Friday, July 13, 2012

Majlis Perkahwinan Nurhafizah & Fakri

Nurhafizah ni antara sepupu aku yang paling "kecik" (muda). Alhamdulillah... dia dah selamat melangsungkan majlis  pernikahan dan perkahwinan dengan Encik Fakri pada 23hb dan 24hb Jun 2012 yg lalu.




Seri pengantin.... selepas majlis nikah...

Doa Untuk Pengantin
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~


Majlis Berinai di rumah pengantin

Sebelah malamnya, sebelum majlis berinai..... kedatangan pengantin lelaki disambut dengan paluan kompang, pertunjukan bunga api (orang Melaka... biaser ler....) dan selawat-selawat dari kumpulan hadrah. Nak meriahkan lagi majlis.... ada ler.... "makcik-makcik kepoh" termasuk aku ler........ hehehe....jadi jurutol kat pintu  masuk rumah...... Paling tak menahan, nak dapat duit tol kena jual pantun dulu. Pantun aku bunyi gini :

"Tengok wayang, citer "Anu Dalam Botol", 
Nak masuk, bayau ler tol"..... hehehe....

 Ok apa?? Dapat gak aku RM5 ..... hehehe...

Pastu pantun kedua aku :

"Pakai jubah, pakai tarbus,
Dah bayau, masuk jalan ler terusss"...... hehehe.....

. Dalam seronok-seronok tu... lupa lah nak ambik gambo.....


Majlis persandingan 

Esoknya, majlis persandingan berlangsung di Dewan MBMB Ayer Keroh. Acaranya...... paluan kompang menyambut pengantin, tetamu dihiburkan dengan tarian tradisional dan moden dari penari-penari cilik dan acara memotong kek.  Makanan untuk tetamu...... cam biasa laa....... set nasi beriani dan lauk pauknya yg seangkatan tu..... tapi yang paling best ialah masak sambal tempoyak pucuk ubi dan kerabu mangga............ 3 kali aku tambah makan..... hehehe....... Sori arr.... gambo tak ada..... lupa nak ambik....


Mak Uda Mila, Aku, Akiko, Makcik Adah, Afiq dan Iman

Seronok jugak dapat jumpa sedara-mara jauh dan dekat..... iyalah kalau tak ke majlis seperti ni, jarang dapat jumpa sebab masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing, kan?



KakNur, Kakngah ucapkan selamat pengantin baru.... selamat menempuh hidup baru....