Friday, November 11, 2011

Aidil Adha 1432H/ 2011 M

Assalamualaikum anakanda Iman......

Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Ahad. Tak macam tahun sudah-sudah.... Aidiladha jatuh pada tengah-tengah minggu. Sebelum ni, kita hanya sambut Aidiladha di rumah Kluang sebab Babah hanya cuti pada hari tersebut sahaja. Lagipun, Babah perlu penuhi jemputan sebagai sukarelawan "korban" yang dianjurkan oleh Masjid.

Sebelum kehadiran Iman, Aidiladha macam hari biasa kecuali ada pergi solat sunat Aidiladha di masjid. Pernah satu tahun tu, mama dan babah makan jemput-jemput ikan bilis di pagi Aidiladha. Alah... makan berdua ajer....makanlah apa yang ada. Masa tu nak makan ketupat dan lodeh, pergi ajelah rumah Tok Der....Mama ingat lagi kena kutuk kaw-kaw dengan Halim. Hahaha...


Tahun ni pula, memandangkan babah cuti 3 hari... maka, kami buat keputusan untuk merayakan Aidiladha di kampung. Tak ingatlah, bila kali terakhir kita beraya Aidiladha di kampung. Mungkin 6-7 tahun yang lalu. Masa tu Iman pun belum ada. Tahun ni, babah "cuti" dari jadi sukarelawan "korban". Bagi peluang kat orang lain, kan Bah? Hehehe....

Hari Sabtu sebelum balik kampung, mama menyiapkan juadah untuk dibawa iaitu ketupat daun palas dan rendang daging. Sebelum tu mama berangan nak masak nasi beriyani bombay ikut resepi arwah mak tapi tak cukup semangat lah.... bukan semangat padi... tapi semangat kerajinan..... hehehe... Ni buat ketupat daun palas pun ok gak sebab dalam keluarga kita hanya mama dan babah ajer yang "pandai" buat. Kiranya adalah kelainan menu.... kalau tidak, hadap ajelah ketupat nasi atau nasi impit segera tuuuu....



Pada hari Aidiladha, kita cuma duduk lepak-lepak dan makan-makan aje kat rumah nenek. Kat kampung nenek tu, acara korban diadakan pada hari Tasyrik.

Seperti biasa, haiwan korban keluarga kita disembelih di Kampuchea dan diuruskan oleh agen Al-Ameen Services, KL. Kenapa Babah pilih buat di Kampuchea? Sebab... kat sana masih terdapat ramai lagi orang yang memerlukan. Bukan macam kat sini, ada orang tu hingga sanggup buang daging korban. Alasannya ...boring makan daging! Hmmmmm..... susah nak cakap la..... Mama teringin pulak nak pergi Kampuchea nak tengok sendiri keadaan masyarakat di sana menyambut Aidiladha. Sedih Iman.... bila dengar ada yang makan daging cuma masa Aidiladha sajer. Kita kat sini pula macam tak tahu mensyukuri nikmat...asyik merungut aje....

Iman doalah banyak-banyak supaya ibadah korban kita diterima Allah dan dimurahkan rezeki supaya tahun depan boleh buat korban lagi, ya.

Kepada Cik Ros dan Cik Sharif, kami ucapkan terimakasih atas pemberian daging korban tu. Daging batang pinang tu dah selamat dikarikan. Kami doakan semoga Allah menerima ibadah Cik Ros... amin!

Kalau nak tahu peristiwa di sebalik ibadah korban, Iman tanyalah Pakcik Google. Korbankanlah sikit masa tu.... ni tak, asik lah ngan Angry Bird ajer...... hish budak ni! Nak mama sembelih "burung-burung" tu ker????

No comments:

Post a Comment