Wednesday, July 9, 2014

@ Legoland

Hujung minggu lepas Mak dan Umi sekeluarga berkunjung ke rumah kami. Katanya nak ajak ke Legoland. Kami ok ajer.... memang menunggu peluang nak ke sana.

Pagi Sabtu... seawal jam 6 pagi semua budak-budak dah bangun dan bersiap. Excited nak pergi Legoland lah katakan...... hehehe.....

Jam 8.00 pagi, kami bertolak dari Kluang menuju Nusajaya melalui lebuhraya PLUS. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Tujuan kami ialah untuk sampai sebaik waktu pembukaan dan untuk mengelakkan bertembung dengan kedatangan bas-bas rombongan yang biasanya tiba selepas jam 10 pagi.

Setiba di sana dalam jam 9.15 pagi dan masih lengang lagi. Kami parkir di Medini Mall  iaitu parkir yang paling hampir dengan Legoland. Bayarannya RM2 untuk jam pertama dan RM1 untuk sejam berikutnya.

Di Medini Mall ada beberapa restoran yang telah dibuka untuk kemudahan pengunjung bersarapan. Pilih sahaja mengikut selera. Harga? Biasalah.... lebih sikit daripada di luar. Mujur kami telah bersarapan di rumah dan ada juga membawa serba sedikit makanan ringan yang "diseludupkan" di dalam stroller dan beg susu anak.

Tiket dah ada dalam tangan. Kami beli online. Jadi, tiadalah masalah nak beratur ke di kaunter. Harga tiket boleh dilihat di website Legoland, ya. Sebelum masuk, dapatkan peta dan rancang nak ke bahagian mana dahulu.

Hari itu cuaca amat panas. Kami  membawa bersama cermin mata hitam, topi, payung dan memakai sunblock. Kalau tidak, maunya kulit rentung nak sampai ke petang.....

Acara wajib bagi semua pengunjung iaitu bergambar di hadapan pintu masuk Legoland. Kami juga tak terkecuali. Jakun sekejap.

Ahli rombongan kami


Kami mula-mula tuju ke bahagian permainan seperti roller coaster, driving school, train ride dan lain-lain untuk mengelakkan orang ramai akan yang akan tiba tengahari nanti. Setakat nak jalan-jalan ambil gambar, tu kemudian-kemudian pun tak apa.










Di dalam Legoland, bukan hanya anak-anak yang seronok. Kami mak bapak pun sama seronok. Iyalah... masa zaman kami kecik-kecik manalah ada taman tema, kan? Hendak-hendak ada permainan yang orang dewasa boleh main..... lupa jap ada bawak anak kecik ! Aku lah tuuu.....




Di dalam Legoland juga disediakan restoran dan gerai menjual air minuman. Ada juga kedai menjual barang-barang cenderahati. Kami hanya membeli t-shirt untuk anak sahaja. Siapkan aje lah RM nya!


Antara restoran yang ada



Setelah 5 jam berada di dalam Legoland..... kaki dan badan pun dah penat.... cuaca panas telah bertukar mendung dan hujan renyai, kami pun ambil keputusan pulang. Di sini, kalau cuaca mendung hendak hujan, segala aktiviti permainan dihentikan oleh pihak pengurusan....... untuk keselamatan katanya !

Perjalanan pulang ke Kluang berjalan lancar. Walaupun penat tetapi gembira. Sekali-sekali, apa salahnya, kan ? Anak gembira.... kami tumpang gembira. Hehehe.......




P/S : Amat bersyukur diberi kesempatan ini..... Maka, nikmat Tuhan yang manakan yang kamu dustakan?













No comments:

Post a Comment