Kami bertolak dari hotel penginapan selepas waktu Isyak menuju ke Arafah. Sebelum bertolak, jemaah diarahkan oleh pihak TH untuk melakukan solat jamak tamam. Perjalanan ke Arafah berjalan lancar dan sejam kemudian kami selamat sampai di Arafah.
Wukuf di Arafah :
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)
WAKTU WUKUF
Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.
Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"
Syukur alhamdulillah.... hari wukuf untuk musim kali ini jatuh pada hari Jumaat dan digelar Haji Akhbar. "Ya Allah, ya tuhanku jadikanlah haji yang mabrur, dosa yang diampunkan dan usaha yang dipuji, amalan soleh yang diterima dan perniagaan yang tidak rugi". AAmeeen...
Berikut adalah gambar-gambar sekitar khemah jemaah Malaysia sebelum dan selepas waktu wukuf. Maaf, tiada gambar semasa waktu wukuf kerana jemaah sedang sibuk beribadat. Solat, berdoa, berzikir dan membaca al-quran antara ibadah yang amat dituntut sepanjang waktu wukuf ini.
Masih di perkarangan hotel. Sebelum bas bergerak ke Arafah.
Suasana di dalam bas menuju Arafah
Di dalam bas menuju Arafah. Apalah yang difikirkan tu?
Makan malam di dalam khemah
Waktu dinihari di dalam khemah
Dinihari yang sejuk. Jemaah membungkus diri dengan kain ihram
Sarapan pagi di dalam khemah
Dari kanan : Pakngah, Jaafar dan ?
Kanda yang dikasihi
Lorong di antara khemah
Aku dan Maklong Zaleha @ Haminah
Stor air minuman dan makanan milik pihak muassasah
Bumi Arafah di waktu pagi (lebih kurang jam 8-9)
Kanda berlatar belakangkan gunung dan langit pagi di Arafah
Jemah negara lain berkhemah di hadapan khemah jemaah Malaysia.
Jom naik unta!!! SR30 ajer....
Suasana di dalam khemah jemaah lelaki
Tidur sementara menantikan waktu zohor
Sesikat pisang di tanah Arafah. Jemput makan...
Selepas waktu Isyak. Bersiap sedia untuk menaiki bas untuk ke Muzdalifah
Jemaah yang keletihan namum masih bersemangat....
Di sebalik tirai besi.....
Bersabar menanti giliran menaiki bas
No comments:
Post a Comment