Tuesday, October 25, 2011

Bila hati tak tenang....

Assalamualaikum Iman,

Hari ni hati mama rasa tak tenang dan perasaan gundah gulana. Mari Iman, tolong mama fikirkan dan cari jalan penyelesaian bagi masalah mama ini...

Pertama :
Semalam mama mendapat berita Uncle Clarence sekeluarga accident. Uncle Clarence teruk gak... patah tulang rusuk, kaki, tangan, tulang selangka. Auntie pulak patah tangan, anak dia yg pertama dan kedua tu cuma lebam-lebam dan shocked, anak yang kecil pulak dlm ICU.... patah rusuk dan hatinya pecah. Masya allah....

Walaupun Uncle Clarence ni bukanlah masuk kategori "favourite" tapi bila dengar berita macam ni, mama turut rasa impaknya. Mama tak boleh nak bayangkan kalau benda macam tu terjadi dalam keluarga kita.... tak tercapai akal ! Iman, marilah kita banyakkan membaca zikir doa "Ayat Penggerak" semoga kita dijauhkan dengan perkara-perkara macam ni.




Keberuntungan beramal dengan doa ini :

1) Terhindar Daripada Bahaya
2) Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
3) Terhindar Daripada Sihir
4) Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Kedua :
Babah tak sihat sejak 2,3 hari ni... Bila babah sakit, mama risau.....

Ketiga :
Pagi tadi, mama "angin" betul dengan teacher Iman. Fasal buku Heinemann lah tu... Ada ker patut kita kena ganti "one whole set" sedangkan buku yang hilang hanyalah satu buah aje. Lagi pun buku tu hilang semasa dalam kelas. Patutnya tanggungjawab teacherlah memastikan semua buku cukup. Bukannya mama yang duduk dalam kelas tu, kan???? Kalau dia guna "win-win situation" idak ler mama angin....

Kempat :
Lepas antar Iman gi school, time balik rumah, mama nyaris kena langgar dengan "seekor" kancil yang kurang ajar. Kat round-about, dia di lane kanan, mama di lane kiri. Tiba-tiba dia himpit keter mama dan trus masuk depan mama dan brek sebab dia nak masuk ke simpang kiri. Terkejut gila babas mama dibuatnya ! Mama tekan honk sekuat hati....C**a Bukit betul !!! Grrrrr.....

Kelima :
Tengahari ni mama menyaksikan satu motor nyaris dilanggar oleh "pemandu kurang ajar" di hadapan Kem Mahkota. Kesian askar Pranita tu... Tahulah hari hujan, tak boleh ker bawak keter tu dengan berhemah? Dah tau nak keluar simpang, belajarlah berenti.... ni tidak, buat macam jalan makbapak dia ajer.... Satu lagi C*** Bukit !

Keenam :
Kat sini, hari-hari hujan.... adakah Kluang akan banjir lagi seperti tahun 2006 dulu ?

Ketujuh :
Menanti... menunggu.... mengharap.... hmmm...penatnya !!! Penantian itu satu penyiksaan....


P/S : Jom sambung baca Ayat Penggerak ni lagi ! Sabar aje laa, kan.... hehehe....

No comments:

Post a Comment