Thursday, February 16, 2012

6 tahun : 15 Feb 2012

Semalam, 15 Februari 2006 genap 6 tahun ikut perkiraan tahun masihi pemergian mak.

Masih aku ingat lagi.... pada hari itu...aku berjanji dengan mak untuk datang pada pukul 3 pagi untuk menghantar Uda bergilir manjaga mak di hospital di samping membawa Yanty pulang ke rumah. Yanty kata, mak asik tanya dah pukul berapa sekarang dan asik mengeluh lambatnya dia nak datang..... seolah-olah mak tak sabar menanti kedatangan seseorang..... Yanty ingatkan mak tak sabar menanti kedatanganku....

Jam 3.20 pagi, aku sampai di hospital. Yanty menceritakan mak asik menanyakan waktu... Kami menganggap biasa ajer.... Kami yang tidak ada pengalaman menghadapi saat terakhir insan dan tidak terfikir langsung ini tanda-tanda akhir mak atau pun kami semua dalam "keadaan penafian"... kami mengharapkan mak akan bersama kami untuk beberapa ketika lagi.....

Uda bersetuju menjaga mak waktu dinihari itu dan aku berjanji akan datang lagi ke hospital selepas solat subuh nanti. Yanty pun ku ajak pulang ke rumah.... Sebelum ni aku seorang lah yang menjaga mak sebelum kedatangan Yanty dan Uda hari itu....

Entah macam mana kami semua tertidur dan terjaga pada jam 7 pagi... mungkin aku terlalu letih semalam.... Lantas segera aku bersolat subuh dan bersiap untuk ke hospital.

Jarak dari hospital ke rumah ku adalah dalam 2-3 km dan ambil masa tak sampai 5 minit. Entah kenapa pagi itu aku rasakan macam jauh sangat perjalanan ke hospital.....

Setibanya aku di kawasan tempat letak kereta, Uda menelefon menyuruh aku segera datang tengokkan keadaan mak.... Aku bergegas berlari ke wad mak ditempatkan.....

Sewaktu ku sampai mak baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya. Doktor mengesahkan kematian mak... Aku pun tak tahu dari mana aku dapat kekuatan.... aku berlagak tenang, ku lurutkan kelopak mata mak, ku qiamkan tangannya dan ku tutup wajahnya. Lalu aku duduk di sebelah mak membaca alfatihah dan surah yassin sementara menantikan urusan selanjutnya.

Tak lama selepas itu, muncullah wajah-wajah yang aku kenal tiba. Antaranya Pak Ji Sharif, Che Lan, beberapa jiran dan saudara mara. Pak Ji Sharif dan Che Lan lah yang menguruskan hal berkaitan dengan pengkebumian. Aku tak tahu nak berbuat apa..... kami serahkan aje kepada mereka.....

Jenazah dibawa ke rumah mayat untuk urusan mandi dan mengkafan. Di sana kulihat Ustazah Shikin sedang menunggu. Lantas aku menawarkan diri untuk menolongnya memandikan jenazah mak. Yelah sebelum ni memang tugas aku di rumah untuk memandikan mak. Melihatkan aku berdua dengan Ustazah, Uda dan makcik Adah menawarkan untuk membantu. Selesai mengkafan, jenazah mak disolatkan di ruang solat oleh beberapa orang yang hadir. Alhamdullilah aku sentiasa bersama mak ketika ini dan sentiasa membacakan kalimah ayat-ayat suci untuk mak.....

Selepas itu jenazah mak dibawa ke rumah untuk memberi penghormatan terakhir oleh saudara mara dan sahabat handai. Di rumah juga solat jenazah dilakukan lagi. Alhamdullilah saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga mengadakan bacaan yassin dan tahlil. Kata mereka, wajah mak seperti wajah orang yang sedang tidur....

Sebelum azan Zohor, jenazah mak dibawa ke Masjid Jamek Bandar Kluang yang terletak berhampiran rumahku untuk disolatkan sekali lagi selepas solat zuhur. Selepas itu barulah jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Alhamdullilah aku dapat menjalankan tanggungjawab ku yang terakhir sebagai anak dengan memandikan, mengkafankan, bersolat jenazah dan mengiringi ke tanah perkuburan.

Ya allah ya tuhanku... ampunkanlah dosa dan kesalahannya, rahmatilah dan berilah kasih sayangmu kepadanya, jadikanlah alam barzakh ini sebagai taman syurga buatnya, letakkanlah dia di sisi orang-orang beriman, permudahkanlah segala urusannya hingga ke syurga dan temukanlah kami kelak di sana.... Aameen.... Sehingga hari ini, tidak pernah berlalu satu hari pun tanpa ku hadiahkan al-fatihah untuk mak.....


P/S : Maakkkkk... orang rindu kat mak !!!! Al-fatihah......