Thursday, May 9, 2013

Cerita seorang Gen X semasa di sekolah rendah (bhg 1)

Assalamualaikum anak-anak mama,

Mama  bersekolah rendah dari tahun 1974 hingga 1979. Mama bersekolah di beberapa tempat. Maklum ajelah..... kami tiga beradik ni anak yatim.... jadi perjalanan hidup kami banyak dicorakkan oleh orang lain (selain mak) seperti Pakngah, Uda Anis, Pakcik Daud dan saudara mara yang lain.

Mama pernah bersekolah di sini :
1) Darjah 1-2 (1974) di SRJK(E) Sultan Alam Shah, Petaling Jaya, Selangor.
2) Darjah 3 (1976) di SRJK (E) Jalan Batu Tiga, Berkeley Garden, Kelang, Selangor.
3) Darjah 4 (1977) - beberapa bulan di SRJK(E) Jerantut, Pahang.


Antara yang mama ingat tentang alam persekolahan darjah 1 -3 :

1) Subjek yang kami belajar ialah Bahasa Malaysia, English, Ilmu Hisab, Kesihatan, Agama, Jawi dan muzik.
2) Buku teks banyak menggunakan nama watak seperti Ali, Atan, Samy, Raju, Ah Kau, Ah Chong, Mei Lin, Kumari, Salmah, Fatimah.
3) Bawa beg sekolah bentuk kotak kaler merah atau beg kanvas gantung dibahu warna hijau.
4) Pakai kasut badminton master BATA warna hijau.
5) Semua murid memakai pakaian seragam yang sama iaitu pelajar lelaki memakai seluar pendek biru tua dan kemeja putih manakala pelajar perempuan memakai pinafor biru tua dan kemeja putih.
5) Para cikgu dan kawan-kawan  berbilang bangsa.... melayu, cina, india, benggali dan serani.
6) Dalam kelas,  murid akan duduk berselang seli tak kira bangsa dan jantina.


Ada satu cerita lucu semasa mama dalam Darjah 1. Setiap hari Emak mama akan membekalkan air minuman. Suatu hari tu mama bawak air root beer (sarsi). Seorang kawan mama (budak perempuan melayu) cakap..... "orang melayu tak boleh minum air root beer sebab ada beer". Mama bergaduh dengan kawan mama tu sebab mama kata boleh minum. Kami tak bertegur sapa selama beberapa hari. Hahaha.....

Setiap hari Mak beri duit sekolah 20 sen setiap anaknya. Zaman tu tak ada lagi dompet untuk kanak-kanak. Jadi duit sekolah akan diikat pada hujung saputangan. Duit 20 sen amat bernilai. Bayangkan, boleh beli mee kari semangkuk (10 sen), kuih dua keping (5 sen) dan gula-gula 4 biji (5 sen). Zaman sekarang 20 sen boleh dapat apa, ya? Dengar cerita budak-budak sekarang duit sekolahnya sehari hampir RM5.

Setiap minggu cikgu akan memeriksa kuku tangan murid-murid. Siapa yang berkuku panjang dan kotor... siaplah... akan diketuk dengan pembaris kayu 36" tu. Semasa kecil, mama adalah penggigit kuku tegar. Jadi, tak merasalah pembaris tu......


Ok lah. Nanti di entry akan datang mama akan cerita pula pengalaman dan kenangan semasa di darjah 4-6.











No comments:

Post a Comment