Saturday, July 28, 2012

Senyum itu penawar duka.....




Budak kecik ni suka senyum.....

Panggil nama.... dia senyum.....

Beri salam.... dia balas dengan senyuman....

Diagah ...... dia tersengih-sengih tayang gusi.....

Selesai menyusu, selesai mandi..... dia hadiah  senyuman..... 

Sejuk hati mama dan babah melihatnya.....






Thursday, July 19, 2012

Kisah langsir bukan langsuir....

Nak citer pasal langsir bukan langsuir yek....

Disember 2011..... Merancang nak tukar (maksudnya beli dan jahit) langsir baru..... Sajer jer nak buat persediaan awal  menyambut Ramadhan dan Syawal tahun depan...... Semangat giler !

Februari 2012...... semangat aku luntur ! Tak koser aku nak buat langsir baru.....

Tiba-tiba.... Julai 2012..... semangat aku datang balik ! Kanda, dinda nak tukar langsir barulah..... dah 2 tahun tak buat langsir baru..... Kanda kata, " Iyer laa dinda.... nanti kanda beri duit.... berapa cukup?" Hehehe ..... Pucuk dicita, ulam mendatang.....

Plan aku cuma nak buat langsir "siang" untuk tingkap-tingkap di ruang tamu.... materialnya biarlah yang tebal sikit supaya dapat menahan cahaya matahari. Langsir siang akan kuhiasi dengan "anak langsir" yang sedia ada. Aku pulak tak minat nak gunakan konsep langsir malam. Padaku, kalau ada langsir malam, nanti dalam rumah akan terasa gelap biarpun pada waktu siang hari.

Hari ni..... aku bawak Kak Zie dan Yati pergi ke MK Curtain di Air Hitam iaitu kira-kira 20 minit dari rumah kami. Kat Kluang tak ada kedai jual langsir ker? Kihkihkih...... Ada, baaanyaaaak ..... Kalau boleh aku nak gi JB aje..... biar panjang sikit langkah! Hehehe....



Di MK Curtain..... banyak nya pilihan..... rambang mata dibuatnya..... Disebabkan aku dah set fikiran nak pilih warna apa dan berapa budget semeter...... maka tak lah susah sangat nak buat keputusan....

Aku berkenan sungguh dengan langsir yang berharga RM49.90 semeter tu. Sampai laa ni asik terkenang ....hehehe..... hamboi ! Tak nak mengalah..... hehehe....

Realiti nya,  aku hanya mampu membeli langsir yang berharga RM19.90 semeter ajer. Penat menawar dapatlah turun harga hingga RM13 semeter. Aku nak beli tak lah banyak...... cuma 25 meter ajer !

Tapi, cuba kirakan.... kalau aku ambik yg RM49.90 semeter tu..... RM49.90 X 25 meter =  Baper hek?...... perghhhh.... larik budget aku.... Itulah, kalau laptop aku tak rosak aritu dan aku tak buat rawatan terapi ozone, mungkin sekarang ni aku tengah duduk tersengih menatap langsir idamanku....... hehehe...... Berangan lagik...

Ok. Esok boleh mula jahit.......


P/S :  Sori arrr..... aku tak ambik tempahan...... aku ni cuma tukang jahit langsir "syok sendiri" aje.... hehehe....







Nak rasa gembira atau sedih ?

Wah ! Tajuk.... tak menahan....... main ngan perasaan gamaknya...... Hehehe.....

Seminggu laptop ku rosak..... hard disk nya tu laa..... Hantar kedai suh repair, kenalah RM270.00 baru ok. Disebabkan dah seminggu tak hidup di alam maya, maka semalam aku cam lepas gian lak....... kena plak budak-budak tu dah tidur..... maka, dengan semangat yang berkobar-kobar,  ku gugel ke hulu..... ku gugel ke hilir laa..... hehehe.....

Entah  macam mana, lain yang ku cari, yang pulak yang ku jumpa..... satu pertemuan yang tak ku duga..... Reaksi ku? Aku keliru.... gembira dapat menatap wajahnya yang dah hampir 6 bulan tak jumpa dan pada masa yang sama rasa sedih sebab kerinduan yang tak bertepi ni.....

Dah besar dah dia..... begitu rupanya sekarang..... Ku tunjukkan gambarnya  kepada Iman, ku tanya Iman kenal tak siapa dalam gambar ni? Kesian.... Iman dah tak kenal seraut wajah itu lagi..... sedangkan wajah itulah yang pernah dia rindui satu ketika dahulu....

Sekeping gambar membawa 1000 cerita.... dari gambar itu kelihatannya dia sungguh gembira, sihat dan cerdik. Ku katakan kepada diriku.....  "tak apa laa.... tak apa laaa..... Allah mengetahui dan merancang apa yang terbaik buat kami semua". Doaku semoga dia terus membesar dengan sihat, gembira dan cerdik. menjadi muslimah yang sejati. Walaupun dia tidak bersama aku lagi dan tidak lagi mengenaliku.... bagiku, .... tak apa laa... tak apa laa... dan  hatiku akan tetap bersamanya......


Jadi, aku pilih untuk merasa gembira...... gembira melihat mereka gembira......



Sekadar hiasan.... gambar ehsan dari Wak Gugel....
















Friday, July 13, 2012

Aksi Akiko

Semasa di majlis perkahwinan Nurhafizah


Fuyoooo... anak dara tido ada style laaaa.....


Belajar senyum.....


Fikir apa lah agaknya tu?



Eh! Termenung lah pulak.....





Majlis Perkahwinan Nurhafizah & Fakri

Nurhafizah ni antara sepupu aku yang paling "kecik" (muda). Alhamdulillah... dia dah selamat melangsungkan majlis  pernikahan dan perkahwinan dengan Encik Fakri pada 23hb dan 24hb Jun 2012 yg lalu.




Seri pengantin.... selepas majlis nikah...

Doa Untuk Pengantin
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~


Majlis Berinai di rumah pengantin

Sebelah malamnya, sebelum majlis berinai..... kedatangan pengantin lelaki disambut dengan paluan kompang, pertunjukan bunga api (orang Melaka... biaser ler....) dan selawat-selawat dari kumpulan hadrah. Nak meriahkan lagi majlis.... ada ler.... "makcik-makcik kepoh" termasuk aku ler........ hehehe....jadi jurutol kat pintu  masuk rumah...... Paling tak menahan, nak dapat duit tol kena jual pantun dulu. Pantun aku bunyi gini :

"Tengok wayang, citer "Anu Dalam Botol", 
Nak masuk, bayau ler tol"..... hehehe....

 Ok apa?? Dapat gak aku RM5 ..... hehehe...

Pastu pantun kedua aku :

"Pakai jubah, pakai tarbus,
Dah bayau, masuk jalan ler terusss"...... hehehe.....

. Dalam seronok-seronok tu... lupa lah nak ambik gambo.....


Majlis persandingan 

Esoknya, majlis persandingan berlangsung di Dewan MBMB Ayer Keroh. Acaranya...... paluan kompang menyambut pengantin, tetamu dihiburkan dengan tarian tradisional dan moden dari penari-penari cilik dan acara memotong kek.  Makanan untuk tetamu...... cam biasa laa....... set nasi beriani dan lauk pauknya yg seangkatan tu..... tapi yang paling best ialah masak sambal tempoyak pucuk ubi dan kerabu mangga............ 3 kali aku tambah makan..... hehehe....... Sori arr.... gambo tak ada..... lupa nak ambik....


Mak Uda Mila, Aku, Akiko, Makcik Adah, Afiq dan Iman

Seronok jugak dapat jumpa sedara-mara jauh dan dekat..... iyalah kalau tak ke majlis seperti ni, jarang dapat jumpa sebab masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing, kan?



KakNur, Kakngah ucapkan selamat pengantin baru.... selamat menempuh hidup baru.... 







Thursday, July 5, 2012

Khabar kami.....


Alhamdulillah kami sekeluarga sihat dan gembira.....

Sebenarnya banyak benda nak dicatatkan... banyak cerita gembira yang disellitkan dengan sebuah cerita yang meyesak jiwa.....

Akiko juga semakin membesar...... semakin menuntut perhatian.... dan semakin manja....  :)

Iman.... melalui hari-hari yang menggembirakan hatinya iaitu dah dapat set permainan "Domino Tornado" yang dibeli di "Toys r Us". Dah 2,3 bulan Iman idamkan permainan ni....



Bila senang-senang, nak citer pasal science experiment si Iman. Anak saya yang sorang tu sangat obsess ngan tornado...... Nantilah.....