Monday, March 18, 2013

Cuti CNY 2013 (Part 3)

Hari berikutnya.... cadangan untuk bawak budak-budak pergi "bermain-main" pulak. Nak bagi diaorang enjoy sampai buntang-buntang mata !!!! 

Jom kita ke sini pulakkkk....







Usah terpedaya dengan gambar yang kelihatan lenggang tanpa pengunjung. Hakikatnya..... ya ampunnn..... ramai sungguh ummah  manusia ! Bagus... datang lah lagi time-time cuti  perayaan...... Gambar-gambar ni semua cilok dari Google aje...  Kalau sesiapa nak info pasal Gold Coast ni, google lah sendiri yek....


 
Babah kata kat Iman kalau :

Iman dan Maryam happy = Mama happy.
Mama happy = kita semua happy !!!  Hahaha........ mama gelak guling-guling.....











Saturday, March 9, 2013

Cuti CNY 2013 (part 2)

Selepas KL Tower, kami ke KLCC pula. Babah beri satu kamera pada Iman untuk Iman rakam apa saja gambar yang dia suka. Seronok tengok gelagat dia .....

Antara gambarnya....



Dari KL kami menuju ke Shah Alam sebab itinerary berikutnya ialah di Shah Alam. Kami menginap di Quality Hotel. Yang bestnya hotel ni berhampiran dengan SACC Mall, Plaza Alam Sentral dan Kompleks PKNS. Banyak tempat boleh perabih duit..... yahoooooo !  Babah macam tetahu ajer mama ni "kena lapor diri" kat situ......

Gambar ehsan Google

Iman  posing "gangnam style" di lobby hotel




Itinerary berikutnya ialah ke i-City di Section 7.

Gambar ehsan Google


Usai solat maghrib dan makan malam, kami menuju ke i-city. Mak aihhhhh !!!!! Ramainya manusia...... berderet-deret kenderaan memasuki kawasan parkir. Alahai... kami datang salah masa lah!  Bayangkan, untuk masuk ke kawasan parkir aje ambil masa hampir 30 min. Dek keboringan di jalanraya ditambah dengan Maryam yang dah tidur, kami ambil keputusan batalkan lawatan ke i-city. Tengok pokok-pokok berlampu LED dari luar aje laaa.....

Keesokkannya, acara bebas.... apa lagi.... lapor diri lagi kat mall-mall yang berhampiran lah. Alah.... bukan beli yang bukan-bukan pun ...... tu semua untuk kegunaan sekeluarga. Kan Babah, kaaaaannnnnn ??? Hehehe.....

Iman dan Maryam suka aje...... janji dapat "jalan-jalan"...... hehehe.....

Aku pula seronok bercerita kenanganku ketika menuntut di UITM pada 1985-1988 dengan Babah dan Iman. Laa... rupanya, dah lebih 2 dekad berlalu...... hmmmmm.....


















Selamat Pengantin Baru, Leen !


Leen sepupuku,  telah menikah dengan pasangannya, Radhi pada pertengahan Disember 2012.

Kini, pada 26hb January 2013 menyusul pula majlis persandingannya, bertempat di Felda Villa, Jln Semarak, Kuala Lumpur.


Felda Villa yg ala-ala Bali tu...

Pasangan pengantin


Antara ahli keluarga yang hadir



Selamat pengantin baru untuk Leen dan Radhi.....






Friday, March 8, 2013

Cuti CNY 2013 (part 1)

Cuti CNY tahun ni dari 9hb Feb- 17hb Feb. 9 hari... lama gak tu... Ni lah masanya untuk kami pergi "berjalan" jauh sikit. Tahun lepas dah ke Terengganu. Tahun ni nak ke mana pulak, ya? Dah tak ada idea... "Jalan-jalan" ni untuk melayan budak-budak ajer...... hehehe....

Tanya Iman nak pergi mana? Jawapannya sempoi aje..... "nak pergi KLCC dan KL Tower"..... Hahhhhh? Tak ada tempat lain ke?  Ni semua pasal video lagu "Oppa KL style" laa tuuu......

Demi kerana anak... kami turutkan jugak....

Maka, pagi 9hb Feb tu tertolak lah kami menuju ke KL. Sebab hari tu ialah hari sebelum CNY, maka berderet-deretlah kenderaan tak kira di mana sahaja... ditambah dengan cuaca panas....pak supir kenalah berbanyak-banyak sabar....

Kami terus menuju ke jalan Bukit Nenas. Teringat pulak masa aku kecik-kecik dulu (tahun 70an/ 80an), naik cable car kat Bukit Nenas ni. Seram oo.... naik cable car yang ala-ala tempat duduk buaian tu dengan kaki tergantung, di bawah hanya ada hutan ajer..... Kalau jatuh, harus tersangkut atas pokok. Ada cerita "urban legend" kononya hutan kat Bukit Nenas tu ada rimau...... ooo.... lagilah takut !!!

Bukit Nenas jauh berbeza dengan zaman aku kecik-kecik dulu...... nostalgia sungguh..... Di perkarangan KL Tower, kami posing-posing lah sikit....


Pelancong atau pelencong???? Hehehe.... shekali- shekaliiii....


Kami terus ke kaunter tiket untuk naik ke Observation Deck. Tiketnya RM38 untuk 1 pax (wargenagara) dan RM49 (bukan warganegara). Mak aiiihh... mahalnya !

Sebelum menaiki lif, kami "ditahan" oleh photograper. Eh... eh.... apsal nih? Kaget gak.....

Kami naik lif yang berkelajuan 54 saat menuju ke Observation Deck yang terletak di ketinggian 276m. Kami meluangkan masa lebih kurang 45 minit di sini. Alah.... untuk layankan si Iman tu..... Maryam manalah tahu, kan?

Antara pemandangan dari/di  Observation Deck :






Wajah gembira Iman... janji ditepati bukan dicapati.... hehehe...



Sebelum pulang, kami terlihat gambar ni ditayangkan di hadapan kami.... eh.. eh... ni macam gambar keluarga kita, kan? Ohhh.... ni mesti kerja photographer yang kami jupa sebelum naik lift tadi. untuk gambar ni kami kena bayar RM35. Ada gambar kami dalam snowball... kena bayar RM50. Mahalnya !!! Tapi kerana nak menyimpan kenangan untuk anak-anak, aku kejam mata jer ..... hmmmmm....





Sebelum pulang, kami berlegar-legar di kawasan arked mencari t-shirt gambar KL Tower untuk Iman. Dapatlah sehelai t-shirt sempoi  kanak-kanak 7 tahun dengan harga RM25 tunaiiiiii..... Oh Malaysia tanahairku..........

Pesanan "penaja"...... Kalau korunk pergi sini, janganlah terasa hati melihat pelancong asing dilayan dengan ramah mesra.. Adakah sebab diorang bayar tiket lebih mahal dari pelancong tempatan???? ..... hmmmmm.... Malaysian hospitality lah katakan...... hmmmmmm.........




P/S : Kalau nak tahu lebih lanjut fasal sejarah dan fungsi KL tower ni, silalah tanya Datok Gugel yek.....


Monday, March 4, 2013

Gambar yang tiada kata-kata....



Tiada kata secantik bahasa nak ku huraikan.....
Tiada gambar secantik lukisan untuk ku tunjuk perasaan......

















Kembang di halaman rindu


Ros.... ros..... ros.... bunga yang saya suka sejak dulu-dulu lagi. Saya sukakan warnanya, baunya dan dedaunnya. Bila melihat bunga ros, hati saya pasti berbunga-bunga riang. 

Dulu saya ada menanam beberapa warna dan spesis ros tapi tidak pernah dikatalogkan dan pokok-pokok tu telah selamat "kembali ke rahmatullah". Sekarang, sejak kehadiran Maryam minat itu datang semula dan saya mulakan dengan 2 warna ros iaitu merah dan putih/krim.

Menanam ros tidak susah... seperti pokok lain, ros perlukan air, tanah dan cahaya matahari. Penjagaannya pun mudah.... siram air setiap hari, baja (daun dan bunga) setiap 2 minggu. Saya letakkan pasu di hadapan rumah di bawah bumbung supaya terlindung dari terik panas matahari dan curahan hujan lebat. Sesekali saya akan bercakap cakap dengan pokok bunga..... alah..... seperti bercakap dengan "orang" yang kita sayang tu......



 2 warna dalam 1 pasu@ 2 jiwa dalam 1 hati


Si putih ni untuk Maryam


Si merah ni pula untuk saya