Thursday, May 30, 2013

Cuti sekolah yang lemau


Cuti sekolah bermula dari 24hb Mei hingga 9hb Jun 2013. Dua minggu.

Aku suka cuti sekolah sebab :
  1. Tak perlu bangun pagi awal-awal
  2. Tak perlu kelam kabut menyediakan bekalan makanan  untuk Iman bawak ke sekolah
  3. Tak perlu terkejar-kejar menghantar dan mengambil Iman ke sekolah kebangsaan, sekolah agama dan mengaji
  4. Tak perlu tergesa-gesa buat kerja rumah seperti memasak, mencuci + menggosok pakaian dan mengemas rumah
  5. Tak perlu temankan Iman buat homework malam-malam
  6. Aku boleh tidur lewat
  7. Aku boleh layan tv program kesukaan aku  seperti NCIS, CSI (Vegas, NYC, Miami), Hawaii Five O
  8. Aku boleh lepak-lepak dan golek-golek dengan Iman dan Maryam tanpa gangguan
  9. Aku boleh bergosip-gosipan (hahaha !!!!) dengan kengkawan.
  10. Paling penting..... nilah masa untuk jalan-jalan !!!!

Ok. Kita cerita hat no 10 tu lah.

Adik beradik aku, Along dan Emi diorang cuti 2 minggu pergi Jakarta-Bandung-Solo. Makcik Mah pulak pergi Umrah. Noor sepupu aku nak pergi Seoul. Ikut hati memanglah aku nak ikut diorang tu tapi tak boleh..... sebab masalah aku tak sama dengan diorang.

Jilat tapak tangan aku tengok diorang tu berjalan ....... *mode ; jeles lah tu*.... Nak meyedapkan hati, aku katakan pada diri ku "jangan cemburu pada lebihan rezeki orang lain, fokuslah pada apa yang kita ada".... hmmmmm.......iya lah tuuuu.....

Sebenarnya, aku rindu dengan pasir pantai, rindu suara ombak memukul pantai, rindu nak berkubang dalam kolam, rindu nak makan seafood sambil ditiup angin laut .....  Jadi, aku berangan lah  nak  ke sini :




atau






Tau apa jadik?

Che Abang kata tak boleh sebab dia sebok. Ada audit. Berderet-deret pulak tu... internal audit lah, customer audit lah dan segala macam tok nenek audit. Woit ! Apsal lah buat audit time-time cuti sekolah ni? Tu tak termasuk lagi pergi meeting. Angin aku dibuatnya !!!!!

Nak menyedapkan hati aku lagi, weekend ni Che Abang ajak balik kampung  sebab mak dia  nak buat kenduri sempena menyambut Ramadhan. Hek elehhhh ......  tak ada maknanya angin aku reda..... Tapi, oleh kerana  aku ni kan menantu hantu yang ala-ala solehah , maka aku ikut aje laaaa......

Ok. Nanti kita tengok apa kesudahan cuti sekolah kali ni.







P/S : Che Abang kata ada surprise ..... apa hek? Eeee... suspens nyer...... hehehehe.....

















Tuesday, May 28, 2013

Selamat Ulang tahun Maryam !!!!

23hb Mei genap usia Maryam setahun.


Hari itu juga ada jadual lawatan pemeriksaan kesihatan dan perkembangan Maryam.

Pada usia setahun, berat Maryam ialah 8.0kg, panjang 72cm dan BMI 15 (normal lah tuu). Gigi sudah tumbuh 8 batang dan ada lagi 2 batang yang dah mula nak keluar. Dah belajar berjalan dengan memapah pegang sofa, dinding dan apa saja yang boleh dicapai.Mulut riuh... congceng conceng.....


Kek Fruitilicious dari Secret Recipe melengkapkan sambutan harijadi Maryam. Mama dan Iman yang nak.... Maryam manalah reti memilih, kan? 


Gambar dari google. 




Hadiah pilihan abang iman yg guna duit mama yg mama mintak dari babah ... hehehe...



 Doa dari mama dan babah ;

"Ya Allah, kami amat bersyukur dianugerahkan seorang puteri yang menyenangkan hati dan mata yang memandang. Berilah kepada kami ilmu pengetahuan dan kesabaran untuk mendidik puteri kami ini untuk menjadi hamba yang solehah dan cemerlang dalam kehidupan dunia dan akhiratnya. Juga dipermudah dan diringankan jodohnya dengan lelaki yang soleh yang dapat membimbingnya ke jalan Mu. Aameen...."


Anakku, ketahuilah kehadiranmu adalah satu rahmat. Walaupun kadang-kadang tu terasa penat melayan kerenahmu tapi berbaloi bila melihat kamu tersenyum dan ketawa riang. Lebih-lebih lagi dengan suara manjamu menyebut  "mom  maa... mom meh... mom  maa... mom  meh... bush... bush".


Dengan rendah hati kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berkenaan. 
















Wednesday, May 15, 2013

Jemput-jemput pisang

Jemput-jemput pisang atau cekodok adalah makanan kegemaran Iman.


Hampir tiap-tiap minggu mama akan buatkan jemput-jemput pisang. Pisang dibeli dari pasar tani setiap pagi Isnin atau dari pokok yang Babah tanam.

Selalunya mama akan gunakan pisang berangan atau pisang rastali atau pisang embun atau pisang lemak manis (aka pisang 40 hari).


Senang jer buat jemput-jemput pisang.

Bahan :
1) Pisang - suka hati lah nak letak berapa bijik pun
2) Sedikit gula pasir - agak-agak laa
3) Tepung gandum - agak agak jugak, jangan sampai terkeras atau terlembik

Cara : Buang kulit pisang, lenyek atau ramas-ramas pakai tangan atau blend. Masuk gula, masuk tepung. Gaulkan. Pastu ambik sejemput kecil adunan tu  dan goreng dalam minyak panas. Hidang dan dah boleh makan. Senang, kan?

Nota : Kalau untuk makan sendiri, tak yah letak potas. Gitu -gitu aje pun dah lembutttt.....



Gambar : sumber gugel



Betullah kata orang tua..... makanan ni pengikat kasih sayang. Setiap kali Iman makan jemput-jemput pisang, dia pasti akan berkata "emmmm.... sedaaaapnya mama". Sejuk hati mama mendengarnya. Kalau buat sepinggan itu hanya untuk dia seorang lah.

Esok kalau Iman nak kawen, kenalah cari pompuan yang pandai masak jemput-jemput pisang, ya! Hahaha.....







Tuesday, May 14, 2013

Weekend breakaway

Minggu lepas Iman periksa setengah tahun sekolah agama. Bukan kesah nak baca buku atau buat ulangkaji... Mama dia ni yang tension..... nak menyedapkan hati, si Mama kata"kita tak boleh under estimate kebolehan anak.... mungkin depan kita dia aje dia macam tu."....

Habis jer periksa Iman dah "meroyan" ajak jalan-jalan. Nak pergi mana, ek? Mama cadangkan kita pergi Desaru. Sambil melepaskan tension Iman, percutian hujung minggu ni juga bersempena dengan ulang tahun  pertama Maryam. Sambutan Hari Ibu? Ok jugak kan.... boleh mama relax-relax..... hehehe....

 Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam mengikut jalan Kluang-Bandar Tenggara-Kota Tinggi-Desaru.  Akhirnya kami sampai ke destinasi iaitu :



Tiada masalah dalam urusan check-in. Tempahan bilik kami buat melalui Agoda.com.

Oleh kerana mama dan babah pernah ke sini beberapa tahun dahulu, jadi "graf kejakunan" tidaklah mencanak. Cuma Iman ajelah yang jakun sorang-sorang..... hahaha..... Duluuuu, Lotus Desaru ni dikenali dengan nama Desaru Impian.

Kat sini aktiviti utama kami ialah melayankan Iman dan Maryam main air.... dari laut, taman tema air hingga ke tub mandi dalam bilik air.....hahaha.....

Sebelum main air, kita posing dulu arr...


Gambar taman tema air dari google. Walaupun taman tema airnya agak kecil dan terhad, tapi bolehlah.... janji anak-anak terhibur.





Pantai Desaru cantik. Pasir memutih saujana mata memandang. Tapi... AWAS ! Pantainya curam, ombak kuat.... maklumlah menghadap laut lepas iaitu Laut Cina Selatan. Pernah terdengar cerita  beberapa orang mendakwa melihat jerung dan ikan lumba-lumba berkeliaran di situ. Jadi, Iman hanya dapat celup-celup kaki sambil main ombak.


Pemandangan pantai Desaru dari udara (sumber google)


Angkat kaki seluar tu... nanti basah !


Iman seronok mengejar ombak


Selain aktiviti main air ialah aktiviti bersukaria dan berpoya-poya  anak beranak. 


Mama dan "sweet candy crush saga" nyer....








Komen tentang makanan....

1) Makanan di resort ini : Alahai....... so-so ajerrrrrr..... dah itu  rezeki kami, makan aje laaa....

2) Kami makan malam di Restoran Terapung Firefly yang terletak di Sungai Lebam. Jarak dari resort ke restoran ini lebih kurang 8-9 km. Masakan sedap dengan  ikan segar dari sangkar yang terletak di sebelah restoran. Menu kami ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung (sudah semestinya!!! hehehe...) tomyam, kailan goreng belacan dan telur dadar. 

Restoran Terapung Firefly : Sumber google



Alhamdulillah.... semua merasa seronok terutamanya si Iman. Siap boleh sound mama...."nanti bulan oktober nak datang sini lagi sambut birthday Iman". Iya lah tuuuuuu..... :)

















Thursday, May 9, 2013

Cerita seorang Gen X semasa di sekolah rendah (bhg 1)

Assalamualaikum anak-anak mama,

Mama  bersekolah rendah dari tahun 1974 hingga 1979. Mama bersekolah di beberapa tempat. Maklum ajelah..... kami tiga beradik ni anak yatim.... jadi perjalanan hidup kami banyak dicorakkan oleh orang lain (selain mak) seperti Pakngah, Uda Anis, Pakcik Daud dan saudara mara yang lain.

Mama pernah bersekolah di sini :
1) Darjah 1-2 (1974) di SRJK(E) Sultan Alam Shah, Petaling Jaya, Selangor.
2) Darjah 3 (1976) di SRJK (E) Jalan Batu Tiga, Berkeley Garden, Kelang, Selangor.
3) Darjah 4 (1977) - beberapa bulan di SRJK(E) Jerantut, Pahang.


Antara yang mama ingat tentang alam persekolahan darjah 1 -3 :

1) Subjek yang kami belajar ialah Bahasa Malaysia, English, Ilmu Hisab, Kesihatan, Agama, Jawi dan muzik.
2) Buku teks banyak menggunakan nama watak seperti Ali, Atan, Samy, Raju, Ah Kau, Ah Chong, Mei Lin, Kumari, Salmah, Fatimah.
3) Bawa beg sekolah bentuk kotak kaler merah atau beg kanvas gantung dibahu warna hijau.
4) Pakai kasut badminton master BATA warna hijau.
5) Semua murid memakai pakaian seragam yang sama iaitu pelajar lelaki memakai seluar pendek biru tua dan kemeja putih manakala pelajar perempuan memakai pinafor biru tua dan kemeja putih.
5) Para cikgu dan kawan-kawan  berbilang bangsa.... melayu, cina, india, benggali dan serani.
6) Dalam kelas,  murid akan duduk berselang seli tak kira bangsa dan jantina.


Ada satu cerita lucu semasa mama dalam Darjah 1. Setiap hari Emak mama akan membekalkan air minuman. Suatu hari tu mama bawak air root beer (sarsi). Seorang kawan mama (budak perempuan melayu) cakap..... "orang melayu tak boleh minum air root beer sebab ada beer". Mama bergaduh dengan kawan mama tu sebab mama kata boleh minum. Kami tak bertegur sapa selama beberapa hari. Hahaha.....

Setiap hari Mak beri duit sekolah 20 sen setiap anaknya. Zaman tu tak ada lagi dompet untuk kanak-kanak. Jadi duit sekolah akan diikat pada hujung saputangan. Duit 20 sen amat bernilai. Bayangkan, boleh beli mee kari semangkuk (10 sen), kuih dua keping (5 sen) dan gula-gula 4 biji (5 sen). Zaman sekarang 20 sen boleh dapat apa, ya? Dengar cerita budak-budak sekarang duit sekolahnya sehari hampir RM5.

Setiap minggu cikgu akan memeriksa kuku tangan murid-murid. Siapa yang berkuku panjang dan kotor... siaplah... akan diketuk dengan pembaris kayu 36" tu. Semasa kecil, mama adalah penggigit kuku tegar. Jadi, tak merasalah pembaris tu......


Ok lah. Nanti di entry akan datang mama akan cerita pula pengalaman dan kenangan semasa di darjah 4-6.











Cerita seorang Gen X semasa di tadika

Assalamualaikum anak-anak Mama.

Tak tahulah Mama sempat atau tidak menceritakan zaman persekolahan mama dahulu. Jadi, in shaa allah di blog mama ini mama akan bercerita.

Ok. Kita mula dengan sekolah tadika dahulu, ya.

Ketika mama berusia 3 hingga 6 tahun, mama dibela oleh Uda. Kami menetap di Renggam kerana Pok Der bertugas di sana.

Awal tahun 70an tidak banyak sekolah tadika atau tabika. Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Masa tu belum ada Tadika Kemas atau yang seangkatan dengannya. Kanak-kanak pada zaman itu akan terus dihantar bersekolah menjelang umur 7 tahun ke Darjah 1.

Berlainan pula dengan keluarga mama.

Ketika mama berusia 6 tahun iaitu pada tahun 1973, mama telah memulakan alam persekolahan  di sebuah Tadika di SRJK(C) di Renggam. Itu jer satu-satunya tadika di pekan Renggam pada masa itu. Tidak banyak yang mama ingat kenangan bersekolah di sini..... kecuali belajar mengenal abjad ABC dan belajar bercakap cina asas (masa tu bahasa Mandarin belum diperkenalkan di sekolah), belajar mengenal nombor seperti ee, er, san dan seterusnya.  Waktu persekolahan tidak panjang, rasanya 1 atau 2 jam sahaja..... jadi tak ada istilah "sekolah makan".

Mama tahu mama ada ramai kawan di sekolah. Malangnya mama tak ingat siapakan mereka kecuali seorang lagi budak perempuan melayu yang mama panggil "Ninot". Saat paling menyeronokkan bila kami semua dapat bermain bersama  di gelongsor yang diperbuat daripada simen keras dan buaian kayu yang digantung pada dahan pokok besar. Kami berbual seperti ayam dan itik..... hehehe... satu cakap melayu satu cakap cina... Indahnya kenangan masa itu, kan?

Sekolah dahulu bukan macam sekolah sekarang. Cikgu tulis di papan hitam (tapi kaler dia ijau) dan kami juga membawa papan hitam kecil  masing-masing sebagai ganti buku latihan. Zaman tu mana ada buku aktiviti bagai? Jauh sekali komputer.....

Itu jer lah yang mama ingat tentang zaman sekolah tadika mama.





Jiran lama di rumah lama

Assalamualaikum anak-anak Mama.
Hari ini mama nak  berkongsi satu cerita. Tiada unsur politik, mungkin.

Sebelum berhijrah ke Kluang, mama dan babah tinggal di Tmn Universiti, Skudai. Rumah pertama kami beli sebaik sahaja berkahwin 20 tahun dahulu. Sebuah rumah teres 4 bilik lot tengah berhampiran Masjid utama Tmn Universiti. Satu baris ada 10 biji rumah. Di situ ada 6 keluarga Cina, 2 keluarga India dan 2 keluarga melayu termasuk kami. Kami hidup dengan aman, damai dan muhibbah.

Kami paling rapat dengan keluarga Tan dan keluarga Kang. Mereka jiran yang paling hampir dengan kami. Kami tidak sebangsa dan seagama tetapi kami hidup dengan harmoni, bertolak ansur dan menghormati  satu sama lain. Kami juga saling menjaga dan memerhatikan keselamatan rumah dan keluarga satu sama lain. Anak-anak mereka juga mesra bermain bersama mama dan babah. Oleh kerana masa tu mama belum ada anak, maka anak merekalah yang mama selalu dukung dan "bawak main".

Puan Kang (bukan nama sebenar) beragama Kristian, pernah belajar dan bekerja di Singapura. Suaminya seorang Buddha, asal Kedah dan  bekerja di Singapura . Mereka ada seorang anak lelaki. Namanya Kang Jr. (bukan nama sebenar). Sekarang Kang Jr. dah berusia 16 tahun. Semasa Kang Jr. kecil, dia dihantar bersekolah di tadika milik orang Islam dan bersekolah kebangsaan. Lucunya, di rumah pun diamalkan apa yang dipelajari di sekolah seperti baca basmallah, baca doa makan, bersalaman dan sebagainya.  Encik dan Puan Kang tidak menetapkan agama untuk anaknya anuti, terpulang kepada Kang Jr. untuk memilih bila dia besar nanti. Puan Kang juga merupakan  kawan karib mama di rumah..... segala cerita gembira dan sedih kami kongsi bersama.

Keluarga Tan, beragama Buddha,  ada 3 anak perempuan yang comel-comel. Dia bekerja di Singapura dan isterinya, Mei (bukan nama sebenar) seorang suri rumah. Mei selalu tolong tengok-tengokkan rumah kami semasa kami keluar bekerja. Dia juga yang "rajin" menjaga pokok pelam epal kami dari dicuri buahnya oleh "kaum yang satu lagi" tu. Kalau hari nak hujan, riuhlah suara Mei jerit "kak... hari hujan.... angkat baju!!!".

Keluarga Melayu di sebelah rumah jarang sekali kami nampak atau bersua muka  dan kurang mesra dengan penduduk lain biarpun mereka juga bermastautin di situ. Barangkali sibuk dengan pekerjaan, urusan rumah tangga dan keluarga.

Rumah keluarga India pula terletak beberapa pintu dari rumah kami. Mereka penyewa yang sering bertukar penyewa.. Jadi kami tak berapa kenal dengan mereka.

Di kejiranan kami ini, kami mendengar azan dari masjid berhampiran 5 kali sehari. Mencium bau colok yang dibakar oleh jiran Cina dan mendengar bunyi loceng yang dimainkan oleh keluarga India setiap petang. Masing-masing dengan agama masing-masing.... dan kami tetap harmoni dan hormat menghormati satu sama lain.

Anak-anakku, takdir Allah menetapkan mama dan babah berhijrah ke Kluang. Mama tidak pernah menyangka sama sekali akan bermastautin di sini kerana sebelum itu mama menyangka hidup dan mati kami ialah di Skudai.

Hendak berhijrah ke sini pada  mulanya amat merisaukan. Tapi, pandai-pandai lah nak hidup dan menyesuaikan diri, kaaan?

Oh ya... sambung tentang Lim dan Kang.

Setelah beberapa bulan mama dan babah berpindah..... rumah keluarga Kang dimasuki pencuri dan mereka mengambil keputusan berpindah ke kawasan lain  menjual rumah mereka. Keluarga Lim pula berpindah pulang ke kampung halaman mereka di Pekan Nenas.


Anak-anakku, banyak kenangan indah semasa mama dan babah menetap di sana. Taman Universiti adalah tempat yang seronok, memiliki kemudahan infra struktur yang baik. In shaa Allah.... rumah itu akan menjadi milik kalian suatu hari nanti.


Anak-anakku, walau siapa pun jiran kita... ingat dan amalkan lah adab-adab berjiran iaitu :

1. Memberi salam atau bertegur bila bertemu.
2. Jangan banyak bertanya hal-hal yang tidak diberitahu.
3. Menziarahi jiran apabila jiran sakit atau ditimpa musibah.
4. Menunjukkan simpati apabila jiran menghadapi kesusahan.
5. Turut merasa gembira apabila jiran mendapat berita gembira.
6. Memaafkan kesalahan jiran.
7. Tidak menunjukkan pandangan(meninjau-ninjau) ke dalam rumah jiran.
8. Tidak menimbulkan rasa susah hati jiran.(cth. daun-daun dari halaman kita gugur ke halaman jiran menyebabkan jiran rasa tidak selesa.)
9. Tidak menyempitkan jalan ke rumahnya.
10.Menutub keaiban jiran.
11.Meringankan beban jiran.(cth: membantu jiran apabila jiran menghadapi kesusahan)
12.Tidak mudah terpedaya dengan kata-kata fitnah terhadap jiran kita.
13.Menghormati isteri atau pembantu rumah jiran kita.
14.Berlemah lembut terhadap anak-anak jiran tetangga.
15.Membantu/memberi tunjuk ajar kepada jiran kita dalam hal-hal dunia/akhirat sekiranya kita mampu.







P/S : Pokok pelam epal mama masih hidup  biarpun buahnya sudah tidak lebat dan saiz mengecil......









Saturday, May 4, 2013

Pangkah siapa?

Kurang 24 jam masa untuk mengundi.
Semua parti  hanya ada beberapa jam lagi sebelum tempoh berkempen berakhir.
Ni lah masa untuk pulun abisss....

Mereka berkempen  di alam maya dan alam nyata.
Macam-macam cerita.
Macam macam berita.
Kalau berita benar.... baguslah...
Kalau berita fitnah..... korang jawab sendiri nanti ya...

Semalam dah mula kempen rumah ke rumah oleh kaum ibu.
Rumah aku tak terkecuali di singgah mereka.
Tetamu datang ku sambut mesra...... iya lah kengkawan kaaannnn.....
Tujuan memancing undi lah tuu...
Buah tangan dari mereka sekeping sticker dan buku manifesto.

Aku?
Kawan tetap kawan.
Saudara tetap saudara.
Tapi undi itu hak aku.
Suka hati akulah nak pangkah siapa !!!!



Yang mana satu idaman kalbu? 













Thursday, May 2, 2013

Candy crush saga


Sebelum ni aku memang tak minat nak main game kat fesbuk tu. Tak koser aku !!! Tak berfaedah kononnya... hehehe....

Entah macam mana kali ni boleh pulak timbul rasa kesian kat kengkawan yang ajak main game. Mula-mula tu ingat saja jer tolong kawan tapi akhirnya....... huhuhuh.... aku terjebak !







Selalunya aku dapat main benda alah ni sewaktu Maryam tidur dan Iman pulak di sekolah. Pernah sekali aku main depan Iman, ada ke patut si Iman boleh sound aku sedas.... "sudah-sudah lah tu mama"...... cissss..... bertuah punya anak !

Sekarang ni, hari-hari dok pikir camaner nak lepas level yang tersangkut tu. Aku sangkut kat level 29 dah masuk 6 hari. Adeh!  Masalah betul...  Aku asik "putus nyawa" ajer.... tiap-tiap hari mengharap kengkawan tolong sambungkan nyawa baru untuk aku..... huhuhu.....


Pada yang belum terjebak tu, toksahlah coba-coba tekan-tekan main game yang tak berfaedah ini.. Baik korang layan benda lain yang berfaedah  seperti baca quran ker tanam pokok bunga ker  .... pesanan ikhlas dariku...... ngeee....