Wednesday, July 9, 2014

Bukan ku tak sayang

Kau dilahirkan pada September 1996.
Ikutkan sekarang dah berusia 18 tahun.
Kalau anak gadis dah selayaknya dikahwinkan.

Bukan aku tak sayang.
Sayaaanngg sangat......
Kau tak pernah meragam, jauh sekali merungut menyusahkanku,
Bila  mengenangkan usiamu yang semakin lanjut  dan kudratmu,
Ditambah dengan ketewasanku mengendalikan "nafsu",
Maka, terpaksalah.... iya terpaksalah keputusan ini diambil,
Iaitu berasingan, berpisah lalu  cerai  bertalak 3 denganmu,
Dan memilih  kepada yang lebih muda dan bergaya dari mu.
Huaaaaaaa.....






Sang Kancil Ezi 660, 1996


JEE 8376 dalam kenangan




Hantaran pinangan pada 1996 = RM25,000 ++. Hutang selama 3 tahun.
Tuntutan "nafkah edah" pada 2014 = RM3,200.00. Tunaiiii .... Alhamdulillah.....



Selamat bersara dan kalau ada rezeki jumpa lah kita di jalanan bersama tuan baru mu, ya. Pengalaman 18 tahun bersamamu adalah antara detik detik indah dalam hidupku. Terima kasih kerana mewarnai hidupku.


I love you, Sang Kancil ku..... muah !!! Jasamu ku kenang.














No comments:

Post a Comment