Monday, November 11, 2013

Iman "naik" Al-Quran

Iman mula diajar mengenal huruf-huruf al-quran sejak usianya 3 tahun lebih. Tapi biasalah... anak belajar mengaji dengan emak memang banyak kerenah.... mengaji 1 hari, cuti 3 hari. Jadi, mama ambil keputusan hantar Iman belajar mengaji dengan Ustazah Yati.

Ustazah Yati ni kalau mengajar al-quran amat mementingkan sebutan makhraj huruf dan tajwid. Belajar mengaji seminggu 4 hari, 3 hari cuti. Dalam setahun, ustazah cuti mengajar selama 2 bulan iaitu ketika bulan Ramadan dan Syawal.

Iman mengaji Iqra sejak usia 5 tahun. Dalam masa 8 bulan, selesai IQRA 1-6.


Selepas itu, sambung belajar membaca muqaddam. 

Syaaban tahun ini, Iman selesai baca muqaddam. Ustazah kata selepas Syawal nanti Iman akan mula membaca al-quran. 

Mama sediakan al-quran ini untuk Iman. Al-quran ini adalah milik Babah yang Babah terima dari kerajaan Arab Saudi sebagai cenderahati ketika menunaikan fardhu haji pada tahun 2006 dahulu. Iman.... belajar, baca dan manfaatkan lah al-quran ini,  ya.......

Warisan dari Babah untuk Iman


Sempena "naik" quran, Ustazah mencadangkan mama membuat sedikit pulut kuning untuk diberikan kepada jiran tetangga sebagai tanda kesyukuran. 


Pulut kuning kesyukuran untuk jiran tetangga



Mama dan Babah doakan semoga Iman dipermudahkan membaca Al-quran.... suka membaca al-quran dan tafsirnya..... menjadikan al-quran sebagai pedoman hidup. Aameen.....









No comments:

Post a Comment