Tuesday, November 12, 2013

Iman dan tilawah Al-quran

 Ustazah di Sekolah Agama telah memilih Iman untuk mewakili peserta Darjah Satu untuk pertandingan tilawah Al-quran peringkat Tahap 1, Sekolah Agama Bandar Kluang.

Selepas melalui pusingan saringan, Iman berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir bersama 11 peserta lain. Dalam peringkat akhir, Iman dikehendaki membacakan ayat dari Surah Al-A'raf ayat 1-7. Iman diberi masa seminggu untuk bersedia. Dengan bantuan guru mengaji Ustazah Yati ,  tempoh seminggu berjaya dimanfaatkan. 

Pada hari pertandingan, alhamdulillah Iman kelihatan tenang, bersemangat dan bersedia. Katanya... apa nak takut... macam mengaji kat rumah aje. Hehehe.... bertuah punya anak ! Kalau mama di tempat Iman, mau ketaq lutut dan tak keluar suara !


Qari cilik, Muhammad Iman 


Keputusan diumumkan.... Johan tilawah tahap 1 Sekolah Agama Bandar Kluang jatuh kepada pelajar perempuan Darjah 2 (lupa namanya !) dan Naib Johan jatuh kepada Muhammad Iman. 

Kelakarnya, Iman blurr-bblurr.... tak faham apa yang sedang berlaku. Ini hadiahnya, iaitu sebuah trofi, bekas makanan (tipuware... hehehe) dan wang tunai RM10.00 Jadi lah.... buat kenangan. Duit tu boleh disimpan dalam Tabung Haji kan, Iman ?


Hadiahnya....




Ustazah di sekolah agama mencadangkan :
1) Hantar Iman ke sekolah tahfiz
2) Mewakili sekolah untuk pertandingan antara sekolah.


Masya Allah ! Terkejut mama..... Ustazah, anak saya kecik lagi.... banyak benda dia tak tahu lagi.... saya dan dia tak bersedia lagi eh.......




P/S : Walaubagaimanapun, mama dan babah amat berbangga dengan keberanian dan pencapaian Iman. 









Monday, November 11, 2013

Iman "naik" Al-Quran

Iman mula diajar mengenal huruf-huruf al-quran sejak usianya 3 tahun lebih. Tapi biasalah... anak belajar mengaji dengan emak memang banyak kerenah.... mengaji 1 hari, cuti 3 hari. Jadi, mama ambil keputusan hantar Iman belajar mengaji dengan Ustazah Yati.

Ustazah Yati ni kalau mengajar al-quran amat mementingkan sebutan makhraj huruf dan tajwid. Belajar mengaji seminggu 4 hari, 3 hari cuti. Dalam setahun, ustazah cuti mengajar selama 2 bulan iaitu ketika bulan Ramadan dan Syawal.

Iman mengaji Iqra sejak usia 5 tahun. Dalam masa 8 bulan, selesai IQRA 1-6.


Selepas itu, sambung belajar membaca muqaddam. 

Syaaban tahun ini, Iman selesai baca muqaddam. Ustazah kata selepas Syawal nanti Iman akan mula membaca al-quran. 

Mama sediakan al-quran ini untuk Iman. Al-quran ini adalah milik Babah yang Babah terima dari kerajaan Arab Saudi sebagai cenderahati ketika menunaikan fardhu haji pada tahun 2006 dahulu. Iman.... belajar, baca dan manfaatkan lah al-quran ini,  ya.......

Warisan dari Babah untuk Iman


Sempena "naik" quran, Ustazah mencadangkan mama membuat sedikit pulut kuning untuk diberikan kepada jiran tetangga sebagai tanda kesyukuran. 


Pulut kuning kesyukuran untuk jiran tetangga



Mama dan Babah doakan semoga Iman dipermudahkan membaca Al-quran.... suka membaca al-quran dan tafsirnya..... menjadikan al-quran sebagai pedoman hidup. Aameen.....









Suatu malam di McDonald's

Ni cerita bulan lepas. Baru sekarang ada mood nak bercerita.

Malam Sabtu.
Duduk rumah.
Cerita tv yang membosankan.
Nak tidur, awal lagi. Baru pukul 10 malam.

Tiba-tiba..... jom kita jalan-jalan, pusing-pusing bandar.

Akhirnya kami singgah di McDonald's Jalan Batu Pahat.
Makan dan makan lagi.
Iman suka lah datang sini... nak main slide katanya. 
Maryam, tak kisah... janji dapat jalan. Hehehe....

Ni first time Maryam main slide.
Iman ajar dia 2-3 kali .... terus dia dah boleh main sendiri.
Maryam ni memang jenis cepat belajar sesuatu perkara.




 Slow-slow, Adik !




 Dah boleh main sendiri. Adik berani !



Kami lepak di situ sampailah Iman dan Maryam penat.

Balik rumah.... .zzzzz. Selamat malam semua.



P/S : Anak-anak gembira.... mama dan babah tumpang gembira......





Monday, October 28, 2013

Bertemu setelah lama terpisah

Jemputan makan-makan, sembang-sembang santai di rumah Asri dan Zaliza di Prima Saujana, Kajang, Selangor pada hari Sabtu, 26hb Oktober 2013. 


Ada kawan-kawan yang aku tak pernah jumpa lebih dari 12- 15 tahun. Selepas HELM tutup pada 2001, masing-masing membawa haluan sendiri. Bumi Allah ni kan luas..... rezeki Allah yang beri.....

Bertemu dengan mereka semula, tak terasa pernah terpisah lama. Masing-masing masih mesra seperti dahulu. Yang berbeza cuma usia aje...

Bertemu begini,  kembali mengusik kenangan lama semasa di HELM. Kalaulah masa boleh berulang kembali maunya aku kekal di tahun 1989-1999 kerana itulah zaman yang paling indah dan seronok dalam hidup ku. Selepas tahun 1999 suasana kerja dan politik di HELM berubah dan kami turut terkesan. Sedih bila seorang demi seorang pergi.... aku antara yang masih bertahan sehinggalah HELM tutup pada 2001.


HR-PR team suatu ketika dahulu kembali bertemu




Semoga ukhwah kami terjalin kembali dengan adanya pertemuan seperti ini lagi.

Terima kasih Asri dan Zaliza kerana menganjurkan pertemuan ini.













Tuesday, August 13, 2013

2 Syawal 1434

Yeah ! Hari raya lagiiiiiii......

Masih di kampung. Hari ni aku ditugaskan memasak secara solo. Menu hari ini.... laksa asam atau laksa penang. Senang bah itu ! 2 jam di dapur... beressssss.....

Hari ini hari yang aku tunggu-tunggu sebab hari ini giliran beraya di "sebelahku". Kami adik beradik akan berkumpul di rumah Pakngah di Cheras. Beginilah nasib anak-anak yatim piatu seperti kami.... menumpang kasih dengan pak saudara....


 Tak ramai... tapi tetap meriah !


Acara makan-makan tak gempak. Acara beri duit raya yang paling gempak. Riuh rendah, bising ! Anak-anak ok ajer..... orang tua pulak yang kecoh. Nak-nak pulak ada mak mata duitan. Aku ler tuuuuu..... hehehe.....


Duit raya time. Riuh rendah macam tongkang nak pecah !!!

Anugerah Bapa Penyayang 2013 jatuh kepada.......


Dari Cheras, kami menuju ke Seremban untuk menziarah saudara tua seperti keluarga Cik Mamat, Mak Yah dan Busu Unos. Dulu kami berjumpa di setiap hari raya di Muar tetapi sekarang berubah ke Seremban pulak. Tahun depan dapat berjumpa mereka lagi entah tidak.....


Di halaman rumah Busu Unos


Dari Seremban kami menuju ke Sepang untuk ke rumah ibu mertuaku. Kali ni tak ada pulak gambar sebab semua dah kepenatan. Di kampung, anak-anak saudaraku lah paling gembira dapat bermain bunga api dan mercun di halaman rumah tanpa sebarang sekatan. Betullah..... raya ni untuk budak-budak......tanpa mereka... hambar ajer suasana raya.

Ok. Hari ini kutipan duir raya Iman dan Maryam amat memberangsangkan. Hahaha..... kan dah cakap mak dia mata duitan !!!!! Hahaha.......  



P/S : Syukur alhamdulillah masih punya tempat menumpang kasih.....






1 Syawal 1434

Yeah ! Hari ini hari rayaaaa......

Bangun pagi sebelum subuh membantu ibu mertuaku memasak juadah untuk tetamu yang akan datang nanti. Tahun ini kami tidak memasak ketupat, lemang atau nasi impit atau yang seangkatan dengannya. Jemulah... Mana-mana pergi ada jer ketupat lemang nasi impit ni semua. Jadi ibu mertuaku dengan beraninya menukar menu.... lari dari kebiasaan...... tahu kami masak apa? Masak bubur ayam, rendang kerang, rendang  itik dan mee hoon goreng. Hah ! Amekkaw!!!! Ada jumpa tak menu ni kat rumah orang lain?

Cerita "haru" di pagi raya. Kami bersolat sunat aidilfitri di rumah sahaja dengan berimamkan Che Abang sebab ketika Che Abang sampai di masjid, masalah parkir dan sembahyang pun telah bermula.

Hari raya pertama kami habiskan masa di rumah menunggu dan menyambut tetamu datang.

Oleh kerana tak berjalan ke mana-mana, kuranglah collection duit raya Iman dan Maryam. Hahaha..... anaknya tak kesah tapi maknya yang mata duitan...... hahaha...... Tapi tak apa, esok masih adaaaa.......






29 Ramadhan 1434

Hari ini hari terakhir bagi Ramadhan tahun ini.

Gembira kerana telah selesaikan rukun Islam yang ketiga dan akan menyambut ketibaan Syawal pula. Dalam gembira ada juga perasaan sedih.... entah dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang entah tidak, sedih juga kerana tidak dapat menmanfaatkan Ramadhan dengan lebih baik lagi kerana leka dengan urusan seharian.

Pada akhir Ramadhan ini kami sekeluarga iaitu keluarga kecilku, ibu mertua, ipar duai dan anak-anak serta keluarga Pakcik Haq berbuka bersama. Oleh sebab keluarga mertua bukan jenis yang huha-huha, jadi tiadalah bising dan riuh rendah menghadap hidangan. Aku pun kontrol ayu jer...... hehehe....

Selepas iftar..... acara malam itu :

1) Solat maghrib dan Isyak berjemaah.
2) Bacaan yassin untuk arwah-arwah ahli keluarga.
3) Takbir.
4) Marhabban.

Sungguh.... terasa nikmatnya bila selesai melakukan pekerjaan di atas. Hilang kerinduan pada arwah mak. Mak, inilah hadiah dari orang untuk mak sempena Ramadhan/Syawal tahun ini. Mak dah tak perlukan lagi baju raya atau duit raya lagi.



P/S : Syukur alhamdulillah ada tempat bergantung dan menumpang kasih.












Persiapan Menyambut Syawal 1434

Kami akan pulang ke kampung Babah untuk menyambut raya. Seperti tahun-tahun sebelumnya lah. Along dan Emi ada jugak menyuarakan hasrat untuk menyambut raya kami adik beradik di rumahku tetapi memandangkan aku masih ada ibu mertua lagi, maka hasrat mereka terpaksa ditangguhkan dahulu. Faham tak maksudku? Bertuah punya menantu !!! Hehehe......

Ok. Sebelum balik kampung.... buatlah beberapa persediaan seperti :

1) Pakaian : Beres.... tema tahun ini : Purple/ Lilac, Pink/ Merah, Hijau dan Kelabu. Purple bukan warna kegemaran aku. Jadi adalah kelainan. Tahun ni aku, Che Abang dan Iman ada 4 pasang baju. Maryam pulak..... ada 5 pasang baju kurung, 2 baju gown dan 3 pasang pansuit. Kenapa banyak sangat baju Maryam? Sebab.... dialah penyeri aidilfitri kami.......


2) Biskut/ kek : Beress.... kali ini kami pergi beli di Azhar Food, Rengit, Batu Pahat. Aku baru "jumpa" tempat ni. Bagus.. semuanya di bawah satu bumbung.... biskut, kerepek, kek, minuman, bunga api.... semua ada......



3) Hiasan rumah : Macam biasa... cuma perlu dibersih dan dikemas. Paling tak menahan.... langsir tahun lepas yang tak siap telah ku sambung jahit dan siap bergantung. Haha... satu kejayaan besar bagi diriku !!!! Che Abang pulak sibuk mengemas pokok-pokok di luar rumah, mencuci longkang dan tembok.

Akhirnya.... siap jugak langsir ku....



Setelah siap semua pekerjaan, kami pulang ke kampung dua hari sebelum Aidilfitri.




P/S : Tanpa Iman dan Maryam... aidilfitri kami,  hambar...... Syukur alhamdulillah dikurniakan nikmat ini....











Monday, July 15, 2013

Suatu hari di Muar

Dua minggu sebelum Ramadhan kami bercadang bawak Iman dan Maryam jalan-jalan. Jalan dekat-dekat aje sudah lah. Apa kata kita pergi Muar?


Oooo Muar atau Muor ni tempat kelahiran saya dan susur galur saya. Jadi, kurang lah sikit level kejakunannya.... hehehe....

Seawal jam 9 pagi kami bertolak ke Muar. Muar-Kluang tak jauh.... lebih kurang 2 marhalah atau 1 jam perjalanan.

Mulanya kami singgah di Pusat Rawatan Islam Al-Muhtadain yang terletak di Sungai Abong untuk rawatan berbekam sunnah. 

Selepas itu bermulalah pencarian Mee Bandung. Hah! Pekena jap mee bandung Muar di Tanjung Agas. Sedapnya.... tiada bandingan di tempat lain.

Kemudian kami ke Tanjung Emas. Tempat nostalgia beb ! Teringat masa kecik-kecik.....

Di sini kami bersantai menikmati hembusan bayu sambil menyaksikan Iman dan Maryam bermain, menaiki "river cruise" menyusuri Sungai Muar dan menikmati makanan authentic orang Muor . Perasan ala-ala pelancong gituuu........




 Iman dan Maryam di Tanjung Emas


Chewah! Anak dara saya berposing.....


Iman di hadapan bot "Muar River Cruise"

Apsal monyok? Mabuk laut ker?

3 selonggok..... 



Antara pemandangan sepanjang perjalanan menyusuri sungai Muar


Istana Hinggap Sultan Johor di Muar





Jambatan Kedua menghubungkan Muar-Melaka


 Antara taman permainan yang ada di sini

Iman di atas lokomotif pertama Muar yang kini menjadi bahan sejarah

Gambar penuh lokomotif




Seperti biasa, Iman tak nak balik. Seronok sangat bermain dan berkejaran.  Ok lah.... nanti raya kita datang lagi ke Muor sambil menziarah saudara-mara yang masih ada, ya.




P/S : Googlelah untuk dapatkan maklumat dan sejarah tentang Muar (Bandar Maharani)  dan signifikannya Sungai Muar ni kepada penduduknya.







Melatih Iman berpuasa

Sebelum kedatangan Ramadhan, kami banyak berbual-bual tentang kelebihan Ramadhan dan Iman berkobar-kobar nyatakan azamnya nak berpuasa. Kami iyakan ajer....

Kami tidaklah mengharapkan Iman untuk berpuasa penuh sebulan sebab kami sedia maklum setakat mana keupayaannya untuk melakukan ibadah berpuasa.

Untuk pengetahuan, Iman masih lagi menyusu botol. Sehari 3-4 kali. Makan nasi 2-3 hari sekali. Amat memilih makanan. Kesukaannya nasi goreng telur atau nasi + telur mata + ikan bilis goreng + kicap. Setiap hari makanan pilihannya ialah roti.... tak kira apa... janji roti! Jadi, macam manalah nak ajar dia makan makanan yang seimbang sebagai persediaan berpuasa?

Hari pertama puasa adalah cuti umum di tempat kami. Saya cuba mengajar Iman berpuasa. Iman bangun bersahur jam 5 pagi dengan meminum sebotol susu + sekeping roti peanut butter sandwich dan janji berpuasa sampai ke waktu zohor. 

Rupa-rupanya banyak drama nak sampai ke waktu zohor itu.
1) Jam 10 pagi dia dah merengek minta susu. Saya suruh bersabar... bagilah dia main komputer supaya dia leka.

2) Jam 11 tengahari lebih sikit, dia merengek lapar... nak susu jugak. Saya pujuk tunggu ke Zohor. Tiba-tiba terdengar suaranya mengalunkan azan. Terus dia berkata, "Mama, dah azan.... dah boleh bukak puasa".  Hahaha.....

3) Jam 12 tengahari lebih sikit, dia merengek lagi..... lapar..... nak susu.... Saya pujuk minta dia bersabar. Suruh dia baring, tengok tv, main game atau apa saja yang dia suka. Tiba-tiba dia kata, "Mama, Iman tak nak masuk syurga ... tak apalah masuk neraka..... Iman lapar, nak makan, nak susu". Alahai.... kesian anak aku.....

4) Jam 1 tengahari lebih sikit.... dia dah merapu-rapu bercakap.... nak makan lempeng lah, nak roti jala lah, nak donut lah, nak sandwich lah, nak milo ice blended lah.....

5) Lepas zohor aje, saya terus sediakan dia makanan. Dia makan sepinggan nasi goreng, 6 keping nugget, 2 botol air Yakult, sebotol penuh susu dan secawan air ribena. Mak aiiii...... kesian, dia betul-betul kelaparan.


Pengamatan saya : Anak saya belum lagi bersedia untuk berpuasa!!

Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh ajar anak berumur 7 tahun untuk bersolat..... bukannya berpuasa, kan? Bagilah anak masa.  Insya allah kalau anak semakin membesar dan bersolat secara automatik dia akan ikut berpuasa. Ada ke orang yang bersolat tapi tak puasa (tanpa sebab munasabah)?  Biasanya kita dengar orang puasa tapi tak solat.

Saya tak rasa terkilan pun bila dengar si polan tu bercerita "oh anak saya puasa penuh" atau si polan ni pulak bercerita "alah, anak saya cuma tak puasa beberapa hari aje". Anak saya, saya tahulah di mana kekuatan dan kelemahan dia........ 


Ramadhan tahun ini Iman hanya dapat merasa nikmat bersolat terawih + main di masjid tanpa melalui  ibadah puasa di siang hari. Tahniah anakku !!!!















Friday, June 28, 2013

Gossip hari ini !!!

Hari ni terasa macam nak bergossip laaa..... hehehe.....


Aku masih lagi kemaruk main "Candy crush saga" game. Laa ni dah level 65..... tersangkut kat situ dah hampir 2 minggu.  Geram... memang gerammmm..... Setiap kali aku kalah, aku garuk/keruk  kepala... kalah lagi, garuk lagi kepala..... hmmm.... entah berapa banyak lah rambut aku gugur! Tu tak kira lagi entah berapa kali aku nak hantuk kepala kat dinding. Geram punya pasal !!!!!! Sebbaek aku masih waras lagi....... ngeeee......

Gossipnya ;

Aku dengar di polan tu dah level 300++..... si polan tu dah level 200++... si polan tu dah level 100++... Cuma Kak Zie aje yang masih level 35. Kira, aku terer ler sikit dari Kak Zie, kan? Ngeee.....

Ku risik-risik dari mereka..... cemaner ekk boleh lepas level ratus-ratusan tu ?  Nak tanya rahsia kejayaan diorang tu ..... usaha dan terus berusaha kata mereka.....bersumpah kat masjid pun diorang tak akan cakap punyerrrr!!!

Ku risik-risik lagi dari sumber terdekat dengan mereka....... akhirnya, ku dapat tahu...... laaaa..... diorang main cheat...... patutlah level berganda-ganda! Chisssss !!!! Aku pulak yang terasa macam nak menyumpah !!!!!

Sumber tu suruh aku main "cheat" gak untuk lawan ngan meker-meker tuu.... Jawab aku.... eh ! Tak nak laaa..... aku kan jujur, main ikut syariat lagi  ..... mana leh main cheat-cheat ni semua.... berdosa menipu.... tak ada integrity......... hahaha...... Yer lah tu !!!!!!


Sesiapa yang nak mengecheat tu.... google lah sedirik yek.... aku tak nak subahat sama. Hahaha....


Sekian gossip hari ini. 






jerubu

Di hari ini; jerubu dengan angin kencang.Pada suatu hari Iman tak pergi sekolah  sebab ada jerubu. Mama/babah dan iman pakai mask. mama dan iman pergi ke farmasi. ada kotak di dalam mask. iman bukakan?wah!!!!!!!!!!!!!! Ada mask lah! Iman sungguh gembira dan pakai mask itu. Iman  brithday.hehehehe!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Hahaha hahaha hahaha..... mama tergelak besar-besaran !!! Apsal? Ni lah nak citer.....

Untuk pengetahuan, aku dah agak lama tak bukak ini blog. Entah... tak tahu apa yang nak diceritakan ! Tetiba hari ni tergerak hati nak menjengah... 

Aku lihat senarai posting... eh ada satu bertajuk "jerubu". Siapa punya kerja ni? Ada orang suda hack diari mama ker? Suspens.... suspens.... 

Bila aku terus membaca entry tu.... aku tergelak besar..... oooo ni si Iman punya kerja lah..... Aku nak print screen tapi tak reti dan malas nak belajar, jadi aku terus aje lah sambung kat entry dia tu ea!

Aku dah beri Iman satu buku diari untuk dia tulis tapi dia tak berminat nak duduk menulis atas kertas. Ok lah anak nanti suatu hari mama akan ajar awak memblog.

Dulu tepon aku dia kerjakan.... call sana sini, hantar sms dan  mms entah kepada sesiapa..... pastu, fb aku pulak dia kerjakan..... sekarang blog aku pulak daaa !!!















Saturday, June 8, 2013

Suatu keluahan...


Dulu masa aku dalam usia awal remaja, Pakcik Daud (arwah) selalu menegur sikap ku yang selalu mengeluh. Biasanya aku akan menarik nafas sepanjang-panjangnya dan melepaskan dengan sekuat-kuatnya. Dia kata tak baik mengeluh. Apa yang baik dan  tak baiknya tidak pulak aku faham ketika itu. Tapi, aku cuba untuk tidak selalu mengeluh terutama di depan Pakcik.... bimbang ditegur lagi.

Tapi hari ni, aku nak mengeluh...... sebab...... aku penat.... penat..... macam nak tercabut tangan rasanya. Berblog, main candy crush saga tak pulak penat eh? Ngeeee.....

Pagi ni kami bersarapan karipap segera buatan mak mertua ku.... Aku kan menantu mithali yang sentiasa menghargai mak mertuanya, kan. ? Uweeekkk..... jangan muntah ijau yeee...

Pastu menyiapkan kerja-kerja mendobi...... dari menyuci pakaian yang tak berbasuh 2 hari tu. Bersambung dengan melipat pakaian yang telah diangkat semalam. Sambung lagi dengan menggosok pakaian yang tidak digosok sejak 2 minggu lalu. Huh!!! Mana aku tak mengeluh???? Mana aku tak penat????

Penat ooo menggosok pakaian yang bertimbun-timbun tu.... lenguh tangan... rasa macam nak tercabut bahu ni......huhuhu......

Che Abang, dengarlah  rayuan dinda ni...... kalau kesiankan dinda, tolong lah "hadiahkan" dinda iron dan iron board baru. Alah yang Amway jual tu.... Philips system iron GC 3880 yang cenggini :




Harganya? Harga ahli AMWAY katanya RM900+. Kalau tak masuk ahli, harga jualannya baru RM1200+ ajerrrrr.............. glupp!! Telan air liur jap.


Dah penat-penat menggosok, dah berpeluh-peluh  dari hujung rambut sampai hujung kaki..... alangkah bestnya kalau dapat lepak kat sini.... bayangkan dapat berendam menyejukkan badan dalam infinity pool tu.... apungkan badan, mata melihat pemandangan langit biru dan kelopak awan berarak .... wah! syurgaaaaaa......


Infinity pool di Sutra Beach Resort. Tunggu... suatu hari nanti aku sampai sini...



Alamak, cuti sekolah tinggal 1-2 hari jer..... lepas ni aku akan  kembali ke jadual dan tabiat tingkah laku asal lah yek....... huwaaaaaaa........









Thursday, June 6, 2013

Homemade Chocolate Moist Cake untuk Iman


Di awal cuti sekolah , Iman sibuk mintak Mama buatkan chocolate moist cake. Alah Iman ni..... pergi beli kat Secret Recipe atau bakery  Aunty Qiss sudah lah ya..... baru baper hengget..... cuti sekolah ni lah masa yang ada untuk  Mama nak layan channel AXN tu.......

Minggu lepas, kami ke TESCO beli barang keperluan rumah. Iman sibuk mengambil cooking chocolate bar, cocoa powder dan tepung. Nak buat apa tu Iman? Dia kata "Iman nak buat sendiri choc cake sebab mama tak nak buatkan". Hah? Terkedu aku.......

Terpaksalah aku beralah.... Ok... ok... kita cari bahan-bahannya nanti Mama buatkan lah. Terpaksa.

Tiap-tiap hari Iman menuntut keknya. Malam tadi Iman dah siap bukakkan buku resepi minta buatkan kek.

Akhirnya, pada hari ini.... tadaaaaaaaa.........

Kek dah siap. Sukanya hati Iman. Dia nak letak lilin.... nak celebrate birthday in advance kata nyerrrr.....
hahaha.....



Anak... anak..... hilang penat mama lihat gelagat kalian.......

Birthday siapa ni? Tiada siapa-siapa... hanya lakonan semata-mata.... hehehe....

Bersungguh meniup lilin pada hari yang bukan hari ulangtahunnya



Pengajaran yang mama dapat :

Rupa-rupanya anak-anak mama lebih suka dengan kek yang mama buat sendiri walaupun ianya tak sehebat dan sesedap yang dibeli dari bakery ternama.  Berkat doa dan air tangan ibu. Alhamdulillah.....





Resepinya :

Chocolate moist cake :
Bahan-bahan :
  1. 1 cawan koko powder van houtenn
  2. 1  cawan gula
  3. 1 cawan susu cair atau susu segar
  4. 1/2 cawan susu iuk yang ada 
  5. 1 cawan butter atau minyak masak (saya guna minyak jagung)
  6. 3 biji telur
  7. 1 sudu vanilla essense
  8. 1 1/2 cawan tepung gandum
  9. 1 sudu kecil bikarbonat + 1 sudu kecil baking powder

Cara :
  1. Campur semua bahan 1-5 menjadi (A). Panaskan dalam periuk dengan api perlahan. Tak payah sampai mendidih.
  2. Pukul telur + vanilla. Masukkan dalam periuk yang ada bahan (A).
  3. Masukkan tepung + bikarbonat + baking powder yang telah diayak ke dalam (A).
  4. Kukus selama 30-40 min.
Nota : Kalau tak nak kukus, boleh dibakar. Saya memilih kaedah mengukus.


Chocolate Ganache :
Bahan-bahan :
  1. 200 gm cooking chocolate bar - dipotong kecil
  2. 1 sudu besar susu pekat
  3. 1/2 cawan susu cair
  4. 2 sudu besar butter
Cara :
  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan keadah double boiler.
  2. Masukkan cooking choc bar dan kacau hingga cair.
  3. Padam api dan masukkan butter. Kacau hingga cair.
  4. Curah atas kek hingga menutupi keseluruhan kek.
  5. Hiaskan ikut suka hati anda.




Sebenarnya tak lah susah nak buat kek ni, kan? Yang penting ada semangat RAJIN, maka jadilah. Tapi kalau dah MALAS..... pergi jer lah beli....... hehehe.....





Tuesday, June 4, 2013

Eh ! Dah tak lemau lagi laa.....


Kami balik kampung seperti yang dirancang. Tidur semalam aje. Dan sempatlah jugak hantar Maryam pergi berurut dan melawat sepupu Che Abang yang melahirkan anak sulungnya.... bayi lelaki pramatang seberat 1.7kg. Tahniah Hida dan suami!!!

Selepas itu kami pun rancang meneruskan perjalanan balik ke Kluang mengikut jalan negeri iaitu route Sepang-Port Dickson-Lubuk China-Masjid Tanah-Melaka dan diikuti jalan PLUS Melaka-Ayer Hitam dan jalan negeri Ayer Hitam-Kluang. Dah boring laa asik ikut lebuhraya PLUS Seremban-Ayer Hitam.

Di pantai Port Dickson... kebetulan waktu itu  air laut pasang.... bergulung-gulung ombak.... angin bertiup kencang..... best nyaaaa..... fuuuuuhhhhh......


Ahaks ! Kami tiba di sini....
Terus check in 2D/1N........ Harga bilik+ breakfast + water theme park wrist band = RM300++.



  



Nota : Foto di atas saya cilok ajer dari google. Tak koser nak bersukaria main air nak bawak camera lagi. Hehehe.....

Pada pandanganku, tempat ni biasa-biasa aje..... kira ok lah untuk family yang ada anak kecik yang suka main air dan orang tua yang rajin melayan. Biliknya besar dan bersih menepati standard aku yang ada 2 budak kecik tu. Bilik air.... tak ada bath tub tapi kira ok lagi ,yang aku angin water heater tak function. Kesian  Maryam menangis kena mandi air sejuk. Breakfast di sini....... ya rabbi .....nan hadoh sungguh !  Dah lah tak banyak pilihan dan rasanya pun asal siap ajer....... sabar jer laa.... dah itu rezeki kami.... hmmmm....



Makan malam kami di sini :

Menu makan malam kami :  ikan terubuk bakar sambal, sotong goreng tepung (sudah semestinya... ahaks !), kerang rebus, tomyam campur dan nasi putih. Makanan lautnya sangat segar.... maklumlah ni kawasan jeti nelayan. Harga berpatutan..... Tomyam rasa biasa aje.... mungkin sebab bukan orang Thai yang masak, tu sebab kurang kicknya...

Kalau nak datang makan malam, datanglah awal sebelum maghrib. Jangan risau, di sini ada kemudahan surau untuk bersolat. Kelihatannya, selepas jam 8 malam  berduyun-duyun orang datang memenuhi tempat ini.

Tercapai jugak impian ku nak makan malam di tepi laut bertemankan alunan ombak dan sinaran bulan dan bintang.


Senja di Kampung Telok, Port Dickson



Penat berkubang dan main air, beginilah keadaan Iman dan Maryam. Makan.... minum susu... kesian, kelaparan!


Baby tua hisap susu

Baby kecik makan roti



Esoknya, selesai urusan check out, kami meneruskan perjalanan ke Kluang mengikut route yang dirancang semalam. 

Wajah-wajah penat + riang dalam perjalanan pulang



Di R n R Pagoh, kami singgah sebentar untuk pekena Nasi Ambang Pagoh yang femes di kalangan pengguna lebuhraya PLUS dan cendol di Cool blog.

Gerai No 10  (gambar dari google)


Nasi ambang (gambar dari google)




Sampai di rumah dah petang. Bersiap untuk mengerjakan kain baju untuk dibasuh..... hmmmm.... kerja yang tak abis-abis........ Cuti 3 hari, basuh baju pun 3 trip.... sebbaek ada washing machine..... kalau tak, mahu rebeh tangan menyental. Kaaaaannnnn ??? Hehehehe.....



P/S : Lemau lagi kerrrrrr   ?????? Heheheheh......















Thursday, May 30, 2013

Cuti sekolah yang lemau


Cuti sekolah bermula dari 24hb Mei hingga 9hb Jun 2013. Dua minggu.

Aku suka cuti sekolah sebab :
  1. Tak perlu bangun pagi awal-awal
  2. Tak perlu kelam kabut menyediakan bekalan makanan  untuk Iman bawak ke sekolah
  3. Tak perlu terkejar-kejar menghantar dan mengambil Iman ke sekolah kebangsaan, sekolah agama dan mengaji
  4. Tak perlu tergesa-gesa buat kerja rumah seperti memasak, mencuci + menggosok pakaian dan mengemas rumah
  5. Tak perlu temankan Iman buat homework malam-malam
  6. Aku boleh tidur lewat
  7. Aku boleh layan tv program kesukaan aku  seperti NCIS, CSI (Vegas, NYC, Miami), Hawaii Five O
  8. Aku boleh lepak-lepak dan golek-golek dengan Iman dan Maryam tanpa gangguan
  9. Aku boleh bergosip-gosipan (hahaha !!!!) dengan kengkawan.
  10. Paling penting..... nilah masa untuk jalan-jalan !!!!

Ok. Kita cerita hat no 10 tu lah.

Adik beradik aku, Along dan Emi diorang cuti 2 minggu pergi Jakarta-Bandung-Solo. Makcik Mah pulak pergi Umrah. Noor sepupu aku nak pergi Seoul. Ikut hati memanglah aku nak ikut diorang tu tapi tak boleh..... sebab masalah aku tak sama dengan diorang.

Jilat tapak tangan aku tengok diorang tu berjalan ....... *mode ; jeles lah tu*.... Nak meyedapkan hati, aku katakan pada diri ku "jangan cemburu pada lebihan rezeki orang lain, fokuslah pada apa yang kita ada".... hmmmmm.......iya lah tuuuu.....

Sebenarnya, aku rindu dengan pasir pantai, rindu suara ombak memukul pantai, rindu nak berkubang dalam kolam, rindu nak makan seafood sambil ditiup angin laut .....  Jadi, aku berangan lah  nak  ke sini :




atau






Tau apa jadik?

Che Abang kata tak boleh sebab dia sebok. Ada audit. Berderet-deret pulak tu... internal audit lah, customer audit lah dan segala macam tok nenek audit. Woit ! Apsal lah buat audit time-time cuti sekolah ni? Tu tak termasuk lagi pergi meeting. Angin aku dibuatnya !!!!!

Nak menyedapkan hati aku lagi, weekend ni Che Abang ajak balik kampung  sebab mak dia  nak buat kenduri sempena menyambut Ramadhan. Hek elehhhh ......  tak ada maknanya angin aku reda..... Tapi, oleh kerana  aku ni kan menantu hantu yang ala-ala solehah , maka aku ikut aje laaaa......

Ok. Nanti kita tengok apa kesudahan cuti sekolah kali ni.







P/S : Che Abang kata ada surprise ..... apa hek? Eeee... suspens nyer...... hehehehe.....