Seperti biasa, sebelum jam 3.30 petang aku dah terpacak di sekolah menunggu Iman habis kelas. Memang sengaja aku keluar awal..... padaku biar aku tunggu awal walaupun di tengah panas matahari daripada anak yang menunggu aku. Lagipun, Iman akan lebih gembira bila melihat aku sebaik sahaja dia keluar kelas.
Nak dijadikan cerita, hari jumaat lalu.... gate kecil yang biasa kami gunakan (di bahagian timur sekolah) telah ditutup dan dimangga tanpa sebarang notis. Hanya gate-gate bahagian barat dan selatan sahaja yang dibuka.
Sebelum menurunkan Iman di gate selatan, aku berpesan pada Iman yang aku akan menunggu di gate barat. Ku tunggu sehingga jam 4.00 petang dan murid-murid lain dah habis keluar tapi Iman tak muncul-muncul lalu aku kelas dia..... dia tak ada! Aku cari di kantin.... pun tak ada..... aku cari di gate timur, selatan dan barat....... pun tak ada ! Aku dah tak peduli.... ku jerit nama Iman sekuat hati...... tapi tak jumpa ! Aku cemas giler ...... huh!
Lalu aku telefon Kak Zie..... "Kak Zie..... Iman hilang!!!" . Aku pun apa lagi..... bantai melalak laa.... Iman..... Iman..... mana Iman pergi??? Masa ni dah terbayang-bayang macam-macam perkara yang menakutkan aku....... huhuhuh.... Kak Zie datang tolong mencari Iman di kawasan sekitar jalan menuju ke rumahku. Aku pula masih mencari di sekitar sekolah......
Kalaulah terjadi apa-apa kat Iman...... aku tak boleh nak maafkan diri aku !!! Aku bimbang dia diculik atau dilanggar kenderaan maklumlah di depan sekolah ada jalan besar, jalan utama ke pusat bandar.
Dalam linangan airmata mencari si Iman, ttiba-tiba aku nampak kelibat seorang budak kecil berjalan mendaki bukit menuju ke gate barat. Eh ! Tu Iman ! Berlari aku mengejarnya......
Rupanya, Iman mencari aku. Katanya, dia tak nampak aku kat tepi gate barat tu. Aku pulak tak nampak Iman di situ. Kenapa boleh jadi begini?
Tak kisahlah.... walau apa pun.... yang penting Iman dijumpai selamat, tiada sebarang cacat cela. Syukur alhamdulillah......
Akhirnya, jam 4.30 petang baru kami pulang ke rumah. Legaaaaa......... Cukuplah 45 minit aku kehilangan Iman...... cukup... tak sanggup lagi......
Tak mampu ku bayangkan hidup ini tanpa dia......