Hari Ibu tahun ini seperti hari minggu biasa-biasa....
Tiada sambutan...... tiada hidangan istimewa..... tiada kek..... tiada hadiah.... tiada bunga...... tiada ucapan.... dan tiada semuanya seperti yang dicanangkan dalam media......
Sedih? Tak adalah.... biasa ajer.....
Cuma yang ada........
Selepas bersolat subuh di masjid, ku lihat Kanda membaca surah Yassin. Aku tahu...... dia menghadiahkan bacaan Yassin tu untuk maknya, arwah ibuku dan diriku......
Jadi, hari Ahad itu kami tiga beranak menghabiskan masa bersarapan bersama dengan sarapan yang kami masak bersama, kemaskan kebun yang sekangkang kera tu, layan Iman berkubang dalam besen air. Kemudian pergi memenuhi jemputan perkahwinan, balik rumah.... tengok tv, makan, tidur....... sedar-sedar hari dah malam.......
P/S : Terima kasih Kanda kerana meredho akan daku......