Berkhitan Bagi Bayi Perempuan (Majalah Pa & Ma, Jan 2011)
Tahukah anda : Waktu yang sesuai untuk bayi perempuan dikhitan adalah semasa ibunya masih lagi dalam tempoh berpantang. Ianya dilakukan oleh bidan-bidan di kampung namun kini perkhidmatan berkhitan terdapat di klinik-klinik. Hukum berkhitan pula adalah tidak wajib tetapi digalakkan dilakukan dengan memotong sedikit sahaja sepertt yg disebut dlm hadith:
"Potonglah sedikit dan jangan kau potong yang berlebihan, kerana hal itu akan mencerahkan wajah dan menyenangkan suami."(Yusuf Alqaradhawi, fatwa muasirah)

Saya dah buat appoinment dengan GP kami untuk mengkhitankan Maryam sejak Maryam "dalam hari" lagi tetapi GP mencadangkan khitan yang paling sesuai ialah dalam usia 3-6 bulan. Maka, genap usia Maryam 4 bulan saya menghantar Maryam untuk dikhitankan.
Proses berkhitan mengambil masa sekejap... tak sampai 5 minit! Dr Nora mulakan dengan membaca doa, mencuci, memotong sedikit kulit hingga mengeluarkan setitis dua darah, sapu ubat dan selesai ! Alhamdulillah..... Maryam sedikit pun tidak menangis atau menjerit malahan sempat senyum-senyum kat kami (saya, Doktor dan pembantunya), cuma matanya saja yang agak terbeliak menahan sakit (barangkali) .... kuat sungguh semangat si manja saya ni, kan? Sori arr..... gambo tak ada....
Harga perkhidmatan berkhitan ialah RM25 manakala perkhidmatan menindik telinga bayi ialah RM25 juga. Kalau ambil kedua-dua perkhidmatan, bayaran ialah sebanyak RM40. Saya rasa Maryam masih kecil dan belum sesuai bertindik. Bimbang nanti tersangkut anting-anting pada baju dan tak pasal-pasal rabik telinga dia! Nantilah tunggu dia dah "anak dara" dulu....
Ni gambar Maryam pada usia 4 bulan. Sekarang sedang meniarap, mengangkat kepala, angkat kaki, belajar pusing-pusing dan naikkan punggung. Adik ni macam tak sabar nak membesar ajelah..... sabar-sabarlah Dik.....