Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan. (Al-Mujadalah, ayat 13)
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian (Al-fatir, ayat 29)
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat. (An-nur, ayat 56)
Alhamdulillah.... tahun ini kami berkemampuan lagi untuk menunaikan zakat pendapatan bagi tahun taksiran 2011. Kami membayar di kaunter pungutan zakat, Majlis Agama Islam, Kluang.
Jumlahnya... tak lah banyak... hanya 2.5% daripada pendapatan tahunan.
Doa akad zakat :
Ya Allah jadikanlah ia sebagai simpanan yang menguntungkan dan jangan jadikanlah ia pemberian yang merugikan.
Selepas itu kami diberi cenderamata buku nota seperti ini.