Wednesday, September 19, 2012

Persiapan pendaftaran sekolah Iman

Tahun depan Iman akan mula bersekolah Tahun 1. Kami buat beberapa pilihan sekolah untuk Iman.... dari sekolah kebangsaan, sekolah agama hinggalah ke sekolah jenis kebangsaan. Kalau ikutkan angan-angan kami, kami ingin sekali menghantar Iman bersekolah di Khalifah Model School, Ampang, Selangor atau Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru.... tapi timbul pula beberapa masalah seperti logistik, penginapan dan kami menyedari  usia muda Iman dan kekurangan sifat mandiri Iman yang membantutkan niat kami (atau kami ker yang tak boleh berjauhan dengannya?) 

Jadi, buat masa ini  kami ambil keputusan untuk menghantar Iman ke sekolah kebangsaan (untuk sesi pagi) dan sekolah agama (untuk sesi petang) yang terletak berhampiran dengan rumah kami. 

Pendaftaran sekolah kebangsaan dibuka pada 1-31 Ogos 2012 lalu.... beresss ! Pelik sungguh pendaftaran sekolah tahun 1 sekarang..... kena isi borang sebanyak 5 muka surat, segala butir peribadi anak, ibu dan bapa perlu diisi hinggakan  ke no. cukai pendapatan ibubapa pun ditanya ! No. KWSP, SOCSO  tak nak tahu pulak ya?

Pendaftaran sekolah agama dibuka dari 1-30 Sep 2012. Ni tak beres lagi !!!  Hah ! Borang ni ada 6 muka surat yang perlu diisikan. Jenuh mengisi borang. Lagi satu, dalam borang tu harus disertakan dengan 3 keping gambar passport (setahu aku, masuk sekolah cina ajer yang kena letak gambo)..... gambar pulak harus memakai songkok hitam bagi pelajar lelaki dan tudung putih bagi pelajar perempuan. Maka, terhasillah gambar seperti ini :






Selepas ini,  persiapan pakaian dan kelengkapan sekolah pula akan dibuat.

Kerisauan saya, macam manalah Iman nak menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan nanti? Dia ni nilai duit ng pun masih tak kenal..... masih minum susu dalam botol..... pakaian pun masih mama yang pakaikan.... Pendek kata, masih M.A.N.J.A !



بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم