Saturday, November 26, 2011

Cinta dan kata-kata

Kata Polis → cinta itu sukar ditangkap

Kata Ustaz → cinta itu anugerah

Kata Doktor → cinta itu tak dapat untuk diubati

Kata Guru → cinta itu tak boleh untuk dipelajari

Kata Hakim → cinta itu tak boleh dihukum

Kata Orang → cinta itu indah

Kata Rangga → ada apa dgn cinta

Kata Radja → benci bilang cinta

Kata Agnes Monica → cinta tak ada logika

Kata Allah → cinta itu milik-Nya.

Emosi Iman

Assalamualaikum anakanda Iman dan Ayesha yang disayangi,

Hari ni 30 Zulhijjah 1432H dan adik Ayesha dah berusia 15 hari. Cepat jer kan masa berlalu....

Iman, mama lupalah nak terangkan kat Iman konsep "adik beradik". Macam ni, adik beradik ni bermakna kita duduk dalam satu rumah, berkongsi segalanya bersama, terima kasih sayang dan perhatian yang sama daripada mama dan babah.

Iman ingat kalau ada adik ni macam hubungan dengan adik Fifie, kan? Adik Fifie tu datang ke rumah kita kejap-kejap pastu dia balik rumah dia. Jadi, masa selebihnya ialah untuk Iman, mama dan babah aje.

Mama lihat pada mulanya Iman macam tak kisah bila mama sibuk dengan adik Ayesha. Mama ingat oklah tu...rupa-rupanya Iman makan hati.... Iman jauh hati dengan mama! Walaupun Iman tunjuk sayang kat adik Ayesha tetapi di sudut hati Iman terasa sesuatu, kan? Patutlah Iman buat perangai dan asik mintak perhatian....

Iman, adik Ayesha tu kecik lagi jadi kenalah mama beri perhatian yang lebih padanya. Kan mama dah cakap mama sayang dua-dua.... sayang Iman sebab Iman anak lelaki yang mama tunggu-tunggu dan adik Ayesha pulak mama sayang sebab dia anak perempuan yang mama nanti-nanti. Masing-masing ada keistimewaan sendiri. Sikit pun tak pernah kurang rasa sayang mama pada Iman.....

Iman sedih mama tak nak tidur malam lagi dengan Iman, ya? Satu malam tu Iman mengigau cakap "I want my mama... I want my mama" (Hehehe... anak aku sorang ni kelaaas gituuu....ngigau cakap omputih! Hahaha) Iman, mama tidur dengan adik sebab nak memudahkan mama bangun bila adik terjaga waktu malam. Iman tahu kan, adik bangun menyusu setiap 2 jam sekali. Iman tidurlah dengan babah,ya ! Kalau adik tidur atas riba mama, Iman janganlah tak beri sebab dulu pun Iman dah puas tidur atas riba mama. Tak laratlah mama nak riba adik dan Iman sekali gus. Fengsan mama ! Peha mama ni bukanlah besar...

Satu mama nak puji Iman... Iman ni rajin... kalau mama mintak tolong, mesti Iman buatkan. Macam tulah contoh abang yang baik. Hehehe.....

Wednesday, November 23, 2011

Tadika Sri Wawasan 2011 Musical Play and Annual Concert

Tadika Sri Wawasan 2011 Musical Play, Annual Concert and Graduation Ceremony
Place : Chong Hwa Hall, SRJKC Chong Hwa 2, Kluang, Johor
Date : 18th Nov 2011
Time : 7.30 pm - 10.00 pm



Mama mekap "Pinocchio" di rumah (sila abaikan rotan yg tergantung di dinding tu)



"Pinocchio" dan mama sebelum persembahan bermula



Persembahan "Birthday Present For The Jungle King"dari pelajar kumpulan "Playgroup' dan K1



Jason Ong aka "Captain Cook" in action



Persembahan pelajar K2 dan K3






Here comes....... Iman aka Pinocchioooooooooo .......




















Selesai sudaaa..... jom balik ....



P/S : Concert malam tu memang gempak ler kalau ikut standard Kluang. Sayangnya rakaman video yg babah ambil telah tak sengaja terdelete. Ralat....ralat...

Principal umum tahun depan school fees akan naik. Mama dah kira.... dari RM4515.00 setahun kepada RM5269.00 setahun! Gluppp... tertelan air liur kejap! Iyalah katanya nak tambah syllabus montessori, discovery science curriculum programme dan logico learning programme. Ngalahkan tuition fees kat universiti lah pulak ! Kalau gitu, plan nak gi umrah tahun depan kenalah KIV dulu....

Telur punya pasal




Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam." ...

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang..

Pembeli:"!@#$%^&*()

Friday, November 11, 2011

Aidil Adha 1432H/ 2011 M

Assalamualaikum anakanda Iman......

Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Ahad. Tak macam tahun sudah-sudah.... Aidiladha jatuh pada tengah-tengah minggu. Sebelum ni, kita hanya sambut Aidiladha di rumah Kluang sebab Babah hanya cuti pada hari tersebut sahaja. Lagipun, Babah perlu penuhi jemputan sebagai sukarelawan "korban" yang dianjurkan oleh Masjid.

Sebelum kehadiran Iman, Aidiladha macam hari biasa kecuali ada pergi solat sunat Aidiladha di masjid. Pernah satu tahun tu, mama dan babah makan jemput-jemput ikan bilis di pagi Aidiladha. Alah... makan berdua ajer....makanlah apa yang ada. Masa tu nak makan ketupat dan lodeh, pergi ajelah rumah Tok Der....Mama ingat lagi kena kutuk kaw-kaw dengan Halim. Hahaha...


Tahun ni pula, memandangkan babah cuti 3 hari... maka, kami buat keputusan untuk merayakan Aidiladha di kampung. Tak ingatlah, bila kali terakhir kita beraya Aidiladha di kampung. Mungkin 6-7 tahun yang lalu. Masa tu Iman pun belum ada. Tahun ni, babah "cuti" dari jadi sukarelawan "korban". Bagi peluang kat orang lain, kan Bah? Hehehe....

Hari Sabtu sebelum balik kampung, mama menyiapkan juadah untuk dibawa iaitu ketupat daun palas dan rendang daging. Sebelum tu mama berangan nak masak nasi beriyani bombay ikut resepi arwah mak tapi tak cukup semangat lah.... bukan semangat padi... tapi semangat kerajinan..... hehehe... Ni buat ketupat daun palas pun ok gak sebab dalam keluarga kita hanya mama dan babah ajer yang "pandai" buat. Kiranya adalah kelainan menu.... kalau tidak, hadap ajelah ketupat nasi atau nasi impit segera tuuuu....



Pada hari Aidiladha, kita cuma duduk lepak-lepak dan makan-makan aje kat rumah nenek. Kat kampung nenek tu, acara korban diadakan pada hari Tasyrik.

Seperti biasa, haiwan korban keluarga kita disembelih di Kampuchea dan diuruskan oleh agen Al-Ameen Services, KL. Kenapa Babah pilih buat di Kampuchea? Sebab... kat sana masih terdapat ramai lagi orang yang memerlukan. Bukan macam kat sini, ada orang tu hingga sanggup buang daging korban. Alasannya ...boring makan daging! Hmmmmm..... susah nak cakap la..... Mama teringin pulak nak pergi Kampuchea nak tengok sendiri keadaan masyarakat di sana menyambut Aidiladha. Sedih Iman.... bila dengar ada yang makan daging cuma masa Aidiladha sajer. Kita kat sini pula macam tak tahu mensyukuri nikmat...asyik merungut aje....

Iman doalah banyak-banyak supaya ibadah korban kita diterima Allah dan dimurahkan rezeki supaya tahun depan boleh buat korban lagi, ya.

Kepada Cik Ros dan Cik Sharif, kami ucapkan terimakasih atas pemberian daging korban tu. Daging batang pinang tu dah selamat dikarikan. Kami doakan semoga Allah menerima ibadah Cik Ros... amin!

Kalau nak tahu peristiwa di sebalik ibadah korban, Iman tanyalah Pakcik Google. Korbankanlah sikit masa tu.... ni tak, asik lah ngan Angry Bird ajer...... hish budak ni! Nak mama sembelih "burung-burung" tu ker????

Thursday, November 3, 2011

Pengalaman Haji 2006M/1426H (Bhgn Ke6: Mekah)

SKETSA KEHIDUPAN DI MEKAH

Gambar-gambar di bawah hanyalah gambar "jemaah biasa" di tempat biasa-biasa aje. Takut nak ambik gambar "jemaah kaya" atau di "tempat orang-orang kaya"... takut kena saman daaa.... hehehe.... Lagipun gambar-gambar seperti ini kita tidak dapat lihat di tanah air kita.


Jalan memasuki Kota Mekah



Pemandangan di hadapan Hotel Elaf Al-Sud



Istana Raja Saudi. Pemandangan dari Jalan Ajiyad



Kumpulan jemaah Indonesia di Masjidil Haram



Makcik Turki sedang menikmati sarapan



Pembawa bendera India....



Jemaah India mengeringkan kain ihram yang telah dicuci. Tak perlu ampaian....



Apalah agaknya yang dijual oleh jemaah ini ? Macam kotak sarung kaki perempuan aje...



Pemandangan di kedai kasut.... Kasut-kasut memanjat dinding....


Barisan kerusi roda untuk disewa bagi kegunaan jemaah keuzuran melakukan saie



Lori biru penghantar air



Fuyoooh ! Macam dalam filem ajer....



Motor Honda. Kat Mesia ada lagi tak model ni?



Air zamzam yang disediakan di tepi jalan menuju masjid



Membaca kitab al-mathurat barangkali?



Berehat...


Kalau dah penat... kat tepi jalan pun boleh parking....



Siapalah Pakcik ni, yek? Posing mauuuttt.... hehehe...



Jemaah datang... jemaah pergi....



Belalang Mekah



Merpati di kawasan masjid



Selepas memberi makan kepada burung merpati



Pohon kurma di bawah jejantas



Jemaah sedang mengambil air zamzam


Pengalaman Haji 2006H/1426M (Bhgn Ke5 : Mekah)

Assalamualaikum....

Setelah selesai perkerjaan umrah bagi jemaah Haji Tamattuk, maka aktiviti kami suami isteri setiap hari adalah seperti berikut :

Kami tidur pada jam 9 - 9.30 malam dan bersedia untuk bangun pagi jam 3.00. Hah? Bangun tidur jam 3 pagi? Iya... bagi orang seperti saya yang mempunyai masalah susah bangun tidur dan sering sakit kepala kalau tak cukup tidur.... memanglah berat. Semasa di tanah air, saya sering melakukan solat hajat minta dipermudahkan segala urusan. Alhamdullilah, bila di tanah suci, segalanya mudah... senang bangun tidur, tak sakit kepala dan tiada masalah "berebut bilik air". Oh ya, dalam bilik saya tu, cuma saya dan Maklong Zaleha sahaja yang bangun pukul 3 pagi untuk ke masjid. Yang lain-lain (6 orang lagi) memilih untuk pergi "lambat sedikit" dan ada yang memilih untuk solat di dalam bilik. Orang perempuan kaaannn...... tak wajib gi masjid ! Hehehe.....

Sampai di Masjidil Haram, kami akan melakukan tawaf sunat, solat tahajjud, taubat, hajat, wuduk, membaca Al-quran sehingga masuk waktu subuh. Ketika ini, ruang di tingkat 1 atau 2 di dalam masjid menjadi pilihan untuk beriktikaf kerana cuaca sejuk di luar. Perasaan ketika itu? Susah nak diceritakan... betapa tenangnya jiwa kami berada di tempat yang beraura positif dan dikelilingi oleh jemaah yang sedang beribadah.



Matahari di masidil haram


Setelah solat subuh, kami akan meneruskan membaca al-quran dan berzikir sementara menunggu waktu solat Israq dan Dhuha. Ketika ini, kami selesa berada di dataran di hadapan Kaabah. Setelah selesai solat dhuha, biasanya kami akan keluar mencari sarapan. Hah... ni pun seronok gak ! Tempat sarapan pilihan kami ialah di dalam Hotel Hilton atau Hotel Sofitel dan kadang-kadang di kedai kebab. Oh ya, bila sebut hotel. kami bukannya dalam Coffee house/ lounge hotel tapi lot-lot kedai dalam hotel tersebut. Sarapan kami selalunya pizza bersaiz regular (harga SR20), donut 1/2 dozen (harga SR20), bakso mangkuk kecil (SR10), spaghetti (harga SR15-20. Tengok jenis). Makan kebab (harga SR2) atau makan roti ajer kalau dah kehabisan menu....

Saya dan kucing baru selesai menikmati pizza sebagai sarapan kami....


Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami akan singgah ke kedai membeli buah-buahan, yogurt dan minuman. Selalunya kami akan ke Ben Dawood supermarket. Kami tidak membeli-belah barangan lain selagi belum selesai pekerjaan haji.

Kedai runcit di tepi jalan


Balik ke hotel, kami akan mencuci pakaian. Ada yang dihantar ke kedai dobi dan ada yang kami basuh sendiri aje. Selepas itu, kami akan berehat dan menyambung tidur.

Jam 11 pagi, kami bersiap semula untuk ke masjid untuk solat Zuhur. Di dalam masjid, kami akan beriktikaf dan melakukan solat-solat sunat dan membaca al-quran. Selepas zuhur, kami akan pulang ke hotel untuk makan tengahari. Makan tengahari disediakan oleh TH. Kadang-kadang suami saya mengajak untuk makan tenghari di luar supaya kami dapat merasa makanan selain "lauk melayu". Biasanya kami akan makan "nasi mandi", makanan Iran, makanan Arab dan makanan Indonesia.

Kadang-kadang, kat depan bilik pun jadik. Macam berkelah gituuuuu......


Jam 3 petang pula, kami bersiap ke masjid untuk solat Asar. Kami akan menghabiskan masa sehingga selepas Isyak di dalam masjid. Banyak benda yang boleh dibuat dalam masjid. Ketika ini kami selesa duduk di tingkat atas masjid sebab pemandangannya lebih luas. Oh, ya! Duduk-duduk sahaja pandang kaabah pun dikira ibadah.... ini kan pulak kalau bersolat sunat, bertawaf sunat, membaca al-quran, berzikir dan berdoa.

Sedang membaca Yassin dan Tahlil



Kaabah, multazam, maqam Ibrahim dari pandangan tingkat atas masjid






Aktiviti bebas jemaah







Selesai solat Isyak, kami akan singgah membeli untuk dinner. Biasanya yang dibeli ialah makanan-makanan Arab atau KFC. Kadang-kadang kalau pulang awal, kami makan makanan yang disediakan TH di dewan makan. Alhamdullilah, kami tiada masalah dalam pemilihan makanan. Belasah jer.... apa nak dihiraukan? Semuanya halal.....

Setelah menetap 2,3 hari di Mekah barulah kami mengetahui adanya jalan lain menuju ke Masjidil Haram. Kami dah tak melalui jalan "terowong maut" sebaliknya melalui Jalan Ajiyad. Jarak hotel ke masjid adalah dalam 800-900m. Jauh sedikit 100m dari melalui terowong. Tapi sekurang-kurangnya kami tak perlu risaukan keselamatan diri menghadapi kelajuan bas dan asap kenderaan dan dapat pula melihat pemandangan yang lebih luas lagi.

SEpanjang Jalan Ajiyad



Kami juga melakukan umrah sunat dan memilih miqat Tanaim. Biasanya kami akan menaiki van yang sedia menunggu di hadapan hotel dengan bayaran SR5 satu perjalanan. Umrah sunat ini kami hadiahkan kepada kedua ibubapa, datuk-nenek, bapa saudara dan ibu saudara yang telah meninggal dunia.

Kenangan paling manis.... setelah menghadiahkan umrah untuk arwah mak, saya bersolat hajat dan berdoa semoga dipertemukan dengan arwah mak walaupun di dalam mimpi. Malamnya saya bermimpi didatangi mak dengan wajah berseri, muda, sihat dan riang gembira di dalam suasana yang terang dan indah. Alhamdullilah.... Terlerailah rindu saya pada arwah mak.......


Begitulah rutin harian kami sehingga 26 Dis 2006M/ 5 Zuljihhah 1426H....

Pada 27-29 Dis 2006/6-8 Zulhijjah 1426M hanya suami saya sahaja yang ke masjid. Saya hanya solat di bilik hotel memandangkan jumlah jemaah dari pelbagai negara sedang ramai di masjid dan saya harus berehat menantikan perjalanan ke Arafah pada 29 Dis 2006/ 8 Zulhijjah 1426.

Sebelum berangkat ke Arafah, kami membuat pembayaran dam haji tamattuk iaitu sebanyak SR300 setiap seorang. Kami juga melaksanakan ibadah qurban iaitu penyembelihan kambing dengan bayaran sebanyak SR350 setiap seorang. Mudahan-mudahan Allah menerima ibadah qurban kami. Insya allah....