Aku ni bukanlah jenis suka/minat memasak atau suka/minat mencuba resepi baru.
Minggu lepas balik kampung, mak mertua aku bekalkan seekor ayam kampung.
Wak Gugel kata ni contoh Ayam kampung
Sebbaek ayam tu dah siap dibersihkan dan dipotong-potong. Nak harap aku bersihkan? Kirim salam aje lah....
Disuruhnya aku masak "Ungkep" sebab itu kegemaran anak dia. Disebabkan aku ni "bekerja" menjaga kebajikan anak lelaki dia, maka kenalah aku tanya mak mertua resepi masak tu. Selama ni aku tahu makan jer dan tak kuasa nak ambil tahu cara memasaknya sebab alasanku "nanti kalau dah tahu, asik kena suruh ajer..... baik toksah amik tahu.... boleh gitu?????
Siap saja masak, ku titipkan pada Kak Zie semangkuk untuk "rasa-rasa" Tak tahu pulak aku lauk ni kegemaran Kak Zie suami isteri. Kebetulan mereka sudah bertahun tidak "jumpa" masakan ini. Ibarat seperti orang mengantuk di sorong bantal lah! Kandaku dan Kak Zie somi isteri approved ! Hohoho... aku berjaya..... aku berjaya.....
Hari ni pulak, kejirananku buat "majlis makan tengahari suka-suka potluck". Adalahh 6 keluarga yang join. Kak Zie suruh aku masak Ayam Ungkep ni. Hah? Ya ampunnnn..... kan aku dah kata, kalau tunjuk boleh buat... mesti lain kali kena suruh buat lagi! pppffffttttt ....
Kesiankan kawan, aku gagahkan diri juga memasak lauk ini yang mengambil masa hampir 3 jam merenehnya.
Ni resepinya ; Ayam kampung masak ungkep
Bahan A :
Ayam (tak kisah ler ayam kampung ker ayam pencen ker ayam bandar. Potong ikut suka), kentang (potong ikut suka jugak)
Bahan B :
Serai, lengkuas, halia, kunyit, bawang besar, bawang putih. Blend.... kalau rajin giling ler.... hehehe...
Bahan C :
Biji ketumbar, jintan kecil dan biji lada putih/ sulah. Blend.
Bahan D :
Minyak untuk menumis, air, asam keping, garam, gula (sikit jer), ajinomoto (kalau suka)
Bahan E :
Hirisian cili merah dan daun sup/bawang untuk hiasan.
Cara :
1) Tumis bahan B dan C.
2) Setelah naik bau, masukkan ayam dan air. Masukkan asam keping sekali dan batang serai dititk-titik. Reneh sampai ayam empuk (kalau guna ayam kg atau ayam pencen maunya 2-3 jam) dengan api kecil.
3) Masukkan garam, gula, ajinomoto dan rasa ikut kesesuaian.
4) Hiaskan dengan bahan E.
Laaa..... senang ajekan cara memasaknya? Yang tak tahan cuma lama masa memasaknya ajer. Sori lah, tiada sukatan yang spesifik dalam resepi ini..... semuanya main agak-agak dan campak-campak dan rasa-rasa ajer.....
Ni hasilnya....
Kalau nak tahu bagaimana rasanya masak ungkep ni..... cuba bayangkan rendang ayam tanpa santan dan kerisik sebaliknya ada rasa rempah ketumbar, jintan dan lada putih. Masakan ni tidak memuakkan. Nak rendah lemak lagi gunalah minyak zaitun untuk menumis. Ayam kampung pulak ssssangat kurang lemak berbanding ayam bandar.
Hasilnya ; Alhamdulillah..... kengkawan suka masakan ini. Habissss lah akuuuuu...... lepas ni mesti aku kena buat lagi !!