Tuesday, April 30, 2013

Rindukah aku ?



Hari ini ada kiriman gambar "dear".
Gambar terbaru rasanya.
Nak tengok... tak tengok....
Nak tengok... tak tengok.....
Mulut kata... tak yah tengok.... barang lepas buat apa dikenang?
Tapi hati berkata.... tengok laahh.... tak kan tak ada sisa kasih dan rindu?

Nak tengok ke tak tengok?
Nak tengok ke tak tengok?

Alah.... tengok aje lah....
Bukankah si "dear" tu tak pernah luput dari ingatan?
Bukankah si "dear" tu yang dikenang setiap kali memandang wajah penggantinya?
Bukankah si "dear" tu yang pernah dirindui hingga nanar jiwa?

TAPI.... tapi....
Aku juga sedar  aku ni bukan siapa-siapa lagi bagi dia.
Hmmmm.....

Alaaah....

Tengok aje laa....

Dengan lafaz basmallah ku bukak gambar yang dikirim.
Terpandang gambarnya.
Serentak itu......
Berjurai  airmata.
Jantung berdenyut pedih.

Ku tarik nafas panjang.... sepanjang-panjangnya....
Aaaaaaaahhhhhh......

Ya, aku rindu...
Rindu... serindu-rindunya.......













Monday, April 29, 2013

Iman di Tahun Satu

Tahun ni Iman mula masuk sekolah Tahun 1 di sekolah kebangsaan dan sekolah agama.


Sebelum pergi sekolah, warm-up dulu naik beskal


 Hari pertama di sekolah


Hari kedua..... sebelum pergi sekolah main dengan adik Maryam dulu


Hari ketiga... sebelum pergi sekolah, layan keretapi sekejap....


Sekolah kebangsaan bermula dari jam 7.15 am hingga 12.35 pm  (Isnin, Selasa), 12.05 pm (Rabu, Khamis) dan 11.35 (jumaat).


 Sekolah agama pula dari jam 2.00 pm hingga 3.30 pm (isnin hingga khamis) dan 2.30 pm hingga 3.45 pm (jumaat). Selesai sekolah agama, Iman ke rumah ustazah untuk mengaji al-quran pula.



 Sebelum pergi sekolah agama....


Hari pertama di sekolah agama



Hari pertama di sekolah berjalan lancar. Iman ok... cool.....cuma mama dan babah dia yang excited. Seminggu dua sebelum naik sekolah, mama dah stress memikirkan macam manalah Iman nak bersekolah nanti. Mana taknya, ni dah sekolah "betul-betul" bukan nya sekolah tadika lagi ! Ni lah hal yang mama runsingkan :

1) Macam mana nak beli makanan di kantin?  Iman ni tak kenal duit... tak reti berbelanja sendiri....
2) Hal ke tandas... Iman ni tak reti bukak seluar yang berzip, kancing dan bertali pinggang bagai tu.

Sebelum naik sekolah, puaslah  mama ajar Iman kenal dan guna duit dan cara buka pakai seluar.

Akhirnya.... di hari persekolah...... Iman mintak disediakan bekalan makanan dan air setiap hari dan urusan ke tandas pun beres. Alahai..... mama dia aje yang fikir susah-susah...... hmmmm.....


Pengalaman dan cerita pahit manis di awal persekolahan (3 bulan yang pertama) :
1) Setiap hari Iman mama bekalkan makanan dan air serta duit RM3 (RM1 diletakkan dalam poket baju in case dia nak beli apa-apa di kantin dan lagi RM2 diletakkan dalam "poket rahsia" beg sekolah kalau-kalau ada kutipan derma kilat ).

Seminggu pertama, duit masih tidak dibelanjakan lagi dan mama ajar Iman menyimpan dalam tabung sebaik pulang ke rumah.

Masuk minggu kedua, ketiga.... Iman tak lagi menyimpan duit dalam tabung. Rupanya, duit dia dah kena "pau"  dengan kawan sekelas. Apa lagi.... mama pun ambil tindakan  pergi sekolah jumpa Guru Darjah utuk selesaikan hal ini.

2) Baju, kasut sekolah memang tak usah dicerita betapa kotornya. Budak-budak ni buat apa ek kat sekolah?

3) Iman gembira pergi sekolah sebab ada ramai kawan-kawan dan cikgu yang baik hati.


Doa mama dan baba semoga Iman menjadi anak baik yang berilmu, beriman dan beramal di samping memiliki akhlak yang baik. Aameen....




















Friday, April 19, 2013

Amalan membaca Al-mathurat


Pagi ni mood ala-ala Ustazah :)


Amalan membaca Al-mathurat dilakukan pagi dan petang. Memang akan terasa kelebihannya dari segi rezeki, pembelajaran, ketenangan jiwa & kesihatan.   Al-Mathurat  mengandungi hampir kesemua doa & selawat yang merangkumi seluruh aspek kehidupan kita.  Masa yang diambil untuk membacanya, tidak lah lama..... bergantung pada kelancaran si pembacanya. Kalau hari-hari baca dan dah hafal, in shaa Allah laju jer..






Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.  Al- Ma’thurat digalakkkan dibaca selepas Subuh dan Asar setiap hari. Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:

  • Tidak dihampiri syaitan.
  • Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  • Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  • Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  • Selamat dari segala sesuatu.
  • Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  • Allah berhak untuk meredhainya
  • Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  • Terhindar daripada syirik.
  • Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  • Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  • Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  • Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  • Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.



Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam Al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T.  dan supaya dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.






Tuesday, April 16, 2013

Bila dia sihat... bila dia sakit.....


Bila dia sihat :
Sedang menayang skill gigit straw sambil buat muncung


Tadaaa.... adik ada 6 batang gigi.....


Sejak semalam si manjaku diam ..... asyik berbaring.... asyik merengek minta didukung dan dipeluk.... badannya "dedar".... kenapa ya? Ku bukak mulutnya.... laa gusi bawah adik bengkak, ada 2 batang gigi lagi nak keluar.....  patutlah anak mama "semacam" aje....



 Budak demam isap jari ajer...

Kesian....

Tak apalah Dik. Inilah proses pembesaran. Sabar ajelah ya, Dik! Mama juga akan sentiasa bersabar menjaga Adik. Semoga lepas ni Adik akan kembali sihat dan ceria seperti selalu dan mewarnakan hari-hari mama dengan ragam Adik yang menghiburkan itu. Mama sayaaaanggg Adik.....





P/S :  Semalam, babah  bukak mulut lagi..... tanya pasal "dear", ajak pergi tengok "dear".... Mama diam aje..... tak mampu nak beri jawapan....







Pulut kuning pertama ku

Kan aku dah kata.... memasak bukanlah keutamaan ku.... memakan, iya.... hehehe....

Kali ni Che Abang mintak dimasakkan pulut kuning nak dicicahkan dengan kari ayam. Pulut kuning? Alaahhhh.... orang tak reti laa.... tak kuasa laa.... hmmmm.....

Pulut bukanlah kegemaranku. Sebab apa? Sebab arwah mak tak gemar pulut.... jarang-jarang masak masakan berasaskan pulut. Aku pulak tak suka pulut yang melekit-lekit tu.

Dah beberapa  kali Che Abang menyebut nak makan pulut kuning. Sengaja aku buat-buat lupa..... lupa beli pulut lah, lupa beli ayam lah, lupa beli santan lah, lupa nak belajar lah..... pendek kata banyak alasannya!

Ahad lepas, Che Abang beli sendiri 1 kg pulut."Yang, tolong masakkan...." Terkedu aku.... memikirkan apa alasan nak beri. Tapi, bila aku fikir balik..... manalah tahu ini permintaan terakhirnya sebelum aku atau dia pergi dulu?


Isnin keesokkan hari nya, dengan semangat berkobar-kobar aku pun.....

Rendam pulut campur kunyit. Rendam dalam 4 jam gitu....
Sambil tu, ku masak kari ayam dan rebus telur untuk hiasan tambahan.

Tamat tempoh 4 jam rendaman, pulut itu dikukus pula dalam 45 minit.
Setelah pulut masak, gaulkan dengan santan pekat yang telah dicampur garam.
Gaul hingga sebati. Letak dalam bekas yang disukai. Biarkan sejuk.

Petang tu, Che Abang balik kerja ku hidangkan pulut kuning permintaannya. Suka nya diaaa.....

Gambo dari gugel aje. Sendiri nyer pulut kuning tak sempat digambokan dah masuk mulut.... 


Iman tanya kenapa mama masak pulut kuning ni? Mungkin dia hairan sebab aku tak pernah buat pulut kuning. Ku jawab.... ini permintaan babah dan juga sebagai kesyukuran sebab Iman lulus ujian sekolah agama dan dapat no 16 daripada 35. Walaupun tak dapat nombor teratas tetapi mama amat berbangga dengan keputusan Iman sebab mama tahu di mana keupayaan Iman membaca dan menulis jawi.

Tak lupa lupa juga pulut kuning ku dikongi makan bersama Kak Zie, Pah, Kak Lin dan beberapa anak jiran. Lucunya, mereka juga terkejut melihat pulut kuningku. Apasal? Tak percaya ker? Kata Pah, "Wah kalau gini bolehlah mintak Kak Ida jer masak pulut kuning kalau ada apa-apa". Hah???? Kan aku dah kata.... jangan tunjuk boleh buat..... ajer  nanti asik kena suruh !!!! Tak koser ler akuuuuu.... hahaha.......











Friday, April 12, 2013

Monday, April 8, 2013

Patung unta dari Mekah



Ketika kami menunaikan haji pada tahun 2006 dahulu kami telah membelikan beberapa barangan cenderahati untuk Iman.  Antaranya, sehelai sejadah, baju jubah dan patung mainan unta.

 Patung unta ni bukanlah pilihan kami .... sebaliknya hanya terikut-ikut Cik Ani iaitu rakan sebilik yang membelikan untuk cucu-cucunya sebagai ole-ole dari Mekah. Harganya cuma 'ashra riyal atau SR10 aje.

Dari kecil hingga sekarang Iman tak pernah memegang, menyentuh apatah lagi bermain dengan patung unta ini. Kenapa ya?

Baru-baru ni barulah terbongkar rahsia........ Laa, rupa-rupanya Iman takut dengan patung ini yang boleh "menyanyi" nasyid marhaban sambil matanya berkelip-kelip mengeluarkan cahaya yang sungguh menyilaukan sesiapa yang memandang.




Unta yang pandai bermarhaban



Sekarang, unta ni aku jadikan sebagai "umpan" Iman kalau dia tidak mendengar cakap kami. Pakar psikologi kata tak patut menakutkan anak...... tapi dalam realitinya ..... perlu gak ada "sesuatu" untuk "mengajar" anak. Mana boleh asyik nak ikut cakap dia ajer, kaannn????





45 minit kehilangan Iman

Hari Jumaat waktu sekolah agama ialah dari jam 2.30 - 3.45 petang. Jarak rumah dengan sekolah lebih kurang 1.5km atau 3 minit naik kereta.

Seperti biasa, sebelum jam 3.30 petang aku dah terpacak di sekolah menunggu Iman habis kelas. Memang sengaja aku keluar awal..... padaku biar aku tunggu awal walaupun di tengah panas matahari daripada anak yang menunggu aku. Lagipun, Iman akan lebih gembira bila melihat aku sebaik sahaja dia keluar kelas.

Nak dijadikan cerita, hari jumaat lalu.... gate kecil yang biasa kami gunakan (di bahagian timur sekolah) telah ditutup dan dimangga tanpa sebarang notis. Hanya gate-gate bahagian barat dan selatan sahaja yang dibuka.

Sebelum menurunkan Iman di gate selatan, aku berpesan pada Iman yang aku akan menunggu di gate barat. Ku tunggu sehingga jam 4.00 petang dan murid-murid lain dah habis keluar tapi Iman tak muncul-muncul lalu aku kelas dia..... dia tak ada! Aku cari di kantin.... pun tak ada..... aku cari di gate timur, selatan dan barat....... pun tak ada !  Aku dah tak peduli.... ku jerit nama Iman sekuat hati...... tapi tak jumpa ! Aku cemas giler ...... huh!

Lalu aku telefon Kak Zie..... "Kak Zie..... Iman hilang!!!" . Aku pun apa lagi..... bantai melalak laa.... Iman..... Iman..... mana Iman pergi??? Masa ni dah terbayang-bayang macam-macam perkara yang menakutkan aku....... huhuhuh.... Kak Zie datang tolong mencari Iman di kawasan sekitar jalan menuju ke rumahku. Aku pula masih mencari di sekitar sekolah......

Kalaulah terjadi apa-apa kat Iman...... aku tak boleh nak maafkan diri aku !!!  Aku bimbang dia diculik atau dilanggar kenderaan maklumlah di depan sekolah ada jalan besar, jalan utama ke pusat bandar.

Dalam linangan airmata mencari si Iman, ttiba-tiba aku nampak kelibat seorang budak kecil berjalan mendaki bukit menuju ke gate barat. Eh ! Tu Iman ! Berlari aku mengejarnya......

Rupanya, Iman mencari aku. Katanya, dia tak nampak aku kat tepi gate barat tu. Aku pulak tak nampak Iman di situ. Kenapa boleh jadi begini?

Tak kisahlah.... walau apa pun.... yang penting Iman dijumpai selamat, tiada sebarang cacat cela. Syukur alhamdulillah......

Akhirnya, jam 4.30 petang baru kami pulang ke rumah. Legaaaaa......... Cukuplah 45 minit aku kehilangan Iman...... cukup... tak sanggup lagi......


Tak mampu ku bayangkan hidup ini tanpa dia......







Saturday, April 6, 2013

Ayam kampung masak ungkep

Hari ni nak citer pasal makan dan masak.

Aku ni bukanlah jenis suka/minat memasak atau suka/minat mencuba resepi baru.

Minggu lepas balik kampung, mak mertua aku bekalkan seekor ayam kampung.

Wak Gugel kata ni contoh Ayam kampung


Sebbaek ayam tu dah siap dibersihkan dan dipotong-potong. Nak harap aku bersihkan? Kirim salam aje lah.... maklumlah, menantu hantu...... hehehe.......

Disuruhnya aku masak "Ungkep" sebab itu kegemaran anak dia. Disebabkan aku ni "bekerja" menjaga kebajikan anak lelaki dia, maka kenalah aku tanya mak mertua resepi masak tu. Selama ni aku tahu makan jer dan tak kuasa nak ambil tahu cara memasaknya sebab alasanku "nanti kalau dah tahu, asik kena suruh ajer..... baik toksah amik tahu.... boleh gitu????? Walaupun aku ni kategori menantu hantu tapi aku jugak isteri mithali bukan menyesali  ......Hehehe.....

Siap saja masak, ku titipkan pada Kak Zie semangkuk untuk "rasa-rasa" Tak tahu pulak aku lauk ni kegemaran Kak Zie suami isteri. Kebetulan mereka sudah bertahun tidak "jumpa" masakan ini. Ibarat seperti orang mengantuk di sorong bantal lah! Kandaku dan Kak Zie somi isteri approved ! Hohoho... aku berjaya..... aku berjaya.....

Hari ni pulak, kejirananku buat "majlis makan tengahari suka-suka potluck".  Adalahh 6 keluarga yang join. Kak Zie suruh aku masak Ayam Ungkep ni. Hah? Ya ampunnnn..... kan aku dah kata, kalau tunjuk boleh buat... mesti lain kali kena suruh buat lagi! pppffffttttt ....

Kesiankan kawan, aku gagahkan diri juga memasak lauk ini yang mengambil masa hampir 3 jam merenehnya.


Ni resepinya ; Ayam kampung masak ungkep

Bahan A :
Ayam  (tak kisah ler ayam kampung ker ayam pencen  ker ayam bandar. Potong ikut suka), kentang (potong ikut suka jugak)

Bahan B :
Serai, lengkuas, halia, kunyit, bawang besar, bawang putih. Blend.... kalau rajin giling ler.... hehehe...

Bahan C :
Biji ketumbar, jintan kecil dan biji lada putih/ sulah. Blend.

Bahan D :
Minyak untuk menumis,  air, asam keping, garam, gula (sikit jer), ajinomoto (kalau suka)

Bahan E :
Hirisian cili merah dan daun sup/bawang untuk hiasan.

Cara :
1) Tumis bahan B dan C.
2) Setelah naik bau, masukkan ayam dan air. Masukkan asam keping sekali dan batang serai dititk-titik. Reneh sampai ayam empuk (kalau guna ayam kg atau ayam pencen maunya 2-3 jam) dengan api kecil.
3) Masukkan garam, gula, ajinomoto dan rasa ikut kesesuaian.
4) Hiaskan dengan bahan E.



Laaa..... senang ajekan cara memasaknya? Yang tak tahan cuma lama masa memasaknya ajer. Sori lah, tiada sukatan yang spesifik dalam resepi ini..... semuanya main agak-agak dan campak-campak dan rasa-rasa ajer.....


Ni hasilnya....


Kalau nak tahu bagaimana rasanya masak ungkep ni..... cuba bayangkan rendang ayam tanpa santan dan kerisik sebaliknya ada rasa rempah ketumbar, jintan dan lada putih. Masakan ni tidak memuakkan. Nak rendah lemak lagi gunalah minyak zaitun untuk menumis. Ayam kampung pulak ssssangat kurang lemak berbanding ayam bandar.


Hasilnya ; Alhamdulillah..... kengkawan suka masakan ini. Habissss lah akuuuuu...... lepas ni mesti aku kena buat lagi !!




















Thursday, April 4, 2013

Undi... undi.... marilah mengundi...


Semalam, 3hb April 2013 Parlimen Malaysia telah dibubarkan.

PRU 13 akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari sekarang.
Bila tarikhnya? Tunggu aje pengumumannya.....

Seperti PRU 12, kami akan mengundi di pusat mengundi SRK Lelaki Bandar Kluang.
Tak jauh dari rumah kami.... hanya sepelaung ajer....
Kami mengundi untuk DUN Mahkota dan Parlimen Kluang.
PRU 12 untuk DUN Mahkota calon dari BN ialah Md Jais Sarday dan calon dari PAS ialah Khairul Faizi.
Jais ni course mate aku masa kat ITM. Tak sangka jadi politician.... 
 Untuk PRU 13- DUN  Khairul Faizi (PAS) akan bertanding  lawan  calon BN yang  belum dinamakan lagi dan parlimen calon DAP lawan MCA.
Surat dan kad  telah ku terima dari BN dan SMS dari PAS. Semuanya merayu undi. Dari mana mereka dapat alamat dan no telefon , tidak ku ketahui.
Siapa yang akan kami pangkah?
Jeng...jeng...jeng..... undi adalah rahsia !
Yang pastinya... memang tak sabar menunggu nak memangkah....


PRU 11 dan 10 kami mengundi di SRK Tmn Skudai Baru, Skudai, Johor.
Kat sini baru aku kenal apa itu "pondok panas" dan "perayu undi".


PRU 9 aku sepatutnya mengundi di Bukit Bintang, KL.
Aku ingat lagi ni kawasan parlimen Lee Lam Thye.
Tapi aku tak pergi mengundi.
Masa ni tak nampak keperluan mengundi.

PRU 8 aku belum cukup umur untuk mengundi.



Sementara menunggu hari buang undi, marilah kita berhibur dengan lagu klasik:

" Marilah Mengundi"

Marilah mari  ....Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari ...Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi














Wednesday, April 3, 2013

Hentam saja lah Labuuuuuu......

Entry kali ni bukanlah pasal cerita Labu Labi P. Ramlee tapi sebaliknya pasal Maryam....

Oleh kerana budak kecik ni dah dah ada 6 batang gigi maka dia ni sangat lah suka makaaannn..... Apa yang kami orang dewasa ni makan, dia pun nak jugak.Kalau tak diberi,  dia akan terus "mengecek" sampailah dapat.  Kesiankan tengok dia, kami berilah jugak tetapi dalam kuantiti sedikit dan "kecik-kecik".

Kita makan apa-apa... dia nak....
Kita minum apa-apa.... punnnn dia naaaakkkk.....
Kata dia.... "Adik naaakkk.... adik naaakkk......"

Hah!! Amekkaw..... hentam sajalah Labuuuuu........ hahaha....


Mmmmm.... daaappp....