Sunday, September 30, 2012

Bila si Manja ketawa...

Semakin hari semakin banyak perkembangan Maryam. Dulu hanya pandai senyum ajer, sekarang dah pandai keluarkan bunyi bila ketawa...... keh keh keh..... 

Dia paling suka diajak bertepuk tangan sambil menyanyi lagi pok amai-amai...... keh keh keh....

Lagi satu, dia dah mula "babbling". Dia akan seronok kalau diajak berbual dan aku pun sama seronok melayan... tu yang kerja rumah asik "pending" aje.....


"Happy go lucky" baby.... keh keh keh.....



Melihat dia senyum dan ketawa.... luruhlah segala penat lelahku menguruskan rumahtangga. Abang Iman  balik sekolah, terus cari Maryam. Babah pun gitu gak... balik kerja.... ngadap Maryam dulu..... Begitu jugak ngan Kak Zie, Abang Sahar, Fifie dan Amira..... tiap-tiap hari cari Maryam.......  Maryam ! Maryam ! Maryam !

Mim Ro Ya Mim !!!






Tuesday, September 25, 2012

Manjaku berkhitan


Berkhitan Bagi Bayi Perempuan (Majalah Pa & Ma, Jan 2011)

Tahukah anda : Waktu yang sesuai untuk bayi perempuan dikhitan adalah semasa ibunya masih lagi dalam tempoh berpantang. Ianya dilakukan oleh bidan-bidan di kampung namun kini perkhidmatan berkhitan terdapat di klinik-klinik. Hukum berkhitan pula adalah tidak wajib tetapi digalakkan dilakukan dengan memotong sedikit sahaja sepertt yg disebut dlm hadith:

"Potonglah sedikit dan jangan kau potong yang berlebihan, kerana hal itu akan mencerahkan wajah dan menyenangkan suami."(Yusuf Alqaradhawi, fatwa muasirah)




Saya dah buat appoinment dengan GP kami untuk mengkhitankan Maryam sejak Maryam "dalam hari" lagi tetapi GP mencadangkan khitan yang paling sesuai ialah  dalam usia 3-6 bulan. Maka, genap usia Maryam 4 bulan saya menghantar Maryam untuk dikhitankan. 

Proses berkhitan mengambil masa sekejap... tak sampai 5 minit! Dr Nora mulakan dengan membaca doa, mencuci, memotong sedikit kulit hingga mengeluarkan setitis dua darah, sapu ubat dan selesai ! Alhamdulillah..... Maryam sedikit pun tidak menangis atau menjerit malahan sempat senyum-senyum kat kami (saya, Doktor dan pembantunya), cuma matanya saja yang agak terbeliak menahan sakit (barangkali) .... kuat sungguh semangat si manja saya ni, kan? Sori arr..... gambo tak ada....

Harga perkhidmatan berkhitan ialah RM25 manakala perkhidmatan menindik telinga bayi ialah RM25 juga. Kalau ambil kedua-dua perkhidmatan, bayaran ialah sebanyak RM40. Saya rasa Maryam masih kecil dan belum sesuai bertindik. Bimbang nanti tersangkut anting-anting pada baju dan tak pasal-pasal rabik telinga dia! Nantilah tunggu dia dah "anak dara" dulu....


Ni gambar Maryam pada usia 4 bulan. Sekarang sedang meniarap, mengangkat kepala, angkat kaki, belajar pusing-pusing dan naikkan punggung. Adik ni macam tak sabar nak membesar ajelah..... sabar-sabarlah Dik.....






Monday, September 24, 2012

Merapu jap....

Petang ni....

Cuaca mendung dan suasana sejuk.... maklumlah hujan sejak pukul 11 pagi tadi.

Iman sedang sibuk menonton "Tayo the blue bus" kat Disney Junior Channel. Maryam pulak sedang praktis meniarap dan berpusing -pusing.

Aku? Duduk depan laptop, sambil perhatikan budak 2 orang tu dan sambil juga makan jeruk buah-buahan (ada mangga, jambu, sengkuang, cermai, kedondong dan betik)  pemberian Kak Zie.


Tiba-tiba aku teringin :

1) Nak makan ikan patin masak tempoyak.... alah, yang macam kat RnR Sungai Perak tu....




2) Nak makan mee udang kat Kuala Sepetang. Tempat lain tak  nak !!!




3) Nak makan nasi kandar .... tak kiralah Line Clear kaa atau Beratur kaa....  janji ada lauk kari sotong,  kari ikan, udang goreng + sayur kobis + acar timun. Hmm..... banyak nya lauk nak makan ! Kari sotong tu wajib !






Kalaulah dapat makan sekarang ni.... kalaulah dapat..... kalaulah..... hmmm... best nyer !!!! Harus nyenyak aku tidur malam nanti..... zzzzzzzzzz........



P/S : Kanda........ Jom Penang !!!!! Jom arrrr.....







Wednesday, September 19, 2012

Persiapan pendaftaran sekolah Iman

Tahun depan Iman akan mula bersekolah Tahun 1. Kami buat beberapa pilihan sekolah untuk Iman.... dari sekolah kebangsaan, sekolah agama hinggalah ke sekolah jenis kebangsaan. Kalau ikutkan angan-angan kami, kami ingin sekali menghantar Iman bersekolah di Khalifah Model School, Ampang, Selangor atau Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru.... tapi timbul pula beberapa masalah seperti logistik, penginapan dan kami menyedari  usia muda Iman dan kekurangan sifat mandiri Iman yang membantutkan niat kami (atau kami ker yang tak boleh berjauhan dengannya?) 

Jadi, buat masa ini  kami ambil keputusan untuk menghantar Iman ke sekolah kebangsaan (untuk sesi pagi) dan sekolah agama (untuk sesi petang) yang terletak berhampiran dengan rumah kami. 

Pendaftaran sekolah kebangsaan dibuka pada 1-31 Ogos 2012 lalu.... beresss ! Pelik sungguh pendaftaran sekolah tahun 1 sekarang..... kena isi borang sebanyak 5 muka surat, segala butir peribadi anak, ibu dan bapa perlu diisi hinggakan  ke no. cukai pendapatan ibubapa pun ditanya ! No. KWSP, SOCSO  tak nak tahu pulak ya?

Pendaftaran sekolah agama dibuka dari 1-30 Sep 2012. Ni tak beres lagi !!!  Hah ! Borang ni ada 6 muka surat yang perlu diisikan. Jenuh mengisi borang. Lagi satu, dalam borang tu harus disertakan dengan 3 keping gambar passport (setahu aku, masuk sekolah cina ajer yang kena letak gambo)..... gambar pulak harus memakai songkok hitam bagi pelajar lelaki dan tudung putih bagi pelajar perempuan. Maka, terhasillah gambar seperti ini :






Selepas ini,  persiapan pakaian dan kelengkapan sekolah pula akan dibuat.

Kerisauan saya, macam manalah Iman nak menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan nanti? Dia ni nilai duit ng pun masih tak kenal..... masih minum susu dalam botol..... pakaian pun masih mama yang pakaikan.... Pendek kata, masih M.A.N.J.A !



بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم










Tuesday, September 18, 2012

TSW- Costume Dress Contest 2012 (Part 1)


Tahun ni TSW nak buat "Occupational Costume Dress Contest". Teacher Jenny cadangkan Iman ambil bahagian.  Pertandingan ni akan diadakan pada 7hb Sep 2012.

Hah? Alamak...... Nak pakaikan Iman apa hek? Bukan pakaian ajer yang harus difikirkan tapi konsep persembahan, props dan muzik iringan juga kena masuk sekali.  Persembahan akan mengambil masa 1minit  30 saat.  Nantilah mama fikirkan ya......

Ingat nak jadikan Iman sebagai Astronaut..... alah macam Dr SMS tu......tapi leceh lah sediakan suit Astronaut dan props.

Ingat nak jadikan Iman sebagai Doktor.... ok, baju doktor boleh pinjam dengan Suhail tapi konsep persembahannya, apa?

Ingat nak jadikan Iman sebagai Ahli Bomba.... ok gak kan?

Akhirnya, mama fikir... Iman jadi Askar ajer lah.... senang cerita.... pakaian, props dan muzik pun macam senang nak dapat ajer..... Konsep persembahan pun senang nak fikir.... tak yah nak susah-susah buat "brainstorming"..... Baju askar dibeli di kedai uniform, props nanti mama buat sendiri.... ala, kita buat kubu dan pokok-pokok hutan sikit, cari lagu di internet dan download, mekap pun senang.... conteng-conteng kaler hijau dan hitam ala-ala mekap gerila...... hehehe.....

Ni gambar ketika Iman masih di rumah sebelum ke sekolah :







Semoga Iman gembira dan berkeyakinan di depan orang ramai.... jangan takut dan malu-malu.....

Selamat berjaya !










Manjaku meniarap suda !


Alhamdulillah....

Pada usia 3 bulan 21 hari, manjaku si Maryam Akiko "berjaya" meniarap, mengangkat kepala dan memusing kepalanya ke kiri dan kanan sambil mengangkat kedua kakinya. Babah, Abang Iman dan mama akan bertepuk tangan setiap kali Maryam berjaya meniarap dan seperti biasa Maryam akan tersenyum-senyum. Sejuk hati mama....

r 
Betapa gigihnya...... 1,2,3 angkat kepala ! Ooopsss...


Sebelum berjaya meniarap, Maryam akan menjerit dan menangis setiap kali dia gagal membalikkan badannya dari posisi terlentang ke posisi meniarap. Puas lah mama memujuk...."Sabarlah Dik... jangan cepat putus asa..... usaha tangga kejayaan !" Hehehe.....







Maryam tak sabar-saba

Monday, September 17, 2012

TSW - Constume Dress Contest 2012 (Part 2)


7 Sept 2012, 9.30  am - 12.30 pm, Tadika Sri Wawasan, Kluang.



Pentas

Kesemua 18 orang budak yang ambil bahagian

Iman diapit Amoi-amoi comel


Anak-anak beraksi, mak bapak yang lebih excited nya. Tak caya? Tengok ler aksi kat bawah ni.... saya pun tak terkecuali gaks........ hehehehe....




Ni hah ada sorang lagi makcik yang excited !!


Antara aksi menarik dari persembahan peserta

Dr Jason Ong buat surgery guna plair. Takottt ooo...

Tan Sheng Hao, The Magician

Bob The Builder.... can u fix it? 

Tukang Masak pun ada......

Ballerina, Si cantik How Jia Xin

Jun.... nelayan darat

Seorang lagi nelayan darat

Sapa mau gunting rambut?

Petani.... tanam apa tu?


Berikut ialah aksi anak saya, Muhammad Iman. Jadi askar katanya... Iman, saya pakaikan baju seragam seperti askar lengkap bersenjata dan  mekap ala-ala gerila buat persembahan seperti askar sedang bertempur yang akhirnya mendapat kemenangan.  Props yang ala kadar  iaitu" 2 batang pokok sebagai hutan dan seketul batu besar (asalnya saya plan nak buatkan kubu tapi tak berkesempatan), diiringi dengan lagu "Tanggal 31 Ogos" untuk memeriahkan lagi persembahan. Itu jer lah yang mama dia "mampu" sediakan.....

Bang.. bang...

Bang... bang.. bang....

Kiri... kanan... kiri... kanan...

Merdeka !!!!


Iman  dapat Merit Award. Alhamdulillah.... jadilah tu...

Pemenang Merit dan Outstanding awards bersama Principal dan Vice Principals


Iman dan Teacher Rachel

Iman dan Teacher Jenny


Maryam, saya dan Teacher Jenny



Majlis selesai dan semua orang terhibur dengan telatah pelajar-pelajar cilik. Iman pun gembira dapat bawa pulang satu piala. Saya tak kisah.... yang penting Iman gembira dan berkeyakinan di depan orang ramai !  Tahun depan Iman dah masuk sekolah tahun 1 dan dah tak ada lagi majlis-majlis sebegini.







Tuesday, September 11, 2012

Istimewanya dia


Amende ler korang nih????? Apsal lah suka labelkan orang lain berdasarkan warna kulit?

Memang anak saya, Maryam Akiko tu kulitnya tidak secerah si abang Iman...... kulitnya agak cokelat sikit... Kenkandang tu saya rasa macam nak "cepuk" aje mulut-mulut nakal orang tua yang panggil Maryam dengan panggilan "Mak Itam, Black, Blackie, Ireng, Malap, Mendung". Ishhh...... macam ler anak cucu diorang  tu sempurna sangat, kan? Nak bergurau tu.... agak-agak lah sikit !

Tahu tak, bukan kehendak dia dilahirkan dengan kulit warna begitu......Tapi itu tidak menghalang kami untuk menyayangi, mengasihi dan menerima dia dengan seadanya. Melihat ke dalam mata bundarnya dan senyuman dihiasi lesung pipit di kiri kanan pipinya itu dah cukup untuk meruntun jiwa kami.

Untuk anak saya, Maryam...... Mama nak Adik rasa selesa, berbangga dan bersyukur dengan keistimewaan adik. Adik, ingatlah Adik sentiasa dan akan tetap sempurna di mata Mama, Babah dan Abang Imaan. Tak usah peduli cakap-cakap orang lain...... bukan diorang tu yang kasi Adik makan, fahammmm???








.

Monday, September 10, 2012

Dah jumpa dah !

Selama 2-3 tahun ni aku cuba cari "Adik R" (bukan nama sebenar)  kat alam maya ni..... Nak cari kat alam realiti, aku tak cukup kekuatan dan kedrat pulak ... hehehe....

Penat  lelah menggugel ke hulu dan ke hilir...... akhirnya aku dapat gak cari dia di alam maya ini.... :)

Gembira rasa bertemu dia..... alhamdulillah dia dah mulakan hidup baru..... sudah punya keluarga baru yang membahagiakan dia. Syukur......

Aku teringat janjiku pada dia beberapa tahun yang lalu.... insya kita akan bertemu lagi.... bila, di mana dan ketika apa... biarlah Allah jua yang menentukannya, ya !



P/S :  Dek R, akak tak pernah lupakan adik! Akak ikhlas dan redha menerima "amanah" adik kerana akak tahu adik juga ikhlas dan redha memberinya..... Terima kasih Dek......









Friday, September 7, 2012

Sunday, September 2, 2012

Macam dah lama jerk !

Yelah... rasa macam dah lama jerk tak update diari aku nih... Entahlah..... aku tak idea nak "catit" apa dan tak ada kekuatan untuk meneruskan. Kesian, kan?

Ramadhan dah berlalu... Pengisian Ramadhan tahun ini aku rasakan amat berkurangan dari tahun-tahun lepas. Aku hanya dapat mengerjakan puasa selama 17 hari, solat terawih yang kurang dari 17 malam dan berkesempatan  membaca Alquran sejuzuk lebih sikit saja..... kesian, kan?

Masa aku banyak dihabiskan untuk Iman dan Maryam Akiko. Maryam, anak manja... sangat-sangat manja....  Walaupun dia tak banyak kerenah tapi dia sentiasa menuntut perhatian, minta selalu didampingi, dilayan berbual dan bermain.... Tu belum kiraIdugaan berpuasa dalam cuaca panas yang amat meletihkan jiwa dan raga.... hehehe....Kesian, kan?

Tahun ini Iman masih belum ku ajar berpuasa. Dia masih lagi menyusu, jarang makan nasi. Jadi, macam mana aku nak suruh dia berpuasa? Kesian, kan?

Alhamdullilah langsir baru untuk tingkap dan sliding door yang sepatutnya boleh siap dalam 3-4 hari  "berjaya" gak disiapkan dalam tempoh masa sebulan . Kesian sungguh, kan?

Syawal... kami beraya di kampung Kanda (begitulah kebiasaannya sejak pemergian mak aku). Hari terakhir puasa, ibu mertaku mengadakan majlis solat berjemaah, bacaan yassin dan tahlil untuk keluaga dengan Kanda yang menjadi Imamnya.

Hari Raya... macam biasa... pergi rumah yg biasa kami pergi setiap kali raya....Kami beraya dari Sepang, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan Muar. Raya kali ini amat meyeronokkan dengan  kehadiran Maryam Akiko. Terima kasih Allah kerana mengurniakan nikmat ini untuk kami.......

Ketika ini..... di kejiranan rumahku sedang sibuk bermarhaban. Giliran rumahku pula pada minggu depan. Seronoknya......

Ketika ini juga aku sedang mebilang duit raya anak-anakku..... hehehe.... nampaknya "kutipan" duit raya Maryam Akiko melebihi dari "kutipan" Abang Iman! Insya allah penghujung syawal nanti, duit itu akan ku depositkan dalam akaun Tabung Haji mereka. Anak-anakku, duit kalian mama masuk dlm akuan TH. Gunakan duit itu sebagai simpanan untuk mengerjakan haji nanti. Ingat, bila dah sampai ke tanah suci, doakan untuk semua orang yang telah menyumbang untuk kalian, ya !

Kepada anda yang membaca, saya ucapkan selamat menyambut aidil fitri mohon maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.....