Saturday, October 29, 2011

Nur Aisha Najiha aka Adik Jiha

Iman dan Adik Jiha



Assalamualaikum Muhammad Iman....

Iman ingat lagi adik Jiha? Alaa.... budak perempuan comel yang muncul di depan rumah kita pada suatu pagi tu? Ni mama nak cerita semula bagaimana pertemuan kita dengan adik Jiha....

Suatu pagi tu sedang mama mencuci lantai porch kita, tiba-tiba mama didatangi oleh sepasang suami isteri dan anak kecil yang berumur dalam 2 tahun lebih. Kaget mama.... yelah kita tak kenal siapa diorang tu, kan?

Ruapa-rupanya diorang datang nak mencari baby sitter untuk anaknya itu sementara diorang mengajar di sekolah yang berhampiran rumah kita. Oooo... pasangan Cikgu dan Ustazah rupanya ! Kesian sungguh mama melihat wajah anak kecil tu.... memandang mama dengan mata sayu...

Entah kenapa, mama terus hubungi babah meminta izin untuk menjaga anak kecil itu. Alhamdullilah babah izinkan. Takut jugak mama, yelah selama ni tak pernah baby- sit anak orang.

Iman ingat tak? Adik Jiha tu bijak bercakap. Semasa mama menjaga Jiha, mama tahu Iman jealous. Tu sebab Iman selalu buat hal Iman sendiri kan? Tapi bila adik Jiha balik, barulah Iman ceria semula.....

Adik Jiha mama jaga dari bulan Ogos 2009 - Feb 2010. Beberapa bulan ajer... Selepas itu mama terpaksa menolak untuk menjaga adik Jiha sebab Iman dah mula bersekolah dan mama akan sibuk uruskan hal Iman.

Baru-baru ni, mama terserempak dengan adik Jiha di rumah orang kenduri kahwin. Wah ! Adik Jiha dah besar, comel dan makin pemalu....Entah dia ingat kita lagi tak?

No comments:

Post a Comment