Friday, March 8, 2013

Cuti CNY 2013 (part 1)

Cuti CNY tahun ni dari 9hb Feb- 17hb Feb. 9 hari... lama gak tu... Ni lah masanya untuk kami pergi "berjalan" jauh sikit. Tahun lepas dah ke Terengganu. Tahun ni nak ke mana pulak, ya? Dah tak ada idea... "Jalan-jalan" ni untuk melayan budak-budak ajer...... hehehe....

Tanya Iman nak pergi mana? Jawapannya sempoi aje..... "nak pergi KLCC dan KL Tower"..... Hahhhhh? Tak ada tempat lain ke?  Ni semua pasal video lagu "Oppa KL style" laa tuuu......

Demi kerana anak... kami turutkan jugak....

Maka, pagi 9hb Feb tu tertolak lah kami menuju ke KL. Sebab hari tu ialah hari sebelum CNY, maka berderet-deretlah kenderaan tak kira di mana sahaja... ditambah dengan cuaca panas....pak supir kenalah berbanyak-banyak sabar....

Kami terus menuju ke jalan Bukit Nenas. Teringat pulak masa aku kecik-kecik dulu (tahun 70an/ 80an), naik cable car kat Bukit Nenas ni. Seram oo.... naik cable car yang ala-ala tempat duduk buaian tu dengan kaki tergantung, di bawah hanya ada hutan ajer..... Kalau jatuh, harus tersangkut atas pokok. Ada cerita "urban legend" kononya hutan kat Bukit Nenas tu ada rimau...... ooo.... lagilah takut !!!

Bukit Nenas jauh berbeza dengan zaman aku kecik-kecik dulu...... nostalgia sungguh..... Di perkarangan KL Tower, kami posing-posing lah sikit....


Pelancong atau pelencong???? Hehehe.... shekali- shekaliiii....


Kami terus ke kaunter tiket untuk naik ke Observation Deck. Tiketnya RM38 untuk 1 pax (wargenagara) dan RM49 (bukan warganegara). Mak aiiihh... mahalnya !

Sebelum menaiki lif, kami "ditahan" oleh photograper. Eh... eh.... apsal nih? Kaget gak.....

Kami naik lif yang berkelajuan 54 saat menuju ke Observation Deck yang terletak di ketinggian 276m. Kami meluangkan masa lebih kurang 45 minit di sini. Alah.... untuk layankan si Iman tu..... Maryam manalah tahu, kan?

Antara pemandangan dari/di  Observation Deck :






Wajah gembira Iman... janji ditepati bukan dicapati.... hehehe...



Sebelum pulang, kami terlihat gambar ni ditayangkan di hadapan kami.... eh.. eh... ni macam gambar keluarga kita, kan? Ohhh.... ni mesti kerja photographer yang kami jupa sebelum naik lift tadi. untuk gambar ni kami kena bayar RM35. Ada gambar kami dalam snowball... kena bayar RM50. Mahalnya !!! Tapi kerana nak menyimpan kenangan untuk anak-anak, aku kejam mata jer ..... hmmmmm....





Sebelum pulang, kami berlegar-legar di kawasan arked mencari t-shirt gambar KL Tower untuk Iman. Dapatlah sehelai t-shirt sempoi  kanak-kanak 7 tahun dengan harga RM25 tunaiiiiii..... Oh Malaysia tanahairku..........

Pesanan "penaja"...... Kalau korunk pergi sini, janganlah terasa hati melihat pelancong asing dilayan dengan ramah mesra.. Adakah sebab diorang bayar tiket lebih mahal dari pelancong tempatan???? ..... hmmmmm.... Malaysian hospitality lah katakan...... hmmmmmm.........




P/S : Kalau nak tahu lebih lanjut fasal sejarah dan fungsi KL tower ni, silalah tanya Datok Gugel yek.....