Monday, March 4, 2013

Kembang di halaman rindu


Ros.... ros..... ros.... bunga yang saya suka sejak dulu-dulu lagi. Saya sukakan warnanya, baunya dan dedaunnya. Bila melihat bunga ros, hati saya pasti berbunga-bunga riang. 

Dulu saya ada menanam beberapa warna dan spesis ros tapi tidak pernah dikatalogkan dan pokok-pokok tu telah selamat "kembali ke rahmatullah". Sekarang, sejak kehadiran Maryam minat itu datang semula dan saya mulakan dengan 2 warna ros iaitu merah dan putih/krim.

Menanam ros tidak susah... seperti pokok lain, ros perlukan air, tanah dan cahaya matahari. Penjagaannya pun mudah.... siram air setiap hari, baja (daun dan bunga) setiap 2 minggu. Saya letakkan pasu di hadapan rumah di bawah bumbung supaya terlindung dari terik panas matahari dan curahan hujan lebat. Sesekali saya akan bercakap cakap dengan pokok bunga..... alah..... seperti bercakap dengan "orang" yang kita sayang tu......



 2 warna dalam 1 pasu@ 2 jiwa dalam 1 hati


Si putih ni untuk Maryam


Si merah ni pula untuk saya