Diari Seorang Suri
Catatan peribadi seorang Suri untuk kenangannya.
Thursday, May 5, 2016
Wednesday, July 9, 2014
Bukan ku tak sayang
Kau dilahirkan pada September 1996.
Ikutkan sekarang dah berusia 18 tahun.
Kalau anak gadis dah selayaknya dikahwinkan.
Bukan aku tak sayang.
Sayaaanngg sangat......
Kau tak pernah meragam, jauh sekali merungut menyusahkanku,
Bila mengenangkan usiamu yang semakin lanjut dan kudratmu,
Ditambah dengan ketewasanku mengendalikan "nafsu",
Maka, terpaksalah.... iya terpaksalah keputusan ini diambil,
Iaitu berasingan, berpisah lalu cerai bertalak 3 denganmu,
Dan memilih kepada yang lebih muda dan bergaya dari mu.
Huaaaaaaa.....
Hantaran pinangan pada 1996 = RM25,000 ++. Hutang selama 3 tahun.
Tuntutan "nafkah edah" pada 2014 = RM3,200.00. Tunaiiii .... Alhamdulillah.....
Selamat bersara dan kalau ada rezeki jumpa lah kita di jalanan bersama tuan baru mu, ya. Pengalaman 18 tahun bersamamu adalah antara detik detik indah dalam hidupku. Terima kasih kerana mewarnai hidupku.
I love you, Sang Kancil ku..... muah !!! Jasamu ku kenang.

Sang Kancil Ezi 660, 1996
JEE 8376 dalam kenangan
Hantaran pinangan pada 1996 = RM25,000 ++. Hutang selama 3 tahun.
Tuntutan "nafkah edah" pada 2014 = RM3,200.00. Tunaiiii .... Alhamdulillah.....
Selamat bersara dan kalau ada rezeki jumpa lah kita di jalanan bersama tuan baru mu, ya. Pengalaman 18 tahun bersamamu adalah antara detik detik indah dalam hidupku. Terima kasih kerana mewarnai hidupku.
I love you, Sang Kancil ku..... muah !!! Jasamu ku kenang.
Ramadhan 1435/ 2014
Pelik rasanya.
Ibarat "duduk dalam freezer" setelah sekian lamanya, jari jemari terasa kaku,
Sudah tidak mesra menekan keyboard lagi.
Jasad di kerusi tetapi fikiran melayang di awangan.

Ke mana pergi?
Ke mana menghilang?
Adaaaaaaa.......
Heheheheeeee....
Nantilah.....
Salam ramadhan 1435/2014.
Semoga kemanisan dan nikmat Ramadhan kali ini lebih dihayati.
@ Legoland
Hujung minggu lepas Mak dan Umi sekeluarga berkunjung ke rumah kami. Katanya nak ajak ke Legoland. Kami ok ajer.... memang menunggu peluang nak ke sana.
Pagi Sabtu... seawal jam 6 pagi semua budak-budak dah bangun dan bersiap. Excited nak pergi Legoland lah katakan...... hehehe.....
Jam 8.00 pagi, kami bertolak dari Kluang menuju Nusajaya melalui lebuhraya PLUS. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Tujuan kami ialah untuk sampai sebaik waktu pembukaan dan untuk mengelakkan bertembung dengan kedatangan bas-bas rombongan yang biasanya tiba selepas jam 10 pagi.
Setiba di sana dalam jam 9.15 pagi dan masih lengang lagi. Kami parkir di Medini Mall iaitu parkir yang paling hampir dengan Legoland. Bayarannya RM2 untuk jam pertama dan RM1 untuk sejam berikutnya.
Di Medini Mall ada beberapa restoran yang telah dibuka untuk kemudahan pengunjung bersarapan. Pilih sahaja mengikut selera. Harga? Biasalah.... lebih sikit daripada di luar. Mujur kami telah bersarapan di rumah dan ada juga membawa serba sedikit makanan ringan yang "diseludupkan" di dalam stroller dan beg susu anak.
Tiket dah ada dalam tangan. Kami beli online. Jadi, tiadalah masalah nak beratur ke di kaunter. Harga tiket boleh dilihat di website Legoland, ya. Sebelum masuk, dapatkan peta dan rancang nak ke bahagian mana dahulu.
Hari itu cuaca amat panas. Kami membawa bersama cermin mata hitam, topi, payung dan memakai sunblock.Kalau tidak, maunya kulit rentung nak sampai ke petang.....
Acara wajib bagi semua pengunjung iaitu bergambar di hadapan pintu masuk Legoland. Kami juga tak terkecuali.Jakun sekejap.
Kami mula-mula tuju ke bahagian permainan seperti roller coaster, driving school, train ride dan lain-lain untuk mengelakkan orang ramai akan yang akan tiba tengahari nanti. Setakat nak jalan-jalan ambil gambar, tu kemudian-kemudian pun tak apa.
Di dalam Legoland, bukan hanya anak-anak yang seronok. Kami mak bapak pun sama seronok. Iyalah... masa zaman kami kecik-kecik manalah ada taman tema, kan? Hendak-hendak ada permainan yang orang dewasa boleh main..... lupa jap ada bawak anak kecik !Aku lah tuuu.....
Di dalam Legoland juga disediakan restoran dan gerai menjual air minuman. Ada juga kedai menjual barang-barang cenderahati. Kami hanya membeli t-shirt untuk anak sahaja. Siapkan aje lah RM nya!
Setelah 5 jam berada di dalam Legoland..... kaki dan badan pun dah penat.... cuaca panas telah bertukar mendung dan hujan renyai, kami pun ambil keputusan pulang. Di sini, kalau cuaca mendung hendak hujan, segala aktiviti permainan dihentikan oleh pihak pengurusan....... untuk keselamatan katanya !
Perjalanan pulang ke Kluang berjalan lancar. Walaupun penat tetapi gembira. Sekali-sekali, apa salahnya, kan ? Anak gembira.... kami tumpang gembira. Hehehe.......
P/S : Amat bersyukur diberi kesempatan ini..... Maka, nikmat Tuhan yang manakan yang kamu dustakan?
Pagi Sabtu... seawal jam 6 pagi semua budak-budak dah bangun dan bersiap. Excited nak pergi Legoland lah katakan...... hehehe.....
Jam 8.00 pagi, kami bertolak dari Kluang menuju Nusajaya melalui lebuhraya PLUS. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Tujuan kami ialah untuk sampai sebaik waktu pembukaan dan untuk mengelakkan bertembung dengan kedatangan bas-bas rombongan yang biasanya tiba selepas jam 10 pagi.
Setiba di sana dalam jam 9.15 pagi dan masih lengang lagi. Kami parkir di Medini Mall iaitu parkir yang paling hampir dengan Legoland. Bayarannya RM2 untuk jam pertama dan RM1 untuk sejam berikutnya.
Di Medini Mall ada beberapa restoran yang telah dibuka untuk kemudahan pengunjung bersarapan. Pilih sahaja mengikut selera. Harga? Biasalah.... lebih sikit daripada di luar. Mujur kami telah bersarapan di rumah dan ada juga membawa serba sedikit makanan ringan yang "diseludupkan" di dalam stroller dan beg susu anak.
Tiket dah ada dalam tangan. Kami beli online. Jadi, tiadalah masalah nak beratur ke di kaunter. Harga tiket boleh dilihat di website Legoland, ya. Sebelum masuk, dapatkan peta dan rancang nak ke bahagian mana dahulu.
Hari itu cuaca amat panas. Kami membawa bersama cermin mata hitam, topi, payung dan memakai sunblock.
Acara wajib bagi semua pengunjung iaitu bergambar di hadapan pintu masuk Legoland. Kami juga tak terkecuali.
Ahli rombongan kami
Kami mula-mula tuju ke bahagian permainan seperti roller coaster, driving school, train ride dan lain-lain untuk mengelakkan orang ramai akan yang akan tiba tengahari nanti. Setakat nak jalan-jalan ambil gambar, tu kemudian-kemudian pun tak apa.
Di dalam Legoland, bukan hanya anak-anak yang seronok. Kami mak bapak pun sama seronok. Iyalah... masa zaman kami kecik-kecik manalah ada taman tema, kan? Hendak-hendak ada permainan yang orang dewasa boleh main..... lupa jap ada bawak anak kecik !
Di dalam Legoland juga disediakan restoran dan gerai menjual air minuman. Ada juga kedai menjual barang-barang cenderahati. Kami hanya membeli t-shirt untuk anak sahaja. Siapkan aje lah RM nya!
Antara restoran yang ada
Setelah 5 jam berada di dalam Legoland..... kaki dan badan pun dah penat.... cuaca panas telah bertukar mendung dan hujan renyai, kami pun ambil keputusan pulang. Di sini, kalau cuaca mendung hendak hujan, segala aktiviti permainan dihentikan oleh pihak pengurusan....... untuk keselamatan katanya !
Perjalanan pulang ke Kluang berjalan lancar. Walaupun penat tetapi gembira. Sekali-sekali, apa salahnya, kan ? Anak gembira.... kami tumpang gembira. Hehehe.......
P/S : Amat bersyukur diberi kesempatan ini..... Maka, nikmat Tuhan yang manakan yang kamu dustakan?
Tuesday, November 12, 2013
Iman dan tilawah Al-quran
Ustazah di Sekolah Agama telah memilih Iman untuk mewakili peserta Darjah Satu untuk pertandingan tilawah Al-quran peringkat Tahap 1, Sekolah Agama Bandar Kluang.
Selepas melalui pusingan saringan, Iman berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir bersama 11 peserta lain. Dalam peringkat akhir, Iman dikehendaki membacakan ayat dari Surah Al-A'raf ayat 1-7. Iman diberi masa seminggu untuk bersedia. Dengan bantuan guru mengaji Ustazah Yati , tempoh seminggu berjaya dimanfaatkan.
Pada hari pertandingan, alhamdulillah Iman kelihatan tenang, bersemangat dan bersedia. Katanya... apa nak takut... macam mengaji kat rumah aje. Hehehe.... bertuah punya anak ! Kalau mama di tempat Iman, mau ketaq lutut dan tak keluar suara !
Qari cilik, Muhammad Iman
Keputusan diumumkan.... Johan tilawah tahap 1 Sekolah Agama Bandar Kluang jatuh kepada pelajar perempuan Darjah 2 (lupa namanya !) dan Naib Johan jatuh kepada Muhammad Iman.
Kelakarnya, Iman blurr-bblurr.... tak faham apa yang sedang berlaku. Ini hadiahnya, iaitu sebuah trofi, bekas makanan (tipuware... hehehe) dan wang tunai RM10.00 Jadi lah.... buat kenangan. Duit tu boleh disimpan dalam Tabung Haji kan, Iman ?
Hadiahnya....
Ustazah di sekolah agama mencadangkan :
1) Hantar Iman ke sekolah tahfiz
2) Mewakili sekolah untuk pertandingan antara sekolah.
Masya Allah ! Terkejut mama..... Ustazah, anak saya kecik lagi.... banyak benda dia tak tahu lagi.... saya dan dia tak bersedia lagi eh.......
P/S : Walaubagaimanapun, mama dan babah amat berbangga dengan keberanian dan pencapaian Iman.

Monday, November 11, 2013
Iman "naik" Al-Quran
Iman mula diajar mengenal huruf-huruf al-quran sejak usianya 3 tahun lebih. Tapi biasalah... anak belajar mengaji dengan emak memang banyak kerenah.... mengaji 1 hari, cuti 3 hari. Jadi, mama ambil keputusan hantar Iman belajar mengaji dengan Ustazah Yati.
Ustazah Yati ni kalau mengajar al-quran amat mementingkan sebutan makhraj huruf dan tajwid. Belajar mengaji seminggu 4 hari, 3 hari cuti. Dalam setahun, ustazah cuti mengajar selama 2 bulan iaitu ketika bulan Ramadan dan Syawal.
Iman mengaji Iqra sejak usia 5 tahun. Dalam masa 8 bulan, selesai IQRA 1-6.
Selepas itu, sambung belajar membaca muqaddam.
Syaaban tahun ini, Iman selesai baca muqaddam. Ustazah kata selepas Syawal nanti Iman akan mula membaca al-quran.
Mama sediakan al-quran ini untuk Iman. Al-quran ini adalah milik Babah yang Babah terima dari kerajaan Arab Saudi sebagai cenderahati ketika menunaikan fardhu haji pada tahun 2006 dahulu. Iman.... belajar, baca dan manfaatkan lah al-quran ini, ya.......

Warisan dari Babah untuk Iman
Sempena "naik" quran, Ustazah mencadangkan mama membuat sedikit pulut kuning untuk diberikan kepada jiran tetangga sebagai tanda kesyukuran.
Pulut kuning kesyukuran untuk jiran tetangga
Mama dan Babah doakan semoga Iman dipermudahkan membaca Al-quran.... suka membaca al-quran dan tafsirnya..... menjadikan al-quran sebagai pedoman hidup. Aameen.....
Suatu malam di McDonald's
Ni cerita bulan lepas. Baru sekarang ada mood nak bercerita.
Malam Sabtu.
Duduk rumah.
Cerita tv yang membosankan.
Nak tidur, awal lagi. Baru pukul 10 malam.
Tiba-tiba..... jom kita jalan-jalan, pusing-pusing bandar.
Akhirnya kami singgah di McDonald's Jalan Batu Pahat.
Makan dan makan lagi.
Iman suka lah datang sini... nak main slide katanya.
Maryam, tak kisah... janji dapat jalan. Hehehe....
Ni first time Maryam main slide.
Iman ajar dia 2-3 kali .... terus dia dah boleh main sendiri.
Maryam ni memang jenis cepat belajar sesuatu perkara.

Slow-slow, Adik !
Dah boleh main sendiri. Adik berani !
Kami lepak di situ sampailah Iman dan Maryam penat.
Balik rumah.... .zzzzz. Selamat malam semua.
P/S : Anak-anak gembira.... mama dan babah tumpang gembira......
Monday, October 28, 2013
Bertemu setelah lama terpisah
Jemputan makan-makan, sembang-sembang santai di rumah Asri dan Zaliza di Prima Saujana, Kajang, Selangor pada hari Sabtu, 26hb Oktober 2013.
Ada kawan-kawan yang aku tak pernah jumpa lebih dari 12- 15 tahun. Selepas HELM tutup pada 2001, masing-masing membawa haluan sendiri. Bumi Allah ni kan luas..... rezeki Allah yang beri.....
Bertemu dengan mereka semula, tak terasa pernah terpisah lama. Masing-masing masih mesra seperti dahulu. Yang berbeza cuma usia aje...
Bertemu begini, kembali mengusik kenangan lama semasa di HELM. Kalaulah masa boleh berulang kembali maunya aku kekal di tahun 1989-1999 kerana itulah zaman yang paling indah dan seronok dalam hidup ku. Selepas tahun 1999 suasana kerja dan politik di HELM berubah dan kami turut terkesan. Sedih bila seorang demi seorang pergi.... aku antara yang masih bertahan sehinggalah HELM tutup pada 2001.

HR-PR team suatu ketika dahulu kembali bertemu
Semoga ukhwah kami terjalin kembali dengan adanya pertemuan seperti ini lagi.
Terima kasih Asri dan Zaliza kerana menganjurkan pertemuan ini.
Tuesday, August 13, 2013
2 Syawal 1434
Yeah ! Hari raya lagiiiiiii......
Masih di kampung. Hari ni aku ditugaskan memasak secara solo. Menu hari ini.... laksa asam atau laksa penang. Senang bah itu ! 2 jam di dapur... beressssss.....
Hari ini hari yang aku tunggu-tunggu sebab hari ini giliran beraya di "sebelahku". Kami adik beradik akan berkumpul di rumah Pakngah di Cheras. Beginilah nasib anak-anak yatim piatu seperti kami.... menumpang kasih dengan pak saudara....
Acara makan-makan tak gempak. Acara beri duit raya yang paling gempak. Riuh rendah, bising ! Anak-anak ok ajer..... orang tua pulak yang kecoh. Nak-nak pulak ada mak mata duitan. Aku ler tuuuuu..... hehehe.....

Tak ramai... tapi tetap meriah !
Acara makan-makan tak gempak. Acara beri duit raya yang paling gempak. Riuh rendah, bising ! Anak-anak ok ajer..... orang tua pulak yang kecoh. Nak-nak pulak ada mak mata duitan. Aku ler tuuuuu..... hehehe.....
Duit raya time. Riuh rendah macam tongkang nak pecah !!!
Anugerah Bapa Penyayang 2013 jatuh kepada.......
Dari Cheras, kami menuju ke Seremban untuk menziarah saudara tua seperti keluarga Cik Mamat, Mak Yah dan Busu Unos. Dulu kami berjumpa di setiap hari raya di Muar tetapi sekarang berubah ke Seremban pulak. Tahun depan dapat berjumpa mereka lagi entah tidak.....
Di halaman rumah Busu Unos
Dari Seremban kami menuju ke Sepang untuk ke rumah ibu mertuaku. Kali ni tak ada pulak gambar sebab semua dah kepenatan. Di kampung, anak-anak saudaraku lah paling gembira dapat bermain bunga api dan mercun di halaman rumah tanpa sebarang sekatan. Betullah..... raya ni untuk budak-budak......tanpa mereka... hambar ajer suasana raya.
Ok. Hari ini kutipan duir raya Iman dan Maryam amat memberangsangkan. Hahaha..... kan dah cakap mak dia mata duitan !!!!! Hahaha.......
P/S : Syukur alhamdulillah masih punya tempat menumpang kasih.....
1 Syawal 1434
Yeah ! Hari ini hari rayaaaa......
Bangun pagi sebelum subuh membantu ibu mertuaku memasak juadah untuk tetamu yang akan datang nanti. Tahun ini kami tidak memasak ketupat, lemang atau nasi impit atau yang seangkatan dengannya. Jemulah... Mana-mana pergi ada jer ketupat lemang nasi impit ni semua. Jadi ibu mertuaku dengan beraninya menukar menu.... lari dari kebiasaan...... tahu kami masak apa? Masak bubur ayam, rendang kerang, rendang itik dan mee hoon goreng. Hah ! Amekkaw!!!! Ada jumpa tak menu ni kat rumah orang lain?
Cerita "haru" di pagi raya. Kami bersolat sunat aidilfitri di rumah sahaja dengan berimamkan Che Abang sebab ketika Che Abang sampai di masjid, masalah parkir dan sembahyang pun telah bermula.
Hari raya pertama kami habiskan masa di rumah menunggu dan menyambut tetamu datang.
Oleh kerana tak berjalan ke mana-mana, kuranglah collection duit raya Iman dan Maryam. Hahaha..... anaknya tak kesah tapi maknya yang mata duitan...... hahaha...... Tapi tak apa, esok masih adaaaa.......

29 Ramadhan 1434
Hari ini hari terakhir bagi Ramadhan tahun ini.
Gembira kerana telah selesaikan rukun Islam yang ketiga dan akan menyambut ketibaan Syawal pula. Dalam gembira ada juga perasaan sedih.... entah dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang entah tidak, sedih juga kerana tidak dapat menmanfaatkan Ramadhan dengan lebih baik lagi kerana leka dengan urusan seharian.
Pada akhir Ramadhan ini kami sekeluarga iaitu keluarga kecilku, ibu mertua, ipar duai dan anak-anak serta keluarga Pakcik Haq berbuka bersama. Oleh sebab keluarga mertua bukan jenis yang huha-huha, jadi tiadalah bising dan riuh rendah menghadap hidangan. Aku pun kontrol ayu jer...... hehehe....
Selepas iftar..... acara malam itu :
1) Solat maghrib dan Isyak berjemaah.
2) Bacaan yassin untuk arwah-arwah ahli keluarga.
3) Takbir.
4) Marhabban.
Sungguh.... terasa nikmatnya bila selesai melakukan pekerjaan di atas. Hilang kerinduan pada arwah mak. Mak, inilah hadiah dari orang untuk mak sempena Ramadhan/Syawal tahun ini. Mak dah tak perlukan lagi baju raya atau duit raya lagi.
P/S : Syukur alhamdulillah ada tempat bergantung dan menumpang kasih.

Persiapan Menyambut Syawal 1434
Kami akan pulang ke kampung Babah untuk menyambut raya. Seperti tahun-tahun sebelumnya lah. Along dan Emi ada jugak menyuarakan hasrat untuk menyambut raya kami adik beradik di rumahku tetapi memandangkan aku masih ada ibu mertua lagi, maka hasrat mereka terpaksa ditangguhkan dahulu. Faham tak maksudku? Bertuah punya menantu !!! Hehehe......
Ok. Sebelum balik kampung.... buatlah beberapa persediaan seperti :
1) Pakaian : Beres.... tema tahun ini : Purple/ Lilac, Pink/ Merah, Hijau dan Kelabu. Purple bukan warna kegemaran aku. Jadi adalah kelainan. Tahun ni aku, Che Abang dan Iman ada 4 pasang baju. Maryam pulak..... ada 5 pasang baju kurung, 2 baju gown dan 3 pasang pansuit. Kenapa banyak sangat baju Maryam? Sebab.... dialah penyeri aidilfitri kami.......
2) Biskut/ kek : Beress.... kali ini kami pergi beli di Azhar Food, Rengit, Batu Pahat. Aku baru "jumpa" tempat ni. Bagus.. semuanya di bawah satu bumbung.... biskut, kerepek, kek, minuman, bunga api.... semua ada......
3) Hiasan rumah : Macam biasa... cuma perlu dibersih dan dikemas. Paling tak menahan.... langsir tahun lepas yang tak siap telah ku sambung jahit dan siap bergantung. Haha... satu kejayaan besar bagi diriku !!!! Che Abang pulak sibuk mengemas pokok-pokok di luar rumah, mencuci longkang dan tembok.
Setelah siap semua pekerjaan, kami pulang ke kampung dua hari sebelum Aidilfitri.
P/S : Tanpa Iman dan Maryam... aidilfitri kami, hambar...... Syukur alhamdulillah dikurniakan nikmat ini....

Akhirnya.... siap jugak langsir ku....
Setelah siap semua pekerjaan, kami pulang ke kampung dua hari sebelum Aidilfitri.
P/S : Tanpa Iman dan Maryam... aidilfitri kami, hambar...... Syukur alhamdulillah dikurniakan nikmat ini....
Monday, July 15, 2013
Suatu hari di Muar
Dua minggu sebelum Ramadhan kami bercadang bawak Iman dan Maryam jalan-jalan. Jalan dekat-dekat aje sudah lah. Apa kata kita pergi Muar?
Oooo Muar atau Muor ni tempat kelahiran saya dan susur galur saya. Jadi, kurang lah sikit level kejakunannya.... hehehe....
Seawal jam 9 pagi kami bertolak ke Muar. Muar-Kluang tak jauh.... lebih kurang 2 marhalah atau 1 jam perjalanan.
Mulanya kami singgah di Pusat Rawatan Islam Al-Muhtadain yang terletak di Sungai Abong untuk rawatan berbekam sunnah.
Selepas itu bermulalah pencarian Mee Bandung. Hah! Pekena jap mee bandung Muar di Tanjung Agas. Sedapnya.... tiada bandingan di tempat lain.
Kemudian kami ke Tanjung Emas. Tempat nostalgia beb ! Teringat masa kecik-kecik.....
Di sini kami bersantai menikmati hembusan bayu sambil menyaksikan Iman dan Maryam bermain, menaiki "river cruise" menyusuri Sungai Muar dan menikmati makanan authentic orang Muor .Perasan ala-ala pelancong gituuu........
Antara pemandangan sepanjang perjalanan menyusuri sungai Muar
P/S : Googlelah untuk dapatkan maklumat dan sejarah tentang Muar (Bandar Maharani) dan signifikannya Sungai Muar ni kepada penduduknya.
Oooo Muar atau Muor ni tempat kelahiran saya dan susur galur saya. Jadi, kurang lah sikit level kejakunannya.... hehehe....
Seawal jam 9 pagi kami bertolak ke Muar. Muar-Kluang tak jauh.... lebih kurang 2 marhalah atau 1 jam perjalanan.
Mulanya kami singgah di Pusat Rawatan Islam Al-Muhtadain yang terletak di Sungai Abong untuk rawatan berbekam sunnah.
Selepas itu bermulalah pencarian Mee Bandung. Hah! Pekena jap mee bandung Muar di Tanjung Agas. Sedapnya.... tiada bandingan di tempat lain.
Kemudian kami ke Tanjung Emas. Tempat nostalgia beb ! Teringat masa kecik-kecik.....
Di sini kami bersantai menikmati hembusan bayu sambil menyaksikan Iman dan Maryam bermain, menaiki "river cruise" menyusuri Sungai Muar dan menikmati makanan authentic orang Muor .
Iman dan Maryam di Tanjung Emas
Chewah! Anak dara saya berposing.....
Iman di hadapan bot "Muar River Cruise"
Apsal monyok? Mabuk laut ker?
3 selonggok.....
Antara pemandangan sepanjang perjalanan menyusuri sungai Muar
Istana Hinggap Sultan Johor di Muar
Jambatan Kedua menghubungkan Muar-Melaka
Antara taman permainan yang ada di sini
Iman di atas lokomotif pertama Muar yang kini menjadi bahan sejarah
Gambar penuh lokomotif
Seperti biasa, Iman tak nak balik. Seronok sangat bermain dan berkejaran. Ok lah.... nanti raya kita datang lagi ke Muor sambil menziarah saudara-mara yang masih ada, ya.
P/S : Googlelah untuk dapatkan maklumat dan sejarah tentang Muar (Bandar Maharani) dan signifikannya Sungai Muar ni kepada penduduknya.
Melatih Iman berpuasa
Sebelum kedatangan Ramadhan, kami banyak berbual-bual tentang kelebihan Ramadhan dan Iman berkobar-kobar nyatakan azamnya nak berpuasa. Kami iyakan ajer....
Kami tidaklah mengharapkan Iman untuk berpuasa penuh sebulan sebab kami sedia maklum setakat mana keupayaannya untuk melakukan ibadah berpuasa.
Untuk pengetahuan, Iman masih lagi menyusu botol. Sehari 3-4 kali. Makan nasi 2-3 hari sekali. Amat memilih makanan. Kesukaannya nasi goreng telur atau nasi + telur mata + ikan bilis goreng + kicap. Setiap hari makanan pilihannya ialah roti.... tak kira apa... janji roti! Jadi, macam manalah nak ajar dia makan makanan yang seimbang sebagai persediaan berpuasa?
Hari pertama puasa adalah cuti umum di tempat kami. Saya cuba mengajar Iman berpuasa. Iman bangun bersahur jam 5 pagi dengan meminum sebotol susu + sekeping roti peanut butter sandwich dan janji berpuasa sampai ke waktu zohor.
Rupa-rupanya banyak drama nak sampai ke waktu zohor itu.
1) Jam 10 pagi dia dah merengek minta susu. Saya suruh bersabar... bagilah dia main komputer supaya dia leka.
2) Jam 11 tengahari lebih sikit, dia merengek lapar... nak susu jugak. Saya pujuk tunggu ke Zohor. Tiba-tiba terdengar suaranya mengalunkan azan. Terus dia berkata, "Mama, dah azan.... dah boleh bukak puasa". Hahaha.....
3) Jam 12 tengahari lebih sikit, dia merengek lagi..... lapar..... nak susu.... Saya pujuk minta dia bersabar. Suruh dia baring, tengok tv, main game atau apa saja yang dia suka. Tiba-tiba dia kata, "Mama, Iman tak nak masuk syurga ... tak apalah masuk neraka..... Iman lapar, nak makan, nak susu". Alahai.... kesian anak aku.....
4) Jam 1 tengahari lebih sikit.... dia dah merapu-rapu bercakap.... nak makan lempeng lah, nak roti jala lah, nak donut lah, nak sandwich lah, nak milo ice blended lah.....
5) Lepas zohor aje, saya terus sediakan dia makanan. Dia makan sepinggan nasi goreng, 6 keping nugget, 2 botol air Yakult, sebotol penuh susu dan secawan air ribena. Mak aiiii...... kesian, dia betul-betul kelaparan.
Pengamatan saya : Anak saya belum lagi bersedia untuk berpuasa!!
Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh ajar anak berumur 7 tahun untuk bersolat..... bukannya berpuasa, kan? Bagilah anak masa. Insya allah kalau anak semakin membesar dan bersolat secara automatik dia akan ikut berpuasa. Ada ke orang yang bersolat tapi tak puasa (tanpa sebab munasabah)?Biasanya kita dengar orang puasa tapi tak solat.
Saya tak rasa terkilan pun bila dengar si polan tu bercerita "oh anak saya puasa penuh" atau si polan ni pulak bercerita "alah, anak saya cuma tak puasa beberapa hari aje". Anak saya, saya tahulah di mana kekuatan dan kelemahan dia........
Ramadhan tahun ini Iman hanya dapat merasa nikmat bersolat terawih+ main di masjid tanpa melalui ibadah puasa di siang hari. Tahniah anakku !!!!
Kami tidaklah mengharapkan Iman untuk berpuasa penuh sebulan sebab kami sedia maklum setakat mana keupayaannya untuk melakukan ibadah berpuasa.
Untuk pengetahuan, Iman masih lagi menyusu botol. Sehari 3-4 kali. Makan nasi 2-3 hari sekali. Amat memilih makanan. Kesukaannya nasi goreng telur atau nasi + telur mata + ikan bilis goreng + kicap. Setiap hari makanan pilihannya ialah roti.... tak kira apa... janji roti! Jadi, macam manalah nak ajar dia makan makanan yang seimbang sebagai persediaan berpuasa?
Hari pertama puasa adalah cuti umum di tempat kami. Saya cuba mengajar Iman berpuasa. Iman bangun bersahur jam 5 pagi dengan meminum sebotol susu + sekeping roti peanut butter sandwich dan janji berpuasa sampai ke waktu zohor.
Rupa-rupanya banyak drama nak sampai ke waktu zohor itu.
1) Jam 10 pagi dia dah merengek minta susu. Saya suruh bersabar... bagilah dia main komputer supaya dia leka.
2) Jam 11 tengahari lebih sikit, dia merengek lapar... nak susu jugak. Saya pujuk tunggu ke Zohor. Tiba-tiba terdengar suaranya mengalunkan azan. Terus dia berkata, "Mama, dah azan.... dah boleh bukak puasa". Hahaha.....
3) Jam 12 tengahari lebih sikit, dia merengek lagi..... lapar..... nak susu.... Saya pujuk minta dia bersabar. Suruh dia baring, tengok tv, main game atau apa saja yang dia suka. Tiba-tiba dia kata, "Mama, Iman tak nak masuk syurga ... tak apalah masuk neraka..... Iman lapar, nak makan, nak susu". Alahai.... kesian anak aku.....
4) Jam 1 tengahari lebih sikit.... dia dah merapu-rapu bercakap.... nak makan lempeng lah, nak roti jala lah, nak donut lah, nak sandwich lah, nak milo ice blended lah.....
5) Lepas zohor aje, saya terus sediakan dia makanan. Dia makan sepinggan nasi goreng, 6 keping nugget, 2 botol air Yakult, sebotol penuh susu dan secawan air ribena. Mak aiiii...... kesian, dia betul-betul kelaparan.
Pengamatan saya : Anak saya belum lagi bersedia untuk berpuasa!!
Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh ajar anak berumur 7 tahun untuk bersolat..... bukannya berpuasa, kan? Bagilah anak masa. Insya allah kalau anak semakin membesar dan bersolat secara automatik dia akan ikut berpuasa. Ada ke orang yang bersolat tapi tak puasa (tanpa sebab munasabah)?
Saya tak rasa terkilan pun bila dengar si polan tu bercerita "oh anak saya puasa penuh" atau si polan ni pulak bercerita "alah, anak saya cuma tak puasa beberapa hari aje". Anak saya, saya tahulah di mana kekuatan dan kelemahan dia........
Ramadhan tahun ini Iman hanya dapat merasa nikmat bersolat terawih
Subscribe to:
Posts (Atom)