Tuesday, October 18, 2011

Pengalaman Haji 1426 Hijrah/ 2006 Masihi (Bhgn 2- Medina)

Assalamualaikum Iman.....

Berikut ialah bahagian kedua. Cerita di Medina....


Porter-porter sedang memunggah bagasi jemaah ke atas bas. Macha, jgn campak itu bag arrr...nanti pecah botol kicap saya. Hehehe....


Sepanjang jalan menuju ke hotel penginapan, mama dan babah menikmati pemandangan kota Medina. Mama teringat kembali kenangan semasa kedatangan ke sini pada tahun 1996 dan 2004 dahulu sewaktu mengerjakan umrah. Banyak perubahan kota Medina ni. Paling ketara ialah keadaan trafik dan semakin banyak bangunan baru dan moden.






Hotel Al-Haram


Pemandangan di ruang legar Hotel Al Haram. Tempat jemaah bersantai.


Reception counter, Hotel Al-Haram.

Di hotel Al-Haram, mama ditempatkan di bilik 1331 dan babah di bilik 1330. Bilik kami bertentang aje.


Setiap bilik ditempatkan 4 orang jemaah. Rakan sebilik mama ialah Maklong Zaleha dari Johor Bahru, Makngah Razimah dari Pahang, Makngah (lupa namanya) dari Pahang dan Wak Rokiah juga dari Pahang. Dalam bilik babah pula ada Paklong Haji Ahmad Bujang (suami Maklong), Wak Salim dari Muar, Jaafar dari Melaka dan Haji Jalil dari N.S. Mama dan babah adalah jemaah yang paling muda dalam bilik kami masing-masing.



Jadual waktu solat di Medina


Jarak hotel ke Masjid Nabawi adalah kira-kira 200 meter. Kira dekat lah tu.....







Pada waktu itu, Masjid Nabawi dibuka setiap hari mulai jam 3.00 pagi hingga 12 tengah malam. Bukan 24 jam seperti di Masjidil Haram, Mekah. Suasana di sini lebih teratur, aman dan cuaca sangat sejuk (siang = 15-16 C). Waktu nak menunaikan solat subuh, kami keluar ke masjid jam 4 pagi. Sangatlah sejukkkkk..... Mama asyiklah "berbungkus" ajer.....

Aktiviti harian bermula jam 4.00 pagi (maklumlah hotel dekat dengan masjid dan jemaah pun masih belum ramai di masjid) dimulakan dengan solat tahiyatul masjid, wuduk, tahajjud, taubat, hajat, zikir-zikir dan bacaan al-quran sementara menantikan waktu subuh. Selesai solat subuh, kami menyambung semula bacaan al-quran dan zikir-zikir sementara menantikan waktu solat sunat Israq dan solat dhuha.

Setelah selesai solat dhuha, barulah kami keluar mencari sarapan. Sarapan biasanya di taman atau di hotel. Ikut kelapanganlah....
Antara menu sarapan kami

"Port" biasa.... di taman pepohon kurma

Sarapan di bilik hotel ajer....

Jam 8 pagi barulah jemaah wanita dibenarkan memasuki kawasan Raudhah. Jemaah lelaki pula bebas, tiada had masa. Di Raudhah yang senantiasa sesak, mama sempat jugak solat sunat. Di sini, kami menziarahi makam Rasulullah s.a.w. dan sabahat-sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar As-siddiq, Umar Al-khattab. (Mama teringat, dulu kami ada merancang nak meletak nama anak sebagai "Umar" ).



Zuhur....Asar...Maghrib... Isyak... Biasanya kami akan ke Masjid sejam sebelum masuk waktu solat. Dan keluar setengah jam selepas habis solat. Begitulah rutin seharian. Kami berada di Medina selama 8 hari untuk mendapatkan 40 waktu solat berjemaah di Masjid Nabawi.

Selain beribadah, kami adalah menziarah ke beberapa tempat, seperti di Makam Baqi, Masjid Quba, Jabal Uhud bagi mengenang peristiwa bersejarah Rasullah dan sahabat-sahabatnya.

Jemaah Indonesia sedang berdoa di Perkuburan Baqi



Masjid Quba



Jabal Uhud

Pada 12hb. Nov 2006 selepas solat Asar, jemaah bersiap untuk berangkat ke Mekah. Jemaah siap berihram dari hotel. Sebelum memulakan perjalanan, di dalam bas kami didatangi seorang perempuan tua. Katanya, dia orang miskin dari Palastine meminta sedekah dan mendoakan haji mabrur untuk kami semua.

Kemudian, kami singgah di miqat Bir Ali untuk berniat umrah. Mama dan babah insya allah mengerjakan Haji Tamattuk. Maka, perlulah melakukan umrah dahulu. Lafaz niat umrah :

Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram kerana Allah Ta'ala.


Nanti mama sambung lagi ya.....

P/S : Iman, di Medina ni banyak tempat-tempat yang afdhal berdoa. Iman rujuklah buku Panduan Haji dan Umrah untuk doa-doa yang harus dibaca, ya. Kalau Iman nak tengok gambar-gambar lain, silalah ke FB mama, ya. Tak laratlah nak tepek bebanyak gambo kat sini. Hehehe....

No comments:

Post a Comment