Saturday, March 3, 2012

KEMURUNGAN–KENALI KEMURUNGAN DAN TIPS MENGATASI

Wanita Hari Ini TV3 on Friday, September 30, 2011 at 10:05am ·

KEMURUNGAN –KENALI KEMURUNGAN DAN TIPS MENGATASI

Pengenalan

Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada mereka yang terlibat

Punca Kemurungan

- Mengalami peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit Antaranya

  • kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak (meninggal dunia atau berpisah) dan pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut. Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai
  • kehilangan maruah diri tanpa kerelaan hati (mangsa perkosaan / sumbang mahram)

- Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri/suami/ahli keluarga)

- Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh : kegagalan dalam kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)

- Bagi sebilangan wanita, kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan, individu ini lebih terdedah kepada kemurungan.

Tanda-tanda Kemurungan

  • Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan
  • Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau berlebihan tidur
  • Cepat letih. lesu dan tidak bermaya /bertenaga
  • Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)
  • Amat sensitif , pendiam dan suka mengasingkan diri
  • Perasaan pesimistik Hilang semangat, putus asa/putus harapan
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
  • Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.
  • Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu. Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan.
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
  • Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.
  • Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput)

Tips Untuk Mengatasi

  • Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua simpton tersebut berlaku. Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu.
  • Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan mendekatkan diri kepada Allah, pasrahkan diri dan redha dengan ketentuanNya. Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.
  • Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir
  • Jika terasa ingin menagis, menangislah untuk menghilangkan sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia. Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.
  • Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.
  • Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri
    Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.
    Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.
    Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.
  • BELAJAR SEDIKIT DEMI SEDIKIT UNTUK MENERIMA KEHILANGAN YANG BERLAKU DAN MULAKAN PENGHIDUPAN BARU. YANG PERGI HANYALAH JASAD, TETAPI , CINTA DAN KASIH SAYANGNYA TETAP ADA DIHATI KITA, TEGUHKAN SEMANGAT DENGAN TERSEBUT.
  • JIKA HILANG SESUATU YANG BERHARGA PADA DIRI, BINALAH YANG BARU, KERANA SEMUA ITU TERLETAK PADA DIRI SENDIRI. ORANG YANG PALING PENTING UNTUK BERUSAHA MENGEMBALIKAN KEBAHAGIAN DAN KEHARMONIAN HIDUP KITA ADALAH KITA SENDIRI.


HAJAH KAMALIAH ABU : Ketua Pegawai Psikologi , UiTM ; 28 September 2011


No comments:

Post a Comment