, mama dan babah pun turut gembira.....





Thursday, April 19, 2012

Kembang di halaman rindu...


Beberapa hari ni aku sungguh gembira melihat Kemboja kesayangan semakin mekar berkembang. Cantik sungguh warnanya bila terkena panahan matahari dan bau harum wanginya amat memikat kalbuku.......



Kemboja merah di halaman rindu....





Wednesday, April 18, 2012

Aku dan sunglasses


Sebelum ni aku tak pernah ada sunglasses..... asik pakai eyeglasses ajer..... rabun lah katakan....

Sebelum buat rawatan LASIK, nurse kat PCMC tu beritahu supaya membawa sunnies sendiri. Bidan terjun, aku singgah aje kat PETRONAS cari satu sunnies yg ada UV protection. Ni hah rupanya.... Murah jer .... RM49.90. Tak dak brand....

Sunnies ni buatkan aku cam S. Jibeng. Tak kuasa aku ! Hahaha....


Lepas aje buat LASIK, nurse kat PCMC tu beri satu sunnies. Terperanjat aku.... yelah sebelum ni kata kena bawak sendiri. Cenggini rupanya.... Ada UV protection, harganya FREE (Eh lupa! Dah masuk dlm kos buat LASIK yang RM8000 tu) ... Brand? Dia lupa nak letak .... hehehe....

Fuyoo ! Aku fefeeling cam Ultraman !


Sebenarnya aku ni bukan ler kisah sangat pasal sunglasses ni. Tak pernah amik kesah pun sebelum ni. Aku ingat pakai sunnies ni hanya 2,3 bulan lepas buat LASIK aje. Sekarang dah 3 bulan aku buat LASIK. Hari-hari bila keluar rumah pakai sunnies, terasa pulak bestnya..... dan baru terfikir tentang gaya ! Hahaha....Kalau sebelum ni hanya fikir pasal fungsi sunnies untuk melindungi mata dari pancaran UV aje...

Hari ni, aku dan Rina jalan-jalan cari pasal kat Kluang Mall. Dengan sengaja kami masuk ke Visual Optics. Aku fikir satu aje... kalau Sales Assistant tu layan baeek punya, aku nak angkut satu sunnies tapi kalau dia cam hampeh, aku nak blah. Sekali tu, skit nyer baek amoi 2 orang tu layan aku dan Rina. Termakan budi, u ! Hehehe.....

Rina kemain lagi mencoba lepas satu ke satu. Pergh ! Tak nak mengalah.... yg dia try semua branded nyer item..... Coach, Dior, Guess, Ed Hardy, Fendi, Prada dan tah apa lagi. Weh ! Rina... baik-baik try, kang calar saper nak bayor? Yang HongKong brand mari macam She & Co sikit pun dia tak layan..... hahaha....

Aku pun try gak..... dari satu ke satu sunnies. Akhirnya, yang ini ku terrembat ! Harganya RM400++ tapi aku bagai nak gila menawar hingga dapat diskaun 60%. Cam tak logik ajer kan M'sian brand tapi harga sampai RM400++...... Ni hah rophernyer......

Ni plak buat aku fefeeling cun ! Hehehe....



Sebelum ni aku cadang nak beli Guess yg kat online mcm ni. Teruja koo sebab harganya tak sampai RM300 tapi bila memikirkan kesesuaian dgn muka dan macam tak best jer tak dapat try-try, jadi aku gagahkan juga melangkah ke kedai cermin mata. Yang macam ni ler idaman hati aku....



Friday, April 13, 2012

Entah ler....


Tak tahu nak cakap apa lagi tah...
tak tahu nak bagi alasan apa lagi dah....
Kenapa sekarang ni Iman suka sangat tanya pasal dia?
Kan mama dah terangkan....
Kenapa tak nak faham-faham ?
Cukuplah....
Sudahlah....
Janganlah tanya-tanya lagi
Jangan sebut-sebut lagi, boleh?



P/S : Mama faham.... Iman rindu dia eh? Hmmmmm......


Thursday, April 12, 2012

Pokok Kemboja merah berbunga sulung

Selalu tengok ppokok Kemboja merah ditanam di kawasan jirat cina. Cantik.... lagi-lagi tengah panas...... berseri-seri ! Nak aje ku "pepah" pokok tu tapi takut plak nanti "latok" marah . Tak apa.... nanti cari kat nursery.... mana tahu kot-kot dapat....

Banyak nursey aku pergi tapi tak adalah pokok yg aku nak. Last, pergi nursery Uncle Gemok. Eh! Ada laa.....Uncle Gemok kata pokok ni susah dapat sket. Lama kena tunggu order sampai.... Tak kisah laa uncle, janji wa dapat.....

Setelah 2 bulan pokok ni kat rumah aku, keluar jugak tunas bunga sulungnya :



Dari tunas, ambil 8 hari untuk keluar bunga macam ni :

Gambar close up



Gembiranya hatiku..... yang ditunggu dah keluar...... Tak adalah aku "meleleh" tengok bunga ni kat jirat cina lagi........ hehehe....



P/S : Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan (Surah ar-rahman)



Problem Ahmad

Pagi tadi sewaktu hantar Iman ke sekolah, ku lihat classmate Iman, Ahmad Mikhail termenung di tepi pintu. Aku ajak dia berbual.....

Aku : Kenapa Ahmad termenung?

Ahmad : Saya sedih....

Aku : Kenapa ? Ahmad sakit?

Ahmad : Takkkk...... saya sedih sebab mama saya tak ada duit banyak !

Aku : Hah?

Ahmad : (Dgn nada sedih) Mama kata mama tak ada duit tapi kena simpan duit. Tak boleh beli barang-barang.

Aku : Yelah.... mama awak nak bayar school fees awak dan adik. Rumah awak kat mana?

Ahmad : Taman K**** E***

Aku : Oooo (dalam hati berkata : Kawasan rumah mahal tuuuu!)

Ahmad : Tapi mama ada sikit sikit duit tapi kena ambik kat Maybank laaa....

Aku : Hahaha...... LOL !


Anak..... anak.....

Agaknya gitulah kalau si ibu berkongsi masalah dengan anak dan anak pulak kongsi masalah ibu dengan orang lain. Aku pun selalu gak bercerita dan berkongsi dengan Iman. Persoalannya sekarang...... adakah Iman pun gitu gak seperti Ahmad? Hahaha.....





Tuesday, April 10, 2012

Dah besar nak jadi apa?

Dah 6 bulan aku ajar Iman ngaji baca Iqra. Baru setengah IQRA 3. Lambat, kan?

Mana taknya, baca 1 hari... cuti 3 hari. Bila aku sibuk, si Iman pun buat-buat lupa. Tu tak termasuk bila tak ada kat rumah.... lagilah dia merdeka.... Tu belum kira angin dia..... kalau datang angin tak nak mengaji, ko pujuk macam mana sekali pun tak akan berjaya. Buat menyakitkan hati ajerr........ grrrrrr..... Iman "terang hati" tapi...... tu laaaa..... bila angin aku plak yang datang, aku tak cukup sabar nak layan kerenah dia.

Nak ku rotankan, kesian pulak.... dia kecik lagi... belum 6 tahun..... Aku eksen libas rotan kat lantai aje sampai pecah hujung rotan tu.....

Aku bincangkan ngan Kanda.... macam ni tak boleh jadi.... dengan kita, banyak sangat loghat dan songehnya.

Lalu kami ambil keputusan untuk menghantar Iman mengaji dengan Ustazah Yati.

Tiba harinya, Iman memulakan kelas dengan membaca IQRA 1 semula. Alhamdullilah Iman dapat baca dengan lancar. Selepas itu, Ustazah menyuruh Iman membaca surah Alfatihah, Al-ikhlas dan ayatul kursi. Alhamdullilah.... Iman dapat baca dengan confident sekali.....

Lepas tu, ada sesi berbual dgn Ustazah, antara dialog diorang tu :

Ustazah : Iman dah besar nak jadi apa?

Iman : ------ (diam. Blurr lah tuuu.... hehehe) -------

Ustazah : Iman dah besar nak jadi apa? Doktor, engineer, cikgu, polis?

Iman : -----(Pause !)-------. Iman nak jadi anak yg soleh !

Ustazah : ------ (Pause!) ------

Ustazah : Macam mana nak jadi anak yg soleh?

Iman : Kena solat, baca iqra dan quran. Dengar cakap mama, babah, teacher, ustazah dan orang tua. Kena sayang semua orang.


Aku rasa sebak dan terharu mendengar dialog ni dari mulut Iman. Ya lah anak, mama dan babah doakan semoga cita-cita Iman itu tercapai. Ya allah, kurniakanlah kepada ku ilmu pengetahuan untuk mendidik dan membentuk anakku Iman menjadi anak yg soleh seperti yang dia hajatkan. Aameen.....


P/S : Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan (Surah ar-rahman)




Apa yg ada di dalam hati....

Lewat tengah malam.....
Aku tak boleh tidur lagi
Aku bukak fesbuk via enpon
Eh! ada satu video pasal dia laa :)
Tapi enpon aku enpon chap ayam
Tak leh main video :(
Tak apa, esok pepagi pas solat subuh aku nak tengok video tu laa....

Subuhkala...
Cecepat ku bukak fesbuk via lappyku
Alamak ! Video tu dah tak ada laa..... :(
Dah diprebetkan kot..... tak nak bagi aku tengok, barangkali????

Tak apalah....

Terus ku ambil al-quran untuk menyambung bacaan semalam
Dan ayat pertama ku terbaca ialah surah Ibrahim, ayat 12 bermaksud
"Mengapa pula kami tidak bertawakkal kepada Allah, padahal Dia telah menunjukkan jalan kepada kami? Kami akan bersabar dengan bersungguh-sungguh terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan terhadap kami. Hanya kepada Allah jua orang yang bertawakkal itu berserah diri."

Subhanallah..... Dia amat mengetahui apa yg ada di dalam hatiku.......




Wednesday, April 4, 2012

Bulan membayar cukai dan zakat

Minggu lepas Kanda dah dapat EA form. Bestnyaaaa..... best? Hurgh !!!......

Tetapi, sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan berhemah (chewah !!) maka menjadi kewajipan kami untuk menunaikan tanggungjawab yang satu ini..... iaitu membayar zakat pendapatan dan cukai pendapatan bagi tahun 2011.

Seperti biasa lah, tugas aku sebagai PA Kanda ..... menyiapkan segala dokumen dan butiran yg berkaitan dan siapkan pengiraan sekali. Tugas Kanda? .....beratur bayar kat kaunter LHDN dan Majlis Jabatan Agama Islam (MAIJ) ajer......... senang hiduuuppppp........ hehehehe.....

Kami mulakan dengan bayaran zakat pendapatan bagi tahun 2011 dahulu. Sekarang senang ajer cara kiraannya .....

rujuk di sini : http://www.maij.gov.my/cal/index.html


Kemudian, barulah kami mengisi borang taksiran e-filing.

rujuk di sini : https://spsd.hasil.gov.my/Pki/userlogin11.aspx

Tarikh akhir : 30 April 2012

Sekarang, semua mudah..... di hujung jari ajer......

Sebelum zaman e filing, masa nak isi borang taksiran cukai ialah masa yg memeningkan.... semuanya manual, penerangan tentang cara mengisi borang pun samar-samar (sori nak cakap, borang dlm BM pun orang tak faham apa yg tertulis tu!!).

Mudah-mudahan cepat hantar borang e-filing tu, cepat jugak dapat semula duit cukai terlebih bayar tuuuu....... Part ni ler yang aku suka sangat sebab........ masuk akaun aku daaa...... yehaaaa.... muahahaha !!!!!!