Habis jer periksa Iman dah "meroyan" ajak jalan-jalan. Nak pergi mana, ek? Mama cadangkan kita pergi Desaru. Sambil melepaskan tension Iman, percutian hujung minggu ni juga bersempena dengan ulang tahun pertama Maryam. Sambutan Hari Ibu? Ok jugak kan.... boleh mama relax-relax..... hehehe....
Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam mengikut jalan Kluang-Bandar Tenggara-Kota Tinggi-Desaru. Akhirnya kami sampai ke destinasi iaitu :
Tiada masalah dalam urusan check-in. Tempahan bilik kami buat melalui Agoda.com.
Oleh kerana mama dan babah pernah ke sini beberapa tahun dahulu, jadi "graf kejakunan" tidaklah mencanak. Cuma Iman ajelah yang jakun sorang-sorang..... hahaha..... Duluuuu, Lotus Desaru ni dikenali dengan nama Desaru Impian.
Kat sini aktiviti utama kami ialah melayankan Iman dan Maryam main air.... dari laut, taman tema air hingga ke tub mandi dalam bilik air.....hahaha.....
Sebelum main air, kita posing dulu arr...
Gambar taman tema air dari google. Walaupun taman tema airnya agak kecil dan terhad, tapi bolehlah.... janji anak-anak terhibur.
Pantai Desaru cantik. Pasir memutih saujana mata memandang. Tapi... AWAS ! Pantainya curam, ombak kuat.... maklumlah menghadap laut lepas iaitu Laut Cina Selatan. Pernah terdengar cerita beberapa orang mendakwa melihat jerung dan ikan lumba-lumba berkeliaran di situ. Jadi, Iman hanya dapat celup-celup kaki sambil main ombak.
Pemandangan pantai Desaru dari udara (sumber google)

Angkat kaki seluar tu... nanti basah !
Iman seronok mengejar ombak
Iman seronok mengejar ombak
Selain aktiviti main air ialah aktiviti bersukaria dan berpoya-poya anak beranak.
Komen tentang makanan....
1) Makanan di resort ini : Alahai....... so-so ajerrrrrr..... dah itu rezeki kami, makan aje laaa....
2) Kami makan malam di Restoran Terapung Firefly yang terletak di Sungai Lebam. Jarak dari resort ke restoran ini lebih kurang 8-9 km. Masakan sedap dengan ikan segar dari sangkar yang terletak di sebelah restoran. Menu kami ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung (sudah semestinya!!! hehehe...) tomyam, kailan goreng belacan dan telur dadar.
Restoran Terapung Firefly : Sumber google
Alhamdulillah.... semua merasa seronok terutamanya si Iman. Siap boleh sound mama...."nanti bulan oktober nak datang sini lagi sambut birthday Iman". Iya lah tuuuuuu..... :)
No comments:
Post a Comment