Saturday, January 28, 2012

2 malam di Marang

Cuti Tahun Baru Cina tahun ni bermula dari 21-28 Jan 2012. Apa yek nak buat cuti lama-lama ni?

Kami bercadang berjalan ke Terengganu. Kali ni kami bercadang nak ke Marang. Sebelum ni Kuala Terengganu, Tasik Kenyir menjadi pilihan destinasi. Apa ada di Marang tu?

Tugu Udang dan Sotong di Marang

Hari pertama kami menginap di Seri Malaysia, Marang. Oklah HSM ni. Alhamdullilah dapat bilik standard yang agak luas untuk kami empat beranak. Tak mahal RM140 semalam aje. Sarapan pagi seperti nasi lemak, laksa, bubur nasi, roti dan buah-buahan disediakan. Oklah....boleh tahan makanannya....


Makan malam kami di Pantai Kelulut Esplanade. Hah! Kat sinilah saya dapat bertemu dengan makanan kesukaan saya iaitu s.o.t.o.n.g ! Hahaha..... sukanya hati saya... tercapai hajat! Idak ler balik kena jilat tapak tangan..... hahaha.....


Keesokkannya kami bersiar-siar di sekitar Marang. Antara tempat yang kami lawati ialah Masjid Sultanah Nur Zahirah. Sempatlah kami mengerjakan solat dhuha di sini. Selain dari itu, pantai menjadi pilihan. Duduk-duduk ambil angin sambil posing-posing. Nak mandi...pantainya tak sesuai...pantainya bercerun tambah pula dengan ombak yang deras dan kasar. Insya allah di lain kunjungan kami akan ke Pulau Kapas pula. Bila tu? Entahlah..... angan-angan jer dulu.....

Hari kedua kami berpindah tempat penginapan. Kali ni di Kamal Guest House. Harganya RM75 semalam. Bolehlah untuk "orang-orang yang terdesak"... janji ada tempat nak tidur dan mandi.....

Hari ni dapatlah kami berjalan ke Kuala Terengganu. Ke mana lagi kalau tak ke Pasar Payang. Mak oi ramainya orang.... tambah lagi dengan jalan jam....susah nak cari parking. Taubat rasanya ! Tapi saya pergi juga untuk mencari beberapa barang kiriman kengkawan. Mulanya saya tiada niat nak beli baju batik sutera Terengganu. Yelah, nak pakai pergi mana, kan? Takkan nak ke dapur pakai baju batik sutera? Buang tebiat apa? Hahaha.... Tapi, bila dah sampai pasar Kedai Payang tu.... hah kau! ternganga mulut tengok keindahan baju batik sutera. Nyaris tergoda..... sebbaek masih kuat iman. Hahaha....

Esoknnya kami bersiap untuk pulang ke Selangor. Sempatlah beli keropok lekor, keropok kering dan beberapa makanan lain.

Apa yang saya suka dengan trip kali ini :
1) Marang - aman, damai. Orangnya peramah, tak lokek dengan senyuman.
2) Makanan - puas hati dapat makan sotong culup tepung yang sedap.
3) Iman gembira
4) Dapat menunaikan janji dan mengembirakan orang lain

Sebelum pulang, sempatlah kami singgah di Rantau Abang, Kuala Abang dan Dungun. Posing-posing ambil gambo laut dan pantai.....



P/s : Sebelum memulakan perjalanan saya beristikhoroh dan berdoa "Ya Allah, jika perjalanan kami ini membawa kebaikan, maka berkatilah dan mudahkanlah perjalanan kami. Kalau tidak membawa kebaikan, halang dan batalkanlah perjalanan kami ini".

No comments:

Post a Comment