Tuesday, November 1, 2011

Pengalaman Haji 2006M/1426H (Bhgn ke4- Mekah)

Assalamualaikum.

Perjalanan dari Madinah, bas rombongan KT 81 berhenti sebentar di miqat Bir Ali walaupun jemaah sudahpun berihram dan melakukan perkara-perkara sunat ihram semasa di hotel lagi. Ada yang mengambil peluang bersolat sunat di masjid Bir Ali, ada yang menggunakan kemudahan tandas dan tak kurang juga yang masih dalam mood membeli-belah.



Selepas itu, perjalanan diteruskan. Kami berhenti di beberapa "check-point" imigresen. Di samping memeriksa passport dan dokumen perjalanan jemaah, jemaah turut diberikan hadiah berupa makanan seperti buah-buahan, biskut, roti dan air minuman kotak. Bayangkanlah kalau berhenti di 3 tempat check point, berapa banyak yang kami dapat? Tak menang tangan nak mmebimbit...





Perjalanan malam itu didendangkan dengan bacaan talbiah dari jemaah :

Maksud: "HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu,
hambaMu datang menyahut panggilanMu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu tidak ada sekutu bagiMu ."

Kami sampai ke Kota Mekah hampir jam 5 pagi. Kami ditempatkan di Hotel Elaf Al-Sud. Jarak hotel ke Masjidil Haram adalah kira-kira 700m. Rasanya, pada tahun tu dah kira jauhlah jaraknya. Mama ditempatkan di bilik 917 dan babah di bilik 916. Kali ni, setiap bilik menempatkan 8 orang jemaah.

Bangunan Hotel Elaf Al-Sud

Kaki lima bilik hotel


Kami solat subuh di hotel sahaja sebab pihak pengurusan Tabung Haji (TH) tidak membenarkan jemaah ke Masjidil Haram ... bimbang kalau-kalau jemaah yang tidak biasa dengan suasana Mekah akan tersesat. Lagipun, jam 8 pagi nanti pihak TH akan membawa jemaah melakukan umrah bagi jemaah haji tamattuk dan tawaf qudum bagi jemaah haji ifrad dan qiran.


Perjalanan rombongan kami melalui jalanraya berterowong. Kami berjalan bersaing dengan bas-bas awam yang membawa jemaah dari tempat-tempat lain menuju Masjidil Haram. Lajunya bas tuuu.... Allah ajelah yang tahu betapa takutnya kami. Ya, Allah lindungilah kami dari kecelakaan. Yelah, nak berjihad fisabilillah mestilah adalah cabarannya, kan?






Akhirnya, kami tiba di perkarangan Masjidil Haram dengan selamat dan kami menuju ke Bab As-salam untuk masuk ke dalam masjid.



Memasuki masjid, kami terus melakukan tawaf sebanyak 7 pusingan, berdoa di multazam, solat sunat tawaf di hadapan makam Ibrahim dan meminum air zam-zam.



Kemudian kami menuju ke Bukit Safa untuk memulakan saie sebanyak 7 kali ulang-alik. Selesai saie, maka bertahalullah kami dan selesailah pekerjaan umrah kami untuk jemaah haji tamattuk.





Setelah selasai melakukan pekerjaan umrah. Dalam perjalanan pulang ke hotel. Penat? Bolehlah...



P/S : Segala doa dan amalan, sila rujuk ke buku panduan haji dan umrah, ya. Hehehe......

No comments:

Post a Comment