Monday, April 8, 2013

Patung unta dari Mekah



Ketika kami menunaikan haji pada tahun 2006 dahulu kami telah membelikan beberapa barangan cenderahati untuk Iman.  Antaranya, sehelai sejadah, baju jubah dan patung mainan unta.

 Patung unta ni bukanlah pilihan kami .... sebaliknya hanya terikut-ikut Cik Ani iaitu rakan sebilik yang membelikan untuk cucu-cucunya sebagai ole-ole dari Mekah. Harganya cuma 'ashra riyal atau SR10 aje.

Dari kecil hingga sekarang Iman tak pernah memegang, menyentuh apatah lagi bermain dengan patung unta ini. Kenapa ya?

Baru-baru ni barulah terbongkar rahsia........ Laa, rupa-rupanya Iman takut dengan patung ini yang boleh "menyanyi" nasyid marhaban sambil matanya berkelip-kelip mengeluarkan cahaya yang sungguh menyilaukan sesiapa yang memandang.




Unta yang pandai bermarhaban



Sekarang, unta ni aku jadikan sebagai "umpan" Iman kalau dia tidak mendengar cakap kami. Pakar psikologi kata tak patut menakutkan anak...... tapi dalam realitinya ..... perlu gak ada "sesuatu" untuk "mengajar" anak. Mana boleh asyik nak ikut cakap dia ajer, kaannn????