Yelah... rasa macam dah lama jerk tak update diari aku nih... Entahlah..... aku tak idea nak "catit" apa dan tak ada kekuatan untuk meneruskan. Kesian, kan?
Ramadhan dah berlalu... Pengisian Ramadhan tahun ini aku rasakan amat berkurangan dari tahun-tahun lepas. Aku hanya dapat mengerjakan puasa selama 17 hari, solat terawih yang kurang dari 17 malam dan berkesempatan membaca Alquran sejuzuk lebih sikit saja..... kesian, kan?
Masa aku banyak dihabiskan untuk Iman dan Maryam Akiko. Maryam, anak manja... sangat-sangat manja.... Walaupun dia tak banyak kerenah tapi dia sentiasa menuntut perhatian, minta selalu didampingi, dilayan berbual dan bermain.... Tu belum kiraIdugaan berpuasa dalam cuaca panas yang amat meletihkan jiwa dan raga.... hehehe....Kesian, kan?
Tahun ini Iman masih belum ku ajar berpuasa. Dia masih lagi menyusu, jarang makan nasi. Jadi, macam mana aku nak suruh dia berpuasa? Kesian, kan?
Alhamdullilah langsir baru untuk tingkap dan sliding door yang sepatutnya boleh siap dalam 3-4 hari "berjaya" gak disiapkan dalam tempoh masa sebulan . Kesian sungguh, kan?
Syawal... kami beraya di kampung Kanda (begitulah kebiasaannya sejak pemergian mak aku). Hari terakhir puasa, ibu mertaku mengadakan majlis solat berjemaah, bacaan yassin dan tahlil untuk keluaga dengan Kanda yang menjadi Imamnya.
Hari Raya... macam biasa... pergi rumah yg biasa kami pergi setiap kali raya....Kami beraya dari Sepang, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan Muar. Raya kali ini amat meyeronokkan dengan kehadiran Maryam Akiko. Terima kasih Allah kerana mengurniakan nikmat ini untuk kami.......
Ketika ini..... di kejiranan rumahku sedang sibuk bermarhaban. Giliran rumahku pula pada minggu depan. Seronoknya......
Ketika ini juga aku sedang mebilang duit raya anak-anakku..... hehehe.... nampaknya "kutipan" duit raya Maryam Akiko melebihi dari "kutipan" Abang Iman! Insya allah penghujung syawal nanti, duit itu akan ku depositkan dalam akaun Tabung Haji mereka. Anak-anakku, duit kalian mama masuk dlm akuan TH. Gunakan duit itu sebagai simpanan untuk mengerjakan haji nanti. Ingat, bila dah sampai ke tanah suci, doakan untuk semua orang yang telah menyumbang untuk kalian, ya !
Kepada anda yang membaca, saya ucapkan selamat menyambut aidil fitri mohon maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.....