Thursday, November 3, 2011

Pengalaman Haji 2006H/1426M (Bhgn Ke5 : Mekah)

Assalamualaikum....

Setelah selesai perkerjaan umrah bagi jemaah Haji Tamattuk, maka aktiviti kami suami isteri setiap hari adalah seperti berikut :

Kami tidur pada jam 9 - 9.30 malam dan bersedia untuk bangun pagi jam 3.00. Hah? Bangun tidur jam 3 pagi? Iya... bagi orang seperti saya yang mempunyai masalah susah bangun tidur dan sering sakit kepala kalau tak cukup tidur.... memanglah berat. Semasa di tanah air, saya sering melakukan solat hajat minta dipermudahkan segala urusan. Alhamdullilah, bila di tanah suci, segalanya mudah... senang bangun tidur, tak sakit kepala dan tiada masalah "berebut bilik air". Oh ya, dalam bilik saya tu, cuma saya dan Maklong Zaleha sahaja yang bangun pukul 3 pagi untuk ke masjid. Yang lain-lain (6 orang lagi) memilih untuk pergi "lambat sedikit" dan ada yang memilih untuk solat di dalam bilik. Orang perempuan kaaannn...... tak wajib gi masjid ! Hehehe.....

Sampai di Masjidil Haram, kami akan melakukan tawaf sunat, solat tahajjud, taubat, hajat, wuduk, membaca Al-quran sehingga masuk waktu subuh. Ketika ini, ruang di tingkat 1 atau 2 di dalam masjid menjadi pilihan untuk beriktikaf kerana cuaca sejuk di luar. Perasaan ketika itu? Susah nak diceritakan... betapa tenangnya jiwa kami berada di tempat yang beraura positif dan dikelilingi oleh jemaah yang sedang beribadah.



Matahari di masidil haram


Setelah solat subuh, kami akan meneruskan membaca al-quran dan berzikir sementara menunggu waktu solat Israq dan Dhuha. Ketika ini, kami selesa berada di dataran di hadapan Kaabah. Setelah selesai solat dhuha, biasanya kami akan keluar mencari sarapan. Hah... ni pun seronok gak ! Tempat sarapan pilihan kami ialah di dalam Hotel Hilton atau Hotel Sofitel dan kadang-kadang di kedai kebab. Oh ya, bila sebut hotel. kami bukannya dalam Coffee house/ lounge hotel tapi lot-lot kedai dalam hotel tersebut. Sarapan kami selalunya pizza bersaiz regular (harga SR20), donut 1/2 dozen (harga SR20), bakso mangkuk kecil (SR10), spaghetti (harga SR15-20. Tengok jenis). Makan kebab (harga SR2) atau makan roti ajer kalau dah kehabisan menu....

Saya dan kucing baru selesai menikmati pizza sebagai sarapan kami....


Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami akan singgah ke kedai membeli buah-buahan, yogurt dan minuman. Selalunya kami akan ke Ben Dawood supermarket. Kami tidak membeli-belah barangan lain selagi belum selesai pekerjaan haji.

Kedai runcit di tepi jalan


Balik ke hotel, kami akan mencuci pakaian. Ada yang dihantar ke kedai dobi dan ada yang kami basuh sendiri aje. Selepas itu, kami akan berehat dan menyambung tidur.

Jam 11 pagi, kami bersiap semula untuk ke masjid untuk solat Zuhur. Di dalam masjid, kami akan beriktikaf dan melakukan solat-solat sunat dan membaca al-quran. Selepas zuhur, kami akan pulang ke hotel untuk makan tengahari. Makan tengahari disediakan oleh TH. Kadang-kadang suami saya mengajak untuk makan tenghari di luar supaya kami dapat merasa makanan selain "lauk melayu". Biasanya kami akan makan "nasi mandi", makanan Iran, makanan Arab dan makanan Indonesia.

Kadang-kadang, kat depan bilik pun jadik. Macam berkelah gituuuuu......


Jam 3 petang pula, kami bersiap ke masjid untuk solat Asar. Kami akan menghabiskan masa sehingga selepas Isyak di dalam masjid. Banyak benda yang boleh dibuat dalam masjid. Ketika ini kami selesa duduk di tingkat atas masjid sebab pemandangannya lebih luas. Oh, ya! Duduk-duduk sahaja pandang kaabah pun dikira ibadah.... ini kan pulak kalau bersolat sunat, bertawaf sunat, membaca al-quran, berzikir dan berdoa.

Sedang membaca Yassin dan Tahlil



Kaabah, multazam, maqam Ibrahim dari pandangan tingkat atas masjid






Aktiviti bebas jemaah







Selesai solat Isyak, kami akan singgah membeli untuk dinner. Biasanya yang dibeli ialah makanan-makanan Arab atau KFC. Kadang-kadang kalau pulang awal, kami makan makanan yang disediakan TH di dewan makan. Alhamdullilah, kami tiada masalah dalam pemilihan makanan. Belasah jer.... apa nak dihiraukan? Semuanya halal.....

Setelah menetap 2,3 hari di Mekah barulah kami mengetahui adanya jalan lain menuju ke Masjidil Haram. Kami dah tak melalui jalan "terowong maut" sebaliknya melalui Jalan Ajiyad. Jarak hotel ke masjid adalah dalam 800-900m. Jauh sedikit 100m dari melalui terowong. Tapi sekurang-kurangnya kami tak perlu risaukan keselamatan diri menghadapi kelajuan bas dan asap kenderaan dan dapat pula melihat pemandangan yang lebih luas lagi.

SEpanjang Jalan Ajiyad



Kami juga melakukan umrah sunat dan memilih miqat Tanaim. Biasanya kami akan menaiki van yang sedia menunggu di hadapan hotel dengan bayaran SR5 satu perjalanan. Umrah sunat ini kami hadiahkan kepada kedua ibubapa, datuk-nenek, bapa saudara dan ibu saudara yang telah meninggal dunia.

Kenangan paling manis.... setelah menghadiahkan umrah untuk arwah mak, saya bersolat hajat dan berdoa semoga dipertemukan dengan arwah mak walaupun di dalam mimpi. Malamnya saya bermimpi didatangi mak dengan wajah berseri, muda, sihat dan riang gembira di dalam suasana yang terang dan indah. Alhamdullilah.... Terlerailah rindu saya pada arwah mak.......


Begitulah rutin harian kami sehingga 26 Dis 2006M/ 5 Zuljihhah 1426H....

Pada 27-29 Dis 2006/6-8 Zulhijjah 1426M hanya suami saya sahaja yang ke masjid. Saya hanya solat di bilik hotel memandangkan jumlah jemaah dari pelbagai negara sedang ramai di masjid dan saya harus berehat menantikan perjalanan ke Arafah pada 29 Dis 2006/ 8 Zulhijjah 1426.

Sebelum berangkat ke Arafah, kami membuat pembayaran dam haji tamattuk iaitu sebanyak SR300 setiap seorang. Kami juga melaksanakan ibadah qurban iaitu penyembelihan kambing dengan bayaran sebanyak SR350 setiap seorang. Mudahan-mudahan Allah menerima ibadah qurban kami. Insya allah....

No comments:

Post a Comment