Friday, May 25, 2012

Tuhan Tolong Lembutkan Hati Dia.....


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku.........
--------------------------------------------------------------------------------------------
"Makcik" ketinggalan ketapi lagi...... hahaha.....
Aku pernah ler dengar tajuk lagu ni tapi tak pernah ambil pusing liriknya. Kiranya, minggu lepas ler baru tahu. Tu pun kebetulan balik kampung ibu mertuaku, Syuhadah bukak VCD citer "Ombak Rindu" ni. Aku pun tumpang layan sekaki ler... Aku dah pernah baca novel "Ombak Rindu" ni 2 tahun yang lalu. Jalan citernya pun dah ingat-ingat lupa.... sebbaek sambil tengok VCD , memori aku leh reboot .......
Ada orang tu kata dia tengok citer OR ni 8 kali... 8 kali jugak dia nanges ! Aku? Tengok..... tapi tak nanges pun??? Camaner nak nanges.... tak leh menghayati jalan citer sebab budak 3 orang tu (Syuhadah, Iqa dan Iman) main terpekik-pekik suara !!!!

Selamat Datang Lili dan Akiko


Hari Jumaat datang lagi......

Hari ini aku berharap Jumaat yang berbeza dari Jumaat 3 bulan yang lalu......

Jumaat ini :


Bunga Lili yang ku nanti dah berbunga sulung


Mat "Enter frame" tayang rambut baru .... peace !



Semoga kehadiran Lili yang berbunga sulung akan terus berbunga lagi untuk menceriakan hari-hari ku dan "Akiko" akan  membawakan  harapan dan sinar baru dalam hidup kami........ insya allah......

Selamat datang Lili dan Akiko.......





Tuesday, May 15, 2012

Sambutan Hari Ibu 2012 cara kami....

Hari Ibu tahun ini seperti hari minggu biasa-biasa....

Tiada sambutan...... tiada hidangan istimewa..... tiada kek..... tiada hadiah.... tiada bunga...... tiada ucapan.... dan tiada semuanya seperti yang dicanangkan dalam media......

Sedih? Tak adalah.... biasa ajer.....



Cuma yang ada........

Selepas bersolat subuh di masjid, ku lihat Kanda membaca surah Yassin. Aku tahu...... dia menghadiahkan bacaan Yassin tu untuk maknya, arwah ibuku dan diriku......

Jadi, hari Ahad itu kami tiga beranak menghabiskan masa bersarapan bersama dengan sarapan yang kami masak bersama, kemaskan kebun yang sekangkang kera tu, layan Iman berkubang dalam besen air. Kemudian pergi memenuhi jemputan perkahwinan, balik rumah.... tengok tv, makan, tidur....... sedar-sedar hari dah malam.......



P/S :  Terima kasih Kanda kerana meredho akan daku......



Iman Kena Ulcer Mulut

Pagi ni Iman ke sekolah seperti biasa dan macam biasalah jugak sekolah tu..... sebelum masuk sekolah mesti ada sorang Cikgu tunggu kat depan pintu dengan sebuah lampu suluh kecil dan sebotol "hand sanitizer".

Tiba giliran Iman.... Cikgu suluh dalam mulut dia.... hah! ada banyak bintik-bintik merah dan ada sebijik "mouth ulcer"...... tak cukup sorang Cikgu, dipanggil lagi 3 orang Cikgu nak mengesahkan tanda HMFD atau ulcer biasa.

Bukan apa, bulan Mac yang lalu kat sekolah Iman ada kes penyakit HMFD dan sekolah kena tutup selama beberapa hari untuk menghalang jangkitan di kalangan budak-budak lain. Tapi aku yakin 100% Iman ni kena "mouth ulcer" atau orang melayu panggil "mata ikan".

Cikgu sibuk suruh aku bawak jumpa Doktor untuk mengesahkan lagi. Maka berkejarlah aku ke klinik pulak. Mak oi! 2 klinik aku pergi.... orang ramai giler...... Aku duduk kat klinik ke2 tu selama 40 minit tapi tak sampai giliran lagi. Aku fikir, nak sampai giliran aku maunya dah pukul 12 nanti. Tak larat nak pergi ke klinik ke3..... aku terus blah balik rumah......

Sampai di  rumah, aku beri Iman makan scott emulsion dan sembur sikit ubat ni ke dalam mulut Iman :

Scott Emulsion


Gengigel Gingival spray



Ok. Berehhhh !!!!  Pukul 10, aku hantar Iman ke sekolah semula. Cikgu tanya dah bawak gi klinik? Aku cakap....... settled ! Hehehe...... Apa lak membohongnya? Kan aku dah pergi  .... cuma tak masuk jumpa doktor ajer........  

Aku buat diagnosis sendirik ....... kihkihkih (perasan jadi doktor???) ..... mungkin sebab cuaca sekarang panas yang amat dan Iman pulak jenis yang kurang minum air.... memang carik penyakit ler...... 

IMAAANNNN...... minum air !!!!!








Monday, May 14, 2012

Iman belajar bersolat

Alhamdulillah sejak sebulan dua ni Muhammad Iman dah mula tertib bersolat..... kami berasa amat bersyukur dan berbangga dengan Iman.....

Perbuatan dan rukun dalam solat ..... alhamdulillah ok.... bacaan al-fatihah ...ok..... cuma bacaan doa iftitah, tahiyat dan doa qunut saja yang dia belum boleh. Tak apa.... slow-slow ya sayang.....

Sebelum ni, Iman ikut bersolat di rumah sahaja. Tapi..... selalu curik tulang dalam solat... jalan sana, jalan sini, kadang-kadang tu baring sekejap la, mainlah...... hehehe..... tak apa.... slow-slow ya sayang....

Sekarang ni, Iman dah boleh bertertib tingkahlaku. Jadi dah boleh bawak bersolat ke masjid. Maka, setiap kali babah nak ke Masjid, Iman akan berebut nak ikut. Kelam kabut minta dipakaikan baju jubah dan kopiah untuk pakaian bersolat. Alhamdullilah......



Antara doa-doa kami untuk anakanda Muhammad Iman :


Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).


Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku


"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41


Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).


Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128


Doa diberi anak menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74


Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22


Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.


Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24


Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).


Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79




P/S :  Mudah-mudahan insya allah, allah perkenankan doa kami...... aameen....




Rawatan Terapi Ozone

Aku pun tak tahu apa pasal lah sekarang ni..... dalam 2-3 bulan kebelakangan ni, badan rasa macam tak sedap aje.... tu tak kena, ni tak kena.....  sebab cuaca yang tak menentu ker...... atau.... ?????? 

Lalu aku fikir elok aku cuba "Rawatan Terapi Ozone" (RTO). 



Inilah mesin yang digunakan...darah dikeluarkan dan dicampurkan ozone (yg dalam tabung hitam tu) dan dibersihkan di dalam mesin ini dan kemudian dimasukkan kembali ke tubuh badan. Hanya 1.8 liter darah  yang dikeluarkan dan dibersihkan (iaitu bersamaan dengan 40% dari jumlah keseluruhan darahku). Proses ini mengambil masa selama sejam.

Tiub keluar masuk darah

Perhatikan ada 2 tiub di situ. Yang berwarna lebih gelap (eeee..... hitamnya) dari lengan kanan ialah darah yg baru keluar dari tubuhku dan belum dirawat lagi. Manakala tiub yg berwarna merah terang di lengan kiri tu ialah darah yang telah dirawat dan dimasukkan kembali dalam tubuh.


Proses rawatan sedang berjalan




Ni cecair hasil dari penyingkiran toksin dari badanku. Nampak "benda" putih yang berbuih kat atas cecair tu? Kata Doktor, tu ler lemak/ minyak (lupa lak aku ...) yg dikeluarkan dari darahku. Hahhhh??? Sebbaek sikit ajer, kan?

Selepas buat RTO aku dinasihatkan supaya menjaga pemakanan dan berpantang selama 2 minggu (agak-agak ler sendiri).... kurangkan makanan berminyak, berlemak dan manis. Masak rebus-rebus ajer, stim dan panggang aje ler..... sayur pulak kena ambil yang segar dan makan  mentah........ Ok, Doktor ! No problem....

Dan hasil keputusan  daripada medical check-up, Doktor kata kesihatan aku ok.... Alhamdullilah... hilang segala kerisauan....

Kosnya :
Consultation = RM100.00 + Medicine (Progutt Cap + Rinenzyme) = RM303.00 + Investigations (Renal, Urine, HBA1C, Homocys, CRP) = RM171.00 + Injections (L-Carn, Vit C) = RM408.00 + Surgery (Ozone) = RM388.00. Jumlah keseluruhan = RM1370.00



==================================================================

Cara ozone bertindak :

Ozone berupaya menghapuskan pelbagai virus, bakteria, fungus dan lain-lain mikroorganisma disamping sel-sel kanser di dalam darah.ianya juga meningkatkan sistem pertahanan badan, membersihkan darah dan sistem limfatik, menormalkan proses penghasilan hormon dan enzim dan mengurangkan proses keradangan (inflammation).

Kelebihan ozone

Melalui mekanisma tindakan diatas, terapi ozone boleh diguna sebagai sebahagian kaedah rawatan holistik untuk merawat:-

  • Menyahaktif virus, bakteria, kulat fungus dan protozoa.
  • Merangsang sistem pertahanan badan atau imun.
  • Membantu dan mempercepatkan proses penyembuhan luka atau gangren.
  • Memecahkan lemak iaitu kolesterol dan trigliserid, membersihkan arteri dan vena dan memperbaiki peredaran darah.
  • Meleraikan gumpalan sel darah merah, memperbaiki pengangkutan oksigen dan aliran darah.
  • Membantu menyahtoksin oleh hati.
  • Membersihkan darah dan limfa.
  • Menstabilkan penghasilan hormon dan enzim.
  • Mengurangkan radang atau inflamasi.
  • Mengurangkan kesakitan dan menenangkan saraf.
  • Menghentikan pendarahan.
  • Mencegah koma dan kejutan.
  • Memusnahkan radikal bebas.
  • Mencegah kerosakan akibat strok.
  • Mengurangkan ketidaktentuan rentak jantung.
  • Memperbaiki fungsi otak dan ingatan.
  • Menyingkirkan toksin.
  • Merangsang penghasilan semua enzim perlindungan sel.
  • Menghalang penyakit degeneratif atau kebakaan.
  • Menghalang dan merawat penyakit berjangkit.
http://rawatan-holistik.blogspot.com/2009/01/terapi-ozone.htmll




Wednesday, May 9, 2012

Babai..... & Welkam !





 Kami melanggan Internet sejak tahun 1998 iaitu zaman Telekom Malaysia. Masa tu guna dial-up... speed cuma 56kbps.... puas melangok depan komputer..... slow giler.... tapi nak buat camaner sebab itu aje pilihan yang ada........





Tahun 2006, kami tukar ke Streamyx... speed 512 kbps. Oklah .... laju giler kalau dibandingkan dengan "berok ben" yang lain..... mana taknya, tiap-tiap bulan bayar RM90 kat tmnet... tu tak masuk fixed line lagi....

Hari ni, 9hbMei 2012.... tmnet telah kehilangan seorang pelanggan..... muahahaha..... "cinta sudah beralih arah"........

Hari ni juga dengan rasminya, P1 Wimax menerima seorang pelanggan yang "berhemah".....hehehe.....

Kami ambil "ForHome plan",  2Mbps... diulangi 2Mbps.... bayar 89 hengger/bulan..... jimat ler 1 hengget banding ngan tmnet.... Dapat modem macam ni... cun gak eh?





 Iman lah orang paling suka.... bukak youtube laju giler.... tak ada sangkut-sangkut lagi ! Dan babah... dapatlah jimat sehengget setiap bulan, kan? Hehehe......



P/S : Sapa kata sehengget tak berharga.... kalau tak cukup sehengget, mana datang seribu hengget, kan?