Tuesday, March 6, 2012

Bersauna kita... yokkkk !

Alhamdullilah..... hari ni saya nak cerita fasal "kemaruk" bersauna...... hehehe......

Segalanya bermula minggu lepas bila saya menyedari saya ni ada 10 dari 13 tanda-tanda "murung" (sila rujuk entry sebelum ini bertajuk Kemurungan). Masya allah..... Ni tak boleh jadi... Lalu saya mula menyusun langkah-langkah proaktif ( chewah!!) untuk "bangun" kembali. Antara langkah permulaan saya ialah :

Bersauna untuk kesihatan (yea lah tuuu...... kihkihkih....)


Inilah "sauna box" yang saya gunakan. Sila abaikan model dlm gambar di atas. (Saya tak reti lah nak buang gambar model tu!)

.

Di dalam "periuk" tu saya letakkan beberapa daun herba dan bunga seperti :

  • Daun pandan - mewangikan badan dan menghitamkan rambut
  • Daun selasih - menghilangkan demam, sakit kepala, melancarkan perjalanan darah
  • Daun dukung anak - mengawal gula dan menghalang sakit di hempedu
  • Daun mengkudu - membuang toksin, menstabilkan pengaliran darah untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi/rendah dan mengekalkan tahap gula dalam badan
  • Daun kari - untuk menhitamkan rambutpenyakit tekanan darah tinggi/ rendah
  • Daun duri 7 bilah - untuk mebuang toksik dan
  • Daun semalu - untuk mengubati insomnia atau kesukaran tidur
  • Daun serai wangi - untuk memanaskan badan dan membantu melancarkan pengaliran darah dan mewangikan badan
  • Daun limau purut - mewangikan badan
  • Daun lidah buaya - untuk melicinkan kulit dan menghilangkan bau badan
  • Bunga mawar - melancarkan haid dan penyakit "orang perempuan"
  • Bunga kertas - melancarkan haid dan penyakit "orang perempuan"
  • Halia- untuk membuang angin dan merawat uban
  • Limau purut dan limau nipis - merawat gout, dan asidik di dalam limau dapat menolong membakar lemak dan mencairkan kolesterol
  • Kulit kayu manis - untuk mencuci darah dan merawat jerawat

Alhamdullilah, barang-barang di atas semuanya ada di sekitar rumah saya. Tak payah susah -susah nak cari.

Ada banyak lagi daun herba dan bunga yang boleh ditambah seperti daun beluntas, nenas kerang, lilipan, sirih, bambu, bebuas, semalu, lidah buaya, gada rusa, misai kucing, inai, origano, bunga melur, bunga raya, bunga orkid, bunga corong, bunga balung ayam, bunga marigold (segan eh nak sebut nama melayu dia tu....) , kulit buah orange, buah epal, cili segar, buah terung pipit, biji keembong, buah keras dan ubi lempoyang dan jerangau.

Buat permulaan tempoh bersauna adalah 15 min. Selepas beberapa kali bolehlah dinaikkan ke 20 min dan kemudian boleh dinaikkan lagi hingga ke 30 min. Jangan lelama sangat.... nanti letih dan lesu badan akibat kehilangan banyak air !

Lepas jer bersauna, minumlah banyak air untuk mengantikan air yang hilang semasa bermandi peluh tadi. Kalau rajin, timbanglah berat badan sebelum dan selepas sauna dan tengoklah hasilnya.

ANTARA KEBAIKAN DAN KELEBIHAN BERSAUNA :

  1. Membakar Lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur.
  2. Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin, baik untuk bertangkas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan, menambah susu badan dan mencairkan lemak.
  3. Menyingkirkan toksik badan melalui peluh : toksik seperti aluminum, cadmium, lead & mercuri .
  4. Mengurangkan risiko darah tinggi, kencing manis & dll-meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan sistem imunisasi badan.
  5. Menyegarkan tubuh badan anda selepas penat bekerja.mengurangkan kesakitan anggota badan,sakit urat, sendi dan sengal2 tulang.
  6. Mengurangkan sinus/resdung dan jerawat : menggantikan sel-sel yg telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit, kulit menjadi lebih menawan, segar, halus dan licin.
  7. Menggantikan aktiviti berjogging dan bersenam.

Dalam minggu ni saya sudah buat sebanyak 3 kali. Insya allah selepas ini akan menjadi rutin mingguan. Sedapnya rasa badan bila berpeluh-peluh seperti mandi ! Mood pun ok ajer.... kembali ceria..... hehehe.....

Alhamdullilah aktiviti bersauna ni dapat dikongsi bersama Kanda dan kawan-kawan baik saya seperti Kak Zie dan suami , Rina dan suami serta Zah dan suami. Kanda kata di samping dapat mengeratkan hubungan dapat juga kita berbuat kebajikan.









No comments:

Post a Comment