Aku pun tak tahu apa pasal lah sekarang ni..... dalam 2-3 bulan kebelakangan ni, badan rasa macam tak sedap aje.... tu tak kena, ni tak kena..... sebab cuaca yang tak menentu ker...... atau.... ??????
Lalu aku fikir elok aku cuba "Rawatan Terapi Ozone" (RTO).
Inilah mesin yang digunakan...darah dikeluarkan dan dicampurkan ozone (yg dalam tabung hitam tu) dan dibersihkan di dalam mesin ini dan kemudian dimasukkan kembali ke tubuh badan. Hanya 1.8 liter darah yang dikeluarkan dan dibersihkan (iaitu bersamaan dengan 40% dari jumlah keseluruhan darahku). Proses ini mengambil masa selama sejam.
Tiub keluar masuk darah
Perhatikan ada 2 tiub di situ. Yang berwarna lebih gelap (eeee..... hitamnya) dari lengan kanan ialah darah yg baru keluar dari tubuhku dan belum dirawat lagi. Manakala tiub yg berwarna merah terang di lengan kiri tu ialah darah yang telah dirawat dan dimasukkan kembali dalam tubuh.
Proses rawatan sedang berjalan
Ni cecair hasil dari penyingkiran toksin dari badanku. Nampak "benda" putih yang berbuih kat atas cecair tu? Kata Doktor, tu ler lemak/ minyak (lupa lak aku ...) yg dikeluarkan dari darahku. Hahhhh??? Sebbaek sikit ajer, kan?
Selepas buat RTO aku dinasihatkan supaya menjaga pemakanan dan berpantang selama 2 minggu (agak-agak ler sendiri).... kurangkan makanan berminyak, berlemak dan manis. Masak rebus-rebus ajer, stim dan panggang aje ler..... sayur pulak kena ambil yang segar dan makan mentah........ Ok, Doktor ! No problem....
Dan hasil keputusan daripada medical check-up, Doktor kata kesihatan aku ok.... Alhamdullilah... hilang segala kerisauan....
Kosnya :
Consultation = RM100.00 + Medicine (Progutt Cap + Rinenzyme) = RM303.00 + Investigations (Renal, Urine, HBA1C, Homocys, CRP) = RM171.00 + Injections (L-Carn, Vit C) = RM408.00 + Surgery (Ozone) = RM388.00. Jumlah keseluruhan = RM1370.00
==================================================================
Cara ozone bertindak :
Ozone berupaya menghapuskan pelbagai virus, bakteria, fungus dan lain-lain mikroorganisma disamping sel-sel kanser di dalam darah.ianya juga meningkatkan sistem pertahanan badan, membersihkan darah dan sistem limfatik, menormalkan proses penghasilan hormon dan enzim dan mengurangkan proses keradangan (inflammation).
Kelebihan ozone
Melalui mekanisma tindakan diatas, terapi ozone boleh diguna sebagai sebahagian kaedah rawatan holistik untuk merawat:-
- Menyahaktif virus, bakteria, kulat fungus dan protozoa.
- Merangsang sistem pertahanan badan atau imun.
- Membantu dan mempercepatkan proses penyembuhan luka atau gangren.
- Memecahkan lemak iaitu kolesterol dan trigliserid, membersihkan arteri dan vena dan memperbaiki peredaran darah.
- Meleraikan gumpalan sel darah merah, memperbaiki pengangkutan oksigen dan aliran darah.
- Membantu menyahtoksin oleh hati.
- Membersihkan darah dan limfa.
- Menstabilkan penghasilan hormon dan enzim.
- Mengurangkan radang atau inflamasi.
- Mengurangkan kesakitan dan menenangkan saraf.
- Menghentikan pendarahan.
- Mencegah koma dan kejutan.
- Memusnahkan radikal bebas.
- Mencegah kerosakan akibat strok.
- Mengurangkan ketidaktentuan rentak jantung.
- Memperbaiki fungsi otak dan ingatan.
- Menyingkirkan toksin.
- Merangsang penghasilan semua enzim perlindungan sel.
- Menghalang penyakit degeneratif atau kebakaan.
- Menghalang dan merawat penyakit berjangkit.