Saturday, October 15, 2011

15 Oktober (Part II)




Assalamualaikum anakanda Iman....

Mama tahu Iman belum reti lagi amende makna"wedding anniversary". Yang Iman tahu "jom jalan-jalan" ajer, kan?

Jadi, sempena "wedding anniversary" mama dan babah, babah nak ajak kita meraikan dengan cara yang kita sekeluarga suka iaitu.... pergi piknik....mandi laut di Teluk Gorek, Mersing.... Iman tentu suka kan?

Nak pergi piknik, macam biasalah...mama cuma angkut kain baju dan bekas susu Iman aje. Makanan lain? Tak apa.... nanti kita singgah di Mersing cari bekalan makanan, ok?

Di Mersing Kanan, mama singgahlah beli mee rebus, laksa penang, kuih donat dan kuih cik mek molek buat bekalan.

Tiba di Telok Gorek Resort, tengok-tengok air lautnya dah mula surut. Tak kisahlah.... cuaca sangat cantik dan angin bertiup nyaman. Ombak pulak saling berkejaran di pantai yang landai itu. Iman lah manusia yang paling "happy" saat ini..... Mama dan babah tumpang gembira melihat Iman happy.

Kat sana, kita mandi laut, main ombak, kejar ketam, cari kepah dan siput. Penat buat semua tu, kita baring-baring pulak di pantai membiarkan ombak memukul badan kita. Seronok kan, Iman? Sedar tak sedar, 4 jam masa berlalu......

Iman, babah kata kehidupan ini bukanlah untuk duit walaupun untuk hidup memang kita memerlukan duit. Tapi, duit bukanlah jaminan kebahagiaan. Bersederhanalah dalam hidup ini.


P/S : Arghhh... rasa "berdosa" pulak mama nak sambar bag Braun Buffel tu..... Pandai babah psiko mama..... hehehe....

No comments:

Post a Comment