Thursday, December 22, 2011

Mata saya...

Seingat saya, saya mula "tak nampak" sejak dalam darjah 3.

Darjah 4, mata saya masih "tak nampak" lagi...

Dah Darjah 5 pun, lagi teruk "tak nampak"nya..... Dalam kelas, Cikgu letak saya di meja paling hadapan sebab saya selalu salah salin apa yang cikgu tulis di papan hitam (tahun 78... mana ada white board lagi? Hehehe.....) Kat rumah,mak tak pernah tahu dan tanya masalah saya.... saya pulak "takut" nak cakap..... yelah, mak-mak zaman dulu tak sama dengan mak-mak zaman sekarang! Sehinggalah satu hari tu saya "ditangkap" mak kerana membaca buku terlalu rapat dengan mata....

2,3 hari lepas tu saya dibawa ke kedai cermin mata.... check mata dan terus buat cermin mata....saya masih ingat lagi... keputusan "check mata"... saya rabun dekat dan kena buat cermin mata dengan power 300 di mata kiri dan 250 di mata kanan.

Sejak dari itu, cermin mata tak pernah lekang dalam kehidupan saya. Tahun bertambah, rabun saya pun bertambah gak..... tambah free dapat astigmatism lagiii....

Segala aktiviti terbatas.... tapi nak buat macam mana? Sabar ajelah....

Tahun ni tahun yang ke 33 saya pakai cermin mata. Sekarang ni mata saya semakin teruk... pandangan jauh memang dah confirm kelam .... pandangan dekat pulak dah mula kelam-kelam.... kira dah dapat full package (short sighted + long sighted + astigmatism). Nikmat Allah dah mula berkurangan sikit demi sedikit..... astaghfirullah al'azim......


Tiba-tiba saya dapat offer dari Kanda..... nak try buat "Lasik" tak? Hah???? Saya? Malu-malu kucing pulak..... hahaha....

No comments:

Post a Comment