Thursday, December 29, 2011

Pengantin 1.1.12

Ni kisah benar.... bukan tujuan untuk mengumpat tetapi mengambil iktibar, contoh dan tauladan. Maaflah, nama sebenar "watak" dirahsiakan....

Sebelum ini "H" pernah bertunang dengan sorang jejaka dan merancang majlis pernikahan. Segala persiapan untuk pernikahan telah sempurna disediakan. Malangnya, pada hari pernikahan pengantin lelaki tidak menghadirkan diri. Apa masalahnya, tidak pulak saya ambil tahu !(Konon.....tak nak dikatakan kepochi.... hehehe...). Majlis pernikahan bertukar menjadi kenduri tahlil dan arwah, juga beberapa doa dibacakan sebagai pengubat hati "H".

Kesian melihatkan bekas bakal pengantin yang menangis tersesak-esak di tepi pelamin dan dulang hantarannya. Sabarlah dik... seperti kata Ustazah "S" biar tak jadi hari ni daripada dah jadi tapi tak jadi. Kami juga mendoakan semoga "H" akan bertemu jodoh dengan orang yang lebih baik dari si dia yang memungkiri janji tu....


Beberapa minggu yang lalu saya menerima kad undangan dari keluarga "H'. Alhamdullilah, berkat kesabarannya menghadapai dugaan yang memeritkan itu, kini dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka lain iaitu "R" pada 1hb Januari 2012 nanti.


Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada "H" dan "R" suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Aamiin ya Yabbal Alamin.....



P/S : Ya Allah... mudahkan dan ringankanlah jodoh kedua-dua anakku, Muhammad Iman dan Ayesha dengan pasangan masing-masing. Aamiin...

No comments:

Post a Comment