Friday, December 16, 2011

Pengalaman haji 2006M/1426H (Bhgn 9 : Mina)

Satu lagi perkara wajib haji iaitu melontar jamrah bermula tengah malam waktu tempatan 10 Zulhijjah. Bermula dengan melontar Jamratul Aqabah, jemaah akan melontar diikuti di Jamratul Ula dan Wusta selepas gelincir matahari pada 11 Zulhijjah. Semua jemaah Malaysia selamat tiba di Mina waktu dinihari pada malam 9 Zulhijjah. Dalam perjalanan itu mereka bermalam sebentar di Muzdalifah bagi mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah pada Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Ritual itu dilakukan bermula selepas gelincir matahari sehingga terbenam matahari.

Semua jemaah Malaysia akan berulang-alik dengan berjalan kaki dari tempat mereka bermalam di Mina ke Kompleks Jamrah sejauh hampir empat kilometer untuk melaksanakan wajib haji itu.

Kompleks Jamrah setinggi tiga tingkat terletak kira-kira 21.9 kilometer dari Padang Arafah dan tujuh kilometer dari Mekah. Pembinaan sedang rancak dijalankan untuk menjadikan kompleks Jamrah setinggi lima tingkat.


Berikut adalah gambar-gambar semasa diMina iaitu didalam kawasan khemah jemaah Malaysia.. Kami meninggalkan Mina selepas Zuhur hari tasyrik 13 Zulhijjah.



Suasana didalam khemah jemaah lelaki Malaysia













































































Pengalaman haji 2006M/1426H (Bhgn 8 : Muzdalifah)

Berikut adalah gambar-gambar semasa mabit di Muzdalifah. Di sini jemaah akan mengutip anak-anak batu sebanyak 28 biji untuk tujuan melontar di ketiga-tiga Jamrah. Wajib berada di sini sehingga lepas tengah malam sebelum bertolak ke Mina.



Jemaah sibuk mengutip anak-anak batu utk melontar di Jamrah


Sesudah mengutip anak-anak batu. Berehat sambil menantikan waktu berlepas dari Muzdalifah.


Mabit dulu ya para jemaah Malaysia....


Sikit punya terang! Tak perlu gunalampu suluh lagi dah!


Jemaah sudah mulai merasa sejuk terutama setiap kali angin bertiup


Menggigil kesejukan ..... sejadah pun boleh jadi selimut !


Menanti kedatangan bas utk membawa jemaah ke Mina


Ramainya orang....


Unggun api dibakar untuk memanaskan badan dan suasana. Macam gi camping pulak...


Tertidur di dalam kedinginan malam di sisi unggun api menantikan kedatangan bas

Pengalaman haji 2006M/1426H (Bhgn 7 : Arafah)

Kami bertolak dari hotel penginapan selepas waktu Isyak menuju ke Arafah. Sebelum bertolak, jemaah diarahkan oleh pihak TH untuk melakukan solat jamak tamam. Perjalanan ke Arafah berjalan lancar dan sejam kemudian kami selamat sampai di Arafah.

Wukuf di Arafah :

Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

WAKTU WUKUF
Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.

Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.

Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"

Syukur alhamdulillah.... hari wukuf untuk musim kali ini jatuh pada hari Jumaat dan digelar Haji Akhbar. "Ya Allah, ya tuhanku jadikanlah haji yang mabrur, dosa yang diampunkan dan usaha yang dipuji, amalan soleh yang diterima dan perniagaan yang tidak rugi". AAmeeen...

Berikut adalah gambar-gambar sekitar khemah jemaah Malaysia sebelum dan selepas waktu wukuf. Maaf, tiada gambar semasa waktu wukuf kerana jemaah sedang sibuk beribadat. Solat, berdoa, berzikir dan membaca al-quran antara ibadah yang amat dituntut sepanjang waktu wukuf ini.



Masih di perkarangan hotel. Sebelum bas bergerak ke Arafah.


Suasana di dalam bas menuju Arafah


Di dalam bas menuju Arafah. Apalah yang difikirkan tu?


Makan malam di dalam khemah


Waktu dinihari di dalam khemah


Dinihari yang sejuk. Jemaah membungkus diri dengan kain ihram




Sarapan pagi di dalam khemah




Dari kanan : Pakngah, Jaafar dan ?


Kanda yang dikasihi


Lorong di antara khemah


Aku dan Maklong Zaleha @ Haminah


Stor air minuman dan makanan milik pihak muassasah


Bumi Arafah di waktu pagi (lebih kurang jam 8-9)


Kanda berlatar belakangkan gunung dan langit pagi di Arafah


Jemah negara lain berkhemah di hadapan khemah jemaah Malaysia.


Jom naik unta!!! SR30 ajer....





















Suasana di dalam khemah jemaah lelaki


Tidur sementara menantikan waktu zohor


Sesikat pisang di tanah Arafah. Jemput makan...


Selepas waktu Isyak. Bersiap sedia untuk menaiki bas untuk ke Muzdalifah


Jemaah yang keletihan namum masih bersemangat....


Di sebalik tirai besi.....


Bersabar menanti giliran menaiki bas

Thursday, December 15, 2011

Crab kimchi

Minggu lepas ahkak nonton "1 day 2 nights" channel KBS World. Ni program tv peberet kami sekeluarga... Dalam program ni, ahkak suka sekali kat si budak chomel tu... saper lagi... Lee Suenggi ler !!! Babah pulak suka dengan Kang Ho-dong tapi Ho-dong dah blah dari program tu. Iman pulak suka dengan Lee Suenggi dan Kang Hodong..... Adik Ayesha suka saper pulak? Hehehe...

Berbalik pada citer minggu lepas... Temanya "Kimchi Road" diorang (Lee Suenggi, Uhm Taewoong, Eun Jiwon, Lee Sugeun dan Kim Jongmin) ada misi mencari kimchi dari beberapa tempat. Kimchi ada 200 jenis. Banyak nyer.... Dalam banyak-banyak tu, ahkak tingin pulak nak makan "Crab Kimchi". Dalam citer ni, Jiwon ditugaskan membawa balik "crab kimchi" tu....

Ahkak terliur....... ngenches !!!

Ni hah rupa crab kimchi tu :


Ni resipi dari macit gugel. Korunk translate sendiri yek....

1 cup soy sauce
1 ginger root finely julienned
4-6 cloves garlic julienned
2 TB (or more) korean dried chili powder
4 blue crabs - you pull the bodies out of the shell (choosing them are important as many people value the "egg" or orangy insides - which are only in the females.) and leaving and cutting the body in half. Some people like to break off the smaller legs, but generally leave them whole. you want to buy them LIVE and super fresh - otherwise it doesn't taste good.

Mix the first four ingredients together. Then pour over your crabs and leave to marinate....some people like the "fresher" taste and eat after 1 day and some prefer to wait longer.

Note : Be forewarned - you want to eat the ones at restaurants made out of SEA crabs - NOT freshwater - as they often carry lots of parasites.


P/S : Minggu ni kita gi cari ketam nooo....

Cbox & Birthday ticker

Hari ni ahkak sangat suka hati......

Apsal???? .....Dengan bangganya ahkak nak umumkan yang ahkak dah berjaya mempublishkan cbox dan birthday ticker dlm blog ni. 2-3 bulan gak ahkak memikirkan camaner nak buat dengan benda alah tu. Akhirnya... ahkak berjaya... ya..... berjaya ! Horrey !!!!!!

Hahaha.... hehehe...hohoho.... gelak sakan sampai lupa sebut alhamdullilah....

Alhamdullilah ya allah... terima kasih ya allah kerana mengilhamkan kepada ku....

Kalau ada yang nak berborak dengan ahkak... ahkak ok ajer.... tapi kalau tak nak, tak apa.... Tapi, terima kasih pada korunk yang sudi mampir "blog bodo-bodo" ahkak ni.... maklum ler bukan pro.... hehehe..... Merendah diri lah pulak.... kihkihkih...

Wednesday, December 7, 2011

Bukan ...bukan... bukan...

Bukan menghilangkan diri...

Bukan menghaibkan diri...

Bukan menyepikan diri...

Bukan merajuk....

Bukan sakit....

Bukan sudah tidak ujud lagi....

Semuanya bukan....



Alhamdullilah, saya masih hidup sihat cuma batas waktu ajer yang semakin sempit...

Alhamdullilah, Muhammad Iman sudah semakin sihat. Sejak dua minggu lalu dia tak sihat. Mula-mula kena chicken pox, lepas tu demam panas yang berpanjangan. Kali ni saya merawat sendiri Muhammad Iman di rumah, tak larat nak masukkan dia ke hospital. Yelah, kalau Iman masuk hospital, siapa nak jaga Ayesha pulak, kan? Ayesha alhamdullilah sihat. Malahan semakin sihat....

Selepas Muhammad Iman, kanda pulak kena chicken pox ! Alahai... orang tua kena lagi susah dari budak kecik!!! Saya tak tahu samada saya dah kena chicken pox atau tidak.... jadi sebagai langkah berjaga-jaga saya balun lah air kelapa banyak-banyak. Hahaha....

Kemudian keluarga mertua 4 generasi pulak berkunjung ke rumah. Ni kali pertama nenek Kanda datang ke rumah cucunya. Rombongan Wak Nap kaedah nyer.... heheheh.... Diorang berkunjung selama 3 hari 2 malam. Penat oo layan tetamu..... dari pagi hingga ke malam asik ler Tuan Tanah duduk dapur. Tak kering kuku....

Nantilah... slow-slow saya hapdet belog ni...


P/S Oh ya... hari ni saya dapat note dari Muhammad Iman. Dia tulis "I LOVE MOM". Gembiranya saya....